Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 5, 2010

Galas Yang Terburai

Adat Pilihanraya, ada yang kalah dan pastinya ada yang menang. Di Gua Musang, Galas PAS terburai dan tumpah ke dalam Guni UMNO/BN.

Di Batu Sapi, Sapi masih di dalam Kandang BN.

Di Bandar Gua Musang, adakah kerana sikap ghairah Penyokong PAS menyebabkan terburainya Galas yang dipikul oleh PAS?

Di bawah saya publishkan gambar yang sedikit panas dari dua puak Penyokong parti yang bertanding.

Telah berlaku pergaduhan kecil apabila sekumpulan Penyokong PAS menyerbu Pos Menyemak Pengundi UMNO berdekatan lampu isyarat berhampiran Lorong KESEDAR INN. Puncanya kenderaan SPR terlanggar bendera PAS yang dihulurkan jauh ke tengah Jalan Raya. Maka berlakulah boo.. mengebooo... dan sorak menyorak!


Penempatan Perayu Undi dan Penyokong UMNO dan PAS terlalu hampir


2 comments:

  1. kemenangan BN di galas pekara biasa bagi pengundi di kelantan... masa pilihan raya kecil bagi kat bn..sekurang kurang ada benda masuk kat dun mereka..tunggu pilihan raya umum... PRU nanti dia orang akan beri pada PAS semula..setidak tidaknya orang kelantan bijak berpolitik

    di batu sapi
    memang tempat Bn... ialah sudah lama di Sapi kan Dan di batukan ..takkan sedar punya

    ReplyDelete
  2. Anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Pengundi menilai Calon pada janji parti yang bertanding. Mungkin banyak perkara yang dijanjikan PAS sebelum ini masih belum tertunai. Maka Pengundi beralih arah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa