Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 26, 2010

Bola Dan Motor Klasik

Inilah suasana musim bola di kampung. Kalau di bandar-bandar anak muda suka berkumpul di kedai Mamak menonton melalui screen besar tetapi di kampung memadai dengan menonton di warung terbuka melalui screen LCD yang dibawa turun dengan ikhsan tuan warung.

Mereka tetap gembira menonton sambil minum dan komen mengomen permainan seolah Jurulatih dan Pengulas Sukan. Walau pun di dalam keadaan itu yang mampu, mereka tetap gembira dan suasana amat ceria.


Ini pula sebuah motor keluaran tahun 70'an dengan kekuatan 50cc yang telah diubah suai secara sederhana dan menarik perhatian saya.



No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa