Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 22, 2010

Syiah - Antara SiGelojoh dan Berhemah

Satu pandangan dan tindakan yang berhemah dari IKIM.

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menumpukan usaha memberi penjelasan terhadap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah terlebih dahulu sebelum melebarkannya kepada anggota mazhab Syiah.

"Kita di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah (pun) ada perbezaan pandangan, (maka) ini kita beri tumpuan dahulu.

NONE"Dahulu, kita buat seminar (berhubung) adab perbezaan Pandangan. Kita dalam mazhab Syafie, kadang kala sensitif pendekatan mazhab lain, walhal (ia) dalam kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Ketua Pengarah IKIM Datuk Dr Nik Mustapha Nik Hassan.

Isu Syiah meletus semula apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.

Dua daripada telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti. Selebihnya dijangka menghadapi pertuduhan sama pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media di institut itu di ibu negara pagi ini, Dr Nik Mustapha berkata, sekiranya umat Islam memahami perbezaan pandangan dalam pelbagai mazhab, tidak akan timbul sebarang masalah dalam masyarakat.

"Yang penting faham. Itu sebabnya kita mesti ada kefahaman. Perbezaan pandangan adalah perkara kecil, bukan perkara asas. Iktikad tidak berbeza," katanya.

Kurangkan pecah-belah yang ada

Menurut Dr Nik Mustapha lagi, IKIM juga akan menganjurkan lebih banyak majliz muzakarah pakar bagi membincangkan perkara itu.

Dr Nik Mustapha berkata, untuk mencari kedamaian dan keharmonian di kalangan umat Islam, lebih baik perkara itu diserahkan kepada buah fikiran pemimpin bagi mencari penyelesaiannya.

NONE"Pecah-belah dalam masyarakat patut dikurangkan dan diminumkan. Saya tidak kata tidak ada perkelahian antara satu sama lain. Itu mungkin berlaku, yang penting kita kurangkan.

"Dalam agama, budaya setempat diambil kira. Sebab itu, hikmah (kebijaksanaan) daripada pemerintah sangat baik, supaya ada kestabilan," katanya.

Sebelum itu, Dr Nik Mustapha hadir dalam majlis pelancaran program gerak kerja IKIM 2011 yang dirasmikan oleh mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Besar IKIM.

Dalam majlis itu juga, Abdullah turut melancarkan dua buah buku terbitan IKIM bagi tahun ini hasil penyelidikan dan prosiding seminar yang dilaksanakan.

Dua buah buku itu ialah "Multi-Cultural Understanding of Filial Piety" dan "Pengurusan Kewangan dan Pemilikan Harta dalam Kalangan Wanita Islam".

Abdullah turut menyampaikan anugerah kepada sembilan kakitangan IKIM yang dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2009.

Dari sini

Dan ini pula salah satu dari tindakan yang gelojoh....

* Muhammed Khusrin Munawi Pengarah JAIS menuduh pengikut syiah di dalam video atas sebagai: "Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh". Lihat Utusan Malaysia 17/12/2010. Soalan saya nak ajukan kepada dua wartawan TV Hijrah yang nampak berani dalam video tersebut, 'Macam mana cik adik boleh terlepas ni? Tak Takut Disembelih Ke?'.

Baca sepenuhnya di sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa