Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 14, 2012

Cuba Baca : Apakah Masalah Blogger Ni?

Tentang Shafie ni satu hal. Apa hak dia nak suruh PAS`keluar Pakatan?

ISU ISRAEL - ANWAR CABAR PAS KELUAR PAKATAN!!?

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini berkata adalah lebih baik PAS keluar daripada Pakatan Rakyat daripada meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal.

"Nak minta Anwar supaya tarik (balik kenyataan) ... buat apa lagi? Tariklah PAS keluar (daripada pakatan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jalinan Mesra KEMAS Parlimen Subang di Kampung Paya Jaras Hilir di Sungai Buluh.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam yang meminta Anwar menarik balik kenyataannya itu dan menyaman The Wall Street Journal sekiranya kenyataan itu telah diputar belit oleh media berkenaan.

Mohd Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata PAS perlu sedar rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang bukan hendak memperjuangkan agama Islam tetapi hanya memberi keutamaan kepada hal politik dan duniawi, katanya.

Beliau berkata isu penindasan Israel bukan hanya melibatkan orang Islam semata-mata tetapi juga penganut agama lain seperti Kristian, yang juga kehilangan tanah, harta benda dan orang yang mereka sayangi.

Mohd Shafie berkata Barisan Nasional konsisten dengan pendiriannya menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang Israel.

1 comment:

  1. Apa yang hendak ditentang UMNOpun aku tak faham. Yg aku nampak mereka lagi berurusan dan berkomunikasi dgn israel lagi ada. Tak iktiraf ka tu namanya.

    Hai...
    Memang dasar pembelit umnopurno ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa