Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 7, 2010

Macam Cakap Manusia Sasau

Mana Rakyat tak sasau? Cakap Menteri pun bercelaru macam gila babi!

KUALA LUMPUR 7 DIS: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dituduh cuba menghalang siasatan Kabinet bersabit kes mata lebam Anwar Ibrahim apabila mengisytiharkan siasatan tidak akan dibuka semula, the Malaysian Insider melaporkan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata pihaknya menerima surat daripada Hishamuddin mengatakan tidak ada keperluan untuk menyiasat semula kes itu walaupun wujud keterangan seorang pegawai polis kanan bahawa bukti-bukti dalam kes itu telah dipalsukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz sebelum ini memberi perakuan di Parlimen bahawa Kabinet mahukan penjelasan daripada Peguam Negara Gani Patail mengenai peranannya dalam kes mata lebam Anwar, 12 tahun lalu.

Menurut Nazri, siasatan beliau dan Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim akan menjurus kepada dakwaan pegawai penyiasat Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa Tan Sri Abdul Gani merekacipta bukti dan memalsukan keterangan berhubung hasil siasatan terhadap mata lebam Anwar.

Hari ini Kit Siang berkata Perdana Menteri Najib Razak harus memberi penjelasan atas pendirian bercanggah yang diambil oleh Hishamuddin dan Nazri bersabit kes itu, lapor Malaysian Insider.

"Adakah kenyataan Hishamuddin bermakna jaminan Nazri Aziz di Parlimen bahawa Kabinet mahu menyiasat bukti terbaru sebagai sesuatu yang sudah tidak relevan lagi?" kata Lim.

Dalam suratnya kepada Lim, Hishammuddin mendakwa Mat Zain telah membuat tuduhan-tuduhan tanpa memberikan bukti yang membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

"Jika Nazri telah diarah menyiasat dengan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara, jadi mengapa perlu ada jawapan sedemikian daripada Menteri Dalam Negeri," tanya Kit Siang. .

Lim mendedahkan bahawa Hishamuddin cuba membataskan kes mata lebam itu kepada tindak tanduk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor yang memukul Anwar, namun mengenepikan persoalan di sebalik tuduhan campurtangan dan pemalsuan bukti oleh Gani.

Lim berkata Najib harus memberikan penjelasan kerana "ini bukan setakat soal profesionalisme, tetapi juga mengenai komitmen kerajaan ke atas sistem keadilan jenayah," kata beliau.

Dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa