Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 20, 2010

Tembak Lansiur

"Din, malam ni tidur sinilah. Tak payah balik" Kata Arwah Abang Ngah dengan riak yang ceria sebaik saja kami anak beranak masuk ke rumahnya.

"Kenapa Abang?" Saya bertanya dengan perasaan yang agak hairan

"Malam ni kita pergi suluh Pelanduk di Bukit Jeram Kopeh" Jawab Abang Ngah.

"Ok, boleh" Jawab saya ringkas tanpa bertanyakan persetujuan Isteri.

"Umm... jagalah tu, awak berdua ni macam Wak Long jumpa Pak Dogol. Ranaplah bukit tu nanti" Sampuk Kakak Ipar. Kami hanya senyum.

"Kita berdua sajakah" Tanya saya

"Ya, kita berdua saja. Tak boleh ajak orang lain nanti susahkan kita ajer" Jawab Abang Ngah dengan sinis

Jeram Kopeh memang tempat yang menggerunkan keadaannya. Ditambah pula dikatakan 'Tempat Keras' dan memang menjadi laluan Harimau.

Sebenarnya kami ke rumah Abang Ngah hanya dengan niat berziarah saja, tetapi oleh kerana sudah agak lama Abang Ngah dan saya tidak keluar berburu atau tempak Ayam-Ayam, maka saya terima pelawaan Abang Ngah dengan gembira.

Petang itu Abang Ngah bersedia dengan Senapang Patah laras dua bersama peluru penabur dan peluru untuk rusa atau harimau. Biasanya tugas saya adalah tukang suluh dan pungut hasil tembakan. Maka saya bersedia dengan lampu suluh dan bulb gantian.

Malam itu selepas Solat Isyak dan makan malam, kami bertolak dengan kereta Abang Ngah menuju Bukit Jeram Kopeh berbekalkan sedikit air minum. Setibanya di lorong dan denai ke Jeram itu, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki.

Tidak sampai setengah jam kamudian kami tiba di Air terjun Jeram Kopeh di kaki bukit yang dipenuhi semak dan pakis. Ketika ini jam sudah menghampiri sebelas malam. Cuaca baik dengan cahaya bulan separuh terang dan tiupan angin yang menyegarkan.

"Hee.. heee... eeeeekkk...!" Tiba-tiba kami mendengar satu hilaian yang ganjil. Saya dan Abang Ngah meninjau keliling mencari arah dari mana datangnya suara itu.

"Hiiiik.... eeeeeeeiii....." suara itu berbunyi lagi.

Mata saya terarah ke sepohon pokok yang besar di seberang Air Terjun dan saya nampak satu 'lembaga hitam' berbentuk manusia bertenggek di atas satu dahan tetapi agak samar terlindung bayang dedaun pokok yang menghalang cahaya bulan.

Lembaga itu bergerak-gerak dan mengilai lagi dengan nada yang panjang dan suara yang menggerunkan.

Saya beritahu Abang Ngah apa yang saya nampak sambil berkata sambil tersengih " Abang, tembak Bang. Kita tengok jatuh ke tidak"

"Aduhaiii... gembiranya diaaa..." kata Abang Ngah sambil membidik.

"Nah ambil nih! Dam, dam... " Kata Abang Ngah diiringi dengan dua das tembakan dari Senapang Laras Kembarnya.

Serentak itu juga saya nampak lembaga hitam itu jatuh dengan bedebub-berdebab menimpa daun serta dahan dan akhirnya bedebub bunyi jatuh ke tanah di bawah pokok besar itu.

"Jom kita cari, kalau belum mampus kita tambah lagi" Kata Abang Ngah sambil berlari ke perdu pokok itu. Pada ketika itu saya sudah pun berlari ke arah yang sama.

Setiba di situ kami menyuluh keliling tempat di bawah pokok tetapi apa pun tidak ada.

Memang kami nampak lembaga itu jatuh tetapi bila dicari tidak ada bekas atau kesan jatuh pun!

"Birakanlah. Dia nak hidup ke, nak mampus ke, kita tinggalkan saja. Jom sambung tujuan kita berburu" Kata Abang Ngah.

Kami beredar dari situ dan terus mendaki bukit yang tidaklah tinggi tetapi penuh dengan hutan dan semak.

Puas kami menjelajah sekitar kaki bukit dan lembah sungai hanya kesan kaki Pelanduk saja yang ada tetapi seekor Pelanduk pun tidak melintas.

Sekitar jam 1 pagi setelah letih dan putus harap kami melangkah pulang melalui denai yang sama ketika kami masuk tadi. Setibanya kami berhampiran kereta, kami terdengar satu suara Perempuan lembut mendodoi anak berhampiran jalan besar.

"Haa.. dia nak kena lagi tu! Itu mesti "Benda" kita tembak tadi nak mainkan kita" Kata Abang Ngah dengan riak wajah geram.

"Jom, kita cari dan bagikan hadiah dua das lagi" Saya menguja Abang Ngah.

Kami berdua berlari anak menuju ke arah suara tadi. Tetapi setibanya kami di situ suara itu hilang. Sebarang objek atau lembaga pun tidak ada.

Kami berpatah balik ke kereta dan pulang hampa keletihan. Memang kami dipermainkan!

Celaka punya hantu.....

11 comments:

  1. Salam Ayahanda;

    Nasib baik "benda" tu tak menjerit adooiiiii... masa kena tembakan...

    hahaha...

    ReplyDelete
  2. pandai gak hantu tue berlakon jatuhkan badan lepas kena tembakan..kih kih..

    mhaneffs

    ReplyDelete
  3. Salam Pakdin..
    Apa khabar..semoga dirahmati Allah.
    Cerita2 begini dari Pakdin memang telah lama saya saya nantikan..dah rindu dengan kisah pengalaman `paranormal` dar Pakdin.Saya harapsatu hari nanti saya dapat temankan Pakdin utk memburu `paranormal` ini..

    -Dr Hafizi

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa

    Mungkin sebab dia kebal dia tak sakit!

    ReplyDelete
  5. mhaneffs

    Memang dia saja nak menyakat

    ReplyDelete
  6. W'salam Dr Hafizi

    Terima kasih di atas doa dan begitu juga Pak Din doakan untuk Dr.

    Kalau ada peluag memang boleh ikut Pak Din. Biasanya Pak Din akan keluar selepas jam 12 tengah malam dan seeloknya lepas hujan atau hujan renyai-renyai.

    ReplyDelete
  7. baek punya maen tu haha pak din ..

    tapi kalau betul la tinggal bangkai kat bawah pokok tu pak din nak buat apa? haha..

    ReplyDelete
  8. zX

    Kalau nasib baik boleh buat pameran, kutip duit.... ha..haa..

    ReplyDelete
  9. Kisah yg agak menggerunkan!! Sya mmg berminat tntg prkara2 paranormal ni..... harap dpt ikuti lg kisah2 sebegini dr blog saudara...Er...boleh sya pggil Pak Din... Lbh mesra..... T/kasih...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa