Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 10, 2010

Benarkah Binatang Buas Faham Cakap?

"Awak semua sudah taukan macam mana jalan di depan kita. Curam dan licin. Jadi jangan gopoh-gapah dan berjalan dengan hati-hati di dalam hanya satu barisan" Saya berikan peringatan kepada semua peserta.

Saya bersama 25 orang peserta mendaki sedang menuruni puncak Gunung Ayam untuk ke Gua Lahad, Stong. Keadaan trek memang licin di sebabkan hujan malam tadi. Perjalanan agak bahaya kerana treknya juga agak curam dan terdapat banyak pokok rotan. Pada masa ini saya yang menjadi trekker dan berada dalam jarak 20 meter dari peserta pertama.

Sebagai trekker saya kena pastikan kumpulan ini berada di trek yang betul, keadaan yang pasti selamat dari ancaman dan bahaya kepada peserta. Jadi saya akan berada di dalam jarak tertentu dari peserta untuk pastikan keadaan dan suasana.

Di satu kawasan yang agak mendatar lebih kurang 200 meter dari anak sungai kecil tempat yang sepatutnya kami berehat, saya ternampak sesuatu melompat dengan pantas dan hilang di sebalik sebatang balak besar yang tumbang membujur trek. Saya berlari untuk meninjau binatang atau apakah yang begitu pantas menghilang.

Sesampai di tempat itu saya berhenti dan meninjau dan menjenguk-jenguk di belakang batang balak yang sudah dipenuhi semak. Tiba-tiba saya mendengar satu ngauman lemah (bukan mengancam). Rupanya banyangan yang saya nampak tadi adalah seekur Harimau Belang yang mungkin terkejut dengan kehadiran saya dan bising peserta di belakang. Lantas melompat menyembunyikan diri di sebalik batang balak tumbang yang besar itu.

"Oh.. engkau rupanya" dengan spontan saya bersuara. Dengan jiwa yang agak gentar saya menyambung "Kau jangan keluar, ramai lagi anak buah aku sedang turun di belakang. Nanti mereka takut"

Dalam keadaan berani-takut saya berdiri di bahagian pangkal batang balak tersebut sambil menunggu semua peserta lepas turun. Sebenarnya saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa berhenti dan tunggu di situ untuk pastikan semua peserta selamat turun.

"Eh, bau apa busuk sangat nih!, macam bau belacan ajer. Sape yang bawa?" Salah seorang peserta yang bermulut agak becuk bersuara bila tiba di tempat saya dan harimau di batang balak tersebut. Memang bau harimau memang busuk dari jarak dekat.

"Kamu jangan banyak cakap, turun jer cepat. Cakap banyak pula dia ni!" Tegur saya separuh jerkah. Peserta itu tanpa berkata apa-apa berlari turun dengan muka yang hairan memandang saya yang masih berdiri di situ.

Bila saya pasti yang semua peserta sudah lepas turun dalam jarak yang selamat saya pun berkata "Ok, kau boleh bangun dan pergi. Semua anak buah aku sudah lepas"

Sejurus selepas saya berkata begitu, saya nampak Harimau itu bangun dengan perhalan dan melompat ke arah semak yang agak tebal dan rumpun buluh yang padat. Harimau itu terus menghilang. Saya pun teruskan perjalanan ke anak sungai tempat semua peserta diarahkan mengambil rehat dan minum.

Setibanya di situ, peserta yang saya marah tadi bertanya "Kenapa tadi Abang Din marah dan arahkan saya berjalan cepat?"

"Kamu tak tahu di belakang balak di hadapat aku tadi ada Harimau bersembunyi. Bau belacan yang kau kata tadi adalah bau mulut harimau. Aku terpaksa tunggu di situ untuk pastikan kamu semua selamat turun. Kamu pula cakap banyak!" Saya menjawab dengan selamba supaya mereka tidak cemas.

Dengan muka pucat dia berkata "Nasib baik saya tak tahu, kalau tidak terkencing saya"

"Hah.. kau tak payah kencing, bala sudah lepas. Lain kali jangan cakap banyak bila terima arahan" Saya menyindir.

Saya terfikir adakah benar orang tua-tua kata Harimau dan Gajah faham cakap manusia. Atau adakah kerana kebetulan harimau tadi itu takut kerana kami ramai dan berlindung di situ.

12 comments:

  1. Salam Ayahanda;

    Apa ayatnya... hehehe..

    ReplyDelete
  2. kongsi laa sket ayatnya..kih kih..

    mhaneffs

    ReplyDelete
  3. Bhai MOUNTDWELLER...

    Setahu gua memang binatang paham apa yang disurahkan oleh kita (kalu benar itu binatang bukannyer jin yang menyamar sebagai binatang).

    Dalam banyak kes yang gua dah jumpa dan alami... memang binatang paham kalu kita bagi arahan... terutamanya Harimau, Gajah dan Ular...

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa dan mhaneffs.

    Ayahanda tidak baca apa-apa tetapi sekiranya maukan perlindungan diri bolehlah jumpa Blogger Cikgu Sofi Kerajaan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. C++

    Ada logiknya juga sebab seolah harimau itu mengikut arahan. Kebanyakan orang tua-tua juga berpendapat begitu.

    ReplyDelete
  6. salam ayahnda...
    kera....jaan yang ada sekarang boleh di maksudkan macam tu ke?

    ReplyDelete
  7. salam tok ayah din,
    ya betul,makhluk allah berkaki 4 ni dia paham bahasa kita,

    contoh, kucing saya ada 3-4 ekor..kalu disuruh naik rumah,dia naik..kalu disuruh pegi dapur ,,makan dia ikut.

    cuma makhluk berkaki 2 jah , x reti bahasa supo dalam gerombolan eeeeeeeeeeee tu..hehehee


    lama x jupo,nanti ada masa kito tubik minum air,

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Tidak. Kalau rezeki di depan akan terus dibalunnya!

    ReplyDelete
  9. W'salam WARTA365

    Kucing dilatih dari kecil tetapi ini kucing besar.

    Kalau cuaca baik boleh juga. Air Halia atau Restoran Arab kegemaran Topeng. Call atau msg dulu.

    Cucu Tok Din apa khabar. Maaf Pak Din terlupa due datenya.

    ReplyDelete
  10. a ah Pak Din, binatng buas selalunya paham keadaan. & ada yang sudi terima arahan manusia walaupun kita bukan tuan dia. harimau jarang serang manusia kecuali dia tiada pilihan e.g. dia dah tua, tak lalu memburu binatang biasa dia buru, atau dia memang sejak kecik 'makan bersuap' (duduk zoo) dah tua & sakit dilepaskan ke hutan. Harimau jadian tu lalin la, pantang dicabar macam Perkasa-m tu. hehehe

    alhamdulillah kelebihan Pak Din 'menyelamatkan' beberpa nyawa. Malangnya kerajaan pusat walaupun nampak, on surface, tak la buas macam binatang buas TAPI depa tu sah tak paham bahasa untuk menyelamatkan ramai yang masih susah (ekonomi & bermasalah akhlaq & akidah Islam).

    ReplyDelete
  11. kalau ikut pengalaman tokdin tu macam dia paham je ... wallahualam

    nanti petang nak praktis ngan tikus kat rumah tu suruh kluar kalau takmo kena perangkap or racun heheh

    ReplyDelete
  12. Binatang buas faham bahasa ...
    Manusia yang ramai tak faham bahasa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa