Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, June 25, 2010

Mati Katak Lagi!

Di mana letaknya nilai murni dan kemanusiaan? Apakah penyebabnya menjadikan mereka ini binatang? Umur baru 16 tahun dan sudah tentu menjadi harapan Ibu Bapa telah dibunuh.

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.

"Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.

Mindef telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.

Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pukul 2 pagi tadi.

"Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian," kata kenyataan itu.

Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan, kata kenyataan itu.

Allahyarham akan dikebumikan di Baling, Kedah pada hari ini. - BERNAMA

6 comments:

  1. innalillah..... ramai manusia berhati binatang dan tak respek sesama manusia, dia ingat dia ada kuasa keTuhanan kot, boleh amik nyawa orang :( !

    ReplyDelete
  2. "satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian," ...mungkin 1 lembaga hitam legam macam UMNO..wkahakhakahkahak


    takziah kepada family mangsa bunuh kem tentera

    ReplyDelete
  3. harga nyawa sudah semakin murah.sesuatu yang mengerikan berlaku dalam masyarakat kita.berzina,membunuh,berjudi dan minum arak, semuanya dosa besar!

    ReplyDelete
  4. Mak Su

    Saya pun hairan kenapa banyak sangat binatang membiak di kalangan kita. Mendera kanak-kanak dan membuang bayi/jenin umpamanya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous

    Sebenarnya masyarakat dah jemu dengan lembaga siasatan. D'Raja dan D'Hamba tetapi hasilnya dan tindakannya bagaimana? Perabis borah ajer!

    ReplyDelete
  6. cikgupj

    Benar cikgu. Ahli masyarakat kita sudah kembali ke zaman jahiliah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa