Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2012

Saya Kurang Faham Apa Yang Dimaksudkan

Adakah dengan kekerasan yang menumpahkan darah sekali pun?
Wajarkah ayat-ayat ini keluar dari mulut seorang PM yang beretoriknya 'kesederhanaan'?

“walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.

Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa’

Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia/
freemalaysiatoday - SiasahKini

3 comments:

  1. Ayat berbentuk PERUMPAMAAN pun tadak paham ka?


    Cina tanah Besar

    ReplyDelete
  2. Maksudnya:

    Biar lantak la orang bawahan - ahli & penyokong parti dia nak beriya-riya semangat ketuanan Melayu atau berjihad atas nama Islam, bergaduh, bertumbuk, berperang sampai terjadi insiden kematian pun asal dia & kengkawannya pegang kuasa & duit, khazanah negara!

    ReplyDelete
  3. Hanz

    Itulah yang menakutkan!

    Huru hara namanya...

    Dia mengungut tanpa pedulikan keselamatan negara

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa