Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 7, 2010

Hey Ruby, Kau Percaya Ke?

Ruby adalah anak beruk betina yang baru Pak Din beli di N3 sebelum ini. Ruby mungkin percaya kot?


Kalau disingkap segala tindak tanduk SPRM sebelum ini, hanya sicacat otak saja yang percaya.

Kesian Khir Toyo jadi siKambing Hitam!


'SPRM telus, tak pilih bulu'

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Penahanan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo atas dakwaan rasuah memberi gambaran bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap telus dan tidak 'pilih bulu' dalam menjalankan tugas.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, penahanan itu juga menunjukkan suruhanjaya berkenaan tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak dalam membuat keputusan.

"Saya percaya ini satu perkembangan yang baik kepada SPRM kerana pihak pembangkang selalu mengkritik suruhanjaya itu tidak telus dan hanya 'memilih bulu' dalam melakukan siasatan terutama membabitkan kes yang berprofil tinggi.

"Bagaimanapun, kes ini masih di peringkat awal dan saya berharap agar ia berjalan dengan baik tanpa gangguan mana-mana pihak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor itu ditahan oleh SPRM di pejabatnya di Shah Alam awal pagi ini dan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkaitan pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad turut sependapat dengan Wan Saiful dan memberitahu, SPRM tidak akan bertindak sekiranya bukti yang diterima tidak mencukupi.

"Dalam hal ini, mungkin secara kebetulan suspek yang ditahan merupakan seorang yang berprofil tinggi termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar sebelum ini," kata beliau.

Tambah Noor Sulastry, sekiranya isu ini gagal ditangani dengan baik, dikhuatiri kerajaan negeri terbabit akan menjadikan ia sebagai medan untuk menghentam bekas Menteri Besar Selangor itu.

Dari UMO

2 comments:

  1. SPRM??? Emmm.. tanyer kat Lembu pun lembu benci dgr SPRM.

    ReplyDelete
  2. Echam

    Betul. Badan penguatkuasaan yang cacat imej!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa