Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, June 9, 2010

Liberalnya PAS Sekarang!

Berita 3 (saja nak kongsi pengalaman)

Petang tadi (Selasa) lepas Zohor aku pergi ke PUTIK dengan tujuan nak dapatkan Pas Media untuk cover Muktamar PAS macam aku cover Kongres PKR 2 minggu sudah.

Jumpa urusetia bertugas, urusetia maklumkan dekat aku - "PAS tak keluarkan Pas Media untuk Blogger. kalau nak Pas Media kena mintak melalui Agensi, kena ada surat rasmi dari agensi" sambil dia tunjuk contoh surat rasmi dari agensi yang buat permohonan.

Aku perasan surat tu ialah surat permohonan dari Utusan Malaysia, Kosmo dan lain-lain Media Perdana".

ok... tak pe... Blogger memang tak de Agensi.

Terima Kasih.

Aku harap sangat-sangat, lepas tamat Muktamar ni ataupun semasa Muktamar ni berlangsung, pihak-pihak yang berkenaan dalam PAS buat satu kenyataan depan semua "Media" yang buat liputan dan jugak depan-depan perwakilan yang datang dari seluruh Negara Malaysia bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah menarik balik kempen "Boikot Utusan Malaysia dan Media Perdana"...

Kemudian pihak-pihak yang berkenaan dalam PAS lancarkan segera kempen "BOIKOT BLOGGER-BLOGGER PRO PAKATAN RAKYAT". bagitau semua pihak "Media" yang buat liputan Muktamar PAS ke-56 bahawa Parti Islam se-Malaysia (PAS) tak perlukan Blogger-Blogger lagi untuk laporkan berita benar bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Orait geng... kalau nak baca update atau apa-apa laporan tentang Muktamar PAS Kali Ke-56, HARAP MAAF, blog ini tiada apa-apa update atau laporan berkenaan dengan Muktamar PAS Kali Ke-56... korang boleh baca update dan laporan dari Media Perdana. jangan lupa beli Utusan Malaysia dan jangan lupa untuk menonton TV3.

Sepenuhnya di sini

20 comments:

  1. Betul lah tu petugas suruh buat surat utk bloggers..buat je lah..korang pun satu ..baru je jadi blogers dah nak tunjuk besar kepala...cakap sikit je dah nak melenting...budak yg jaga kat Putik tu ikut arahan je..kalau nak penjelasan pergi lah jumpa Tn Hj Idris Ahmad, dia ketua penerangan Pas Pusat...jelaskan masalah anda kepada beliau..mesti beliau boleh tolong punya... ikutlah saluran yg betul...jgn main hantam je kalau nk masuk rumah org....

    ReplyDelete
  2. Bhai MOUNTDWELLER...

    Gua setuju ngan point lu tue... PAS kureng layan sangat blogger nih... biasa la .. biler dah dapat power camtue la... masa ketagih power... macam siot jer antar info suruh blogger publish....

    Macam siot la...

    ReplyDelete
  3. betul.......POSITIF LER, SIAN BUDAK TU DIA BERTINDAK MENGIKUT ARAHAN...JUMPA LER ORG ATAS

    ReplyDelete
  4. anon 9:15 am,

    bloggers mana ada agensi? mountdweller bukan marah kat petugas2 tu. dia cannon yang beri arahan. itu pu kau tak leh fathom? janghan nak bagi alasan. arahan yang dibuat adalah dari rasa bimbang akan adanya "fitnah yang benar" dari bloggers. pas sudah fobia dengan "fitnah yang benar".

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. mmm...PAS elok jugak terbuka kpd semua media termasuk Utusan Melayu dsb yg pernah 'kencing' PAS sebelum ni. Tapi tak apa tu aku terima sbg 1 strategi win-win. Tak buka atau close meeting pun tak apa tapi takkan tak terfikir pasal access card untuk bloggers khasnya pro-PR selama hari dah byk tolong up PAS & PR. That's the point ere.

    Dah cuak kpd fitnah berbentuk kritikan pedas (membina? depend!) kpd PAS ke, atau, that 2,3 kerat supreme being selective & playing safe? Eh dulu terkantoi pasal 'kencing' merata hal UG sapa, ya? Tell again! Menipu & khianat bukan ke lagi teruk drp 'fitnah', kan? Such are bigots dah mula takut bayang-2 sendiri kot?

    ReplyDelete
  6. JGN CAM 2 BRO,MGKN GAK DIA BUAT CAM 2 TK NAK BLOGGER PRO BN MSK DAN BUAT FITNAH2 CAM2 KAT PAS DALAM BLOGGER MEREKA..

    ReplyDelete
  7. Blogger PAS, Pakatan boleh pohon ‘pas pemerhati’
    Dzulfikar Mashoor

    KUALA LUMPUR, 9 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pagi ini mencadangkan para blogger pro Pakatan Rakyat yang gagal mendapatkan pas media supaya memohon untuk mendapatkan pas pemerhati daripada ad-hoc Muktamar Tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu.

    Cadangan tersebut sebagai respons pada rungutan beberapa blogger pro PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak dilayan oleh ad-hoc muktamar ketika memohon pas media sejak kelmarin.

    “Opsyen yang ada, blogger-blogger kita ini boleh cuba pohon pas pemerhati,” ujar beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

    Bagi beliau, tidak ada sebab untuk ad-hoc menghalang mana-mana pihak membuat liputan tentang muktamar PAS.

    Ini kerana, PAS menurut beliau sebenarnya mengamalkan dasar terbuka untuk mana-mana pihak untuk mengakses muktamar PAS.

    “Setakat yang saya tahu, muktamar kita terbuka,” ujar beliau.

    Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan ad-hoc muktamar enggan memberi pas media kepada para blogger mungkin disebabkan mereka kurang mengenali para blogger terbabit.

    Bagaimanapun, beliau berjanji untuk merujuk semula isu terpencil tersebut daripada ad-hoc di Kota Bharu, petang ini.

    Bagi beliau, tidak ada gunanya PAS menghalang para blogger dari membuat liputan tentang muktamar PAS sebagaimana Umno menghalang media alternatif dan media baru (blog) dari membuat liputan tentang pemilihan agung Umno parti itu sebelum ini.

    “Yang menghalang media buat liputan tentang pemilihan hanya Umno saja, itu beza kita dengan mereka,” ujarnya lagi.

    Tindakan tersebut, bagi beliau, akhirnya mencemarkan nama parti itu sendiri.

    Ditambah dengan perkembangan teknologi maklumat di samping realiti dunia tanpa sempadan sekarang, bagi beliau, sudah tentu membolehkan media-media baru untuk mengakses muktamar PAS walaupun ad-hoc cuba menghalang mereka dari berbuat sedemikian.

    Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Pengarah Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan membenarkan akhbar pro kerajaan untuk membuat liputan tentang muktamar PAS.

    Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan berkata, kematangan yang ditunjukkan oleh PAS sebenarnya demi menghormati profesionalisme media pro kerajaan tersebut.

    sumber:

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27023:blogger-pas-pakatan-boleh-pohon-pas-pemerhati&catid=1:utama&Itemid=50

    ReplyDelete
  8. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

    Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

    "Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

    "Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

    Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

    Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

    Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

    Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

    Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

    "Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

    Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

    Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

    Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

    "Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

    Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

    (Gambar: ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam turut hadir konvensyen blogger hari ini)

    "Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

    Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

    Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

    "Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

    Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.

    Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.

    Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

    Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'. - Harakahdaily

    ReplyDelete
  9. sekadar renungan:

    http://www.youtube.com/watch?v=OAOICs_FUQQ

    ReplyDelete
  10. Anonymous

    Kena mohon melalui agensi. Bloggers mana ada kerja dengan mana-mana agensi!

    Kami tidak ada masalah. Kami tak laporkan apa-apa pun kami tak rugi. Kami hanya ingin bantu. Kalau tak sudi, kami akan duduk diam.

    ReplyDelete
  11. C++

    Tak apalah. Kita tidak mahu dikatakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!

    Memanglah adat, bila dah rasa kuat, sokong ditinggalkan. Bila dah nak rebah barulah mencari tongkat.

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    Sasaran kemarahan dan tidak tidak puas hati bukanya kepada budak itu, tetapi yang mengarahkannya. Kalaulah dia mengikut arahan yang betul.

    ReplyDelete
  13. Sdr. hussin

    Benar apa yang sdr. fahami itu.

    ReplyDelete
  14. Hanz

    Benar pandangan Hanz itu. Tapi uncle rasa kita lupakan hal-hal yang lalu sekiranya mereka berubah

    ReplyDelete
  15. wmz

    Mungkin juga tetapi sepatutnya mereka kenal pasti dulu siapa yang patut dibenarkan.

    ReplyDelete
  16. FZY

    Kalau benar begitu dan larangan sudah berubah, alangkah baiknya.

    ReplyDelete
  17. FZY

    Kata-kata Hadi itu betul. Dan dia juga seharusnya bersifat begitu.

    ReplyDelete
  18. Salam Ayahanda,

    Bak kata TGNA.. belajar dari pengalaman.

    Saya dah muak dengan perangai PAS nih..., masih kolot dan kekampungan.

    Selayaknya dengan gelaran parti orang kampung saja. Sebab tu Allah SWT masih tak izinkan PAS memerintah dan berkuasa sepenuhnya, kalau tidak jadi seperti Trengganu agaknya.

    Kelantan hanya bergantung kepada TGNA, selepas TGNA tiada nanti..., tak tahulah apa nasib negeri Kelantan. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  19. blogger perlu bersatu, baru ada power.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa