Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 19, 2012

Ini Dia, Siapa Perkasa

Wiranita Perkasa Perlu Ambil Peluang Martabatkan Wanita

KUALA LUMPUR: Wiranita Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Wiranita Perkasa) disaran menggunakan platform sedia ada sebagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu memartabatkan kedudukan serta memperjuangkan isu wanita untuk kebaikan semua.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini kerana peranan wanita kini lebih mencabar dalam memangkin usaha memacu kemakmuran dan kesejahteraan negara.

"Platfom ini perlu diguna bertujuan memastikan perjuangan wanita dalam memperkasakan bangsa dan negara akan sentiasa relevan sepanjang masa," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Wiranita Perkasa di sini, Sabtu.

Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Ketua Wiranita Perkasa Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.

Rosmah juga berkata penglibatan wanita dalam aktiviti NGO juga semakin meningkat selaras keaktifan dan kelantangan mereka memperjuangkan isu membabitkan kaum hawa seperti krisis keluarga serta keganasan terhadap wanita.

Beliau berkata perjuangan NGO serta persatuan wanita tidak boleh dikesampingkan kerana telah terbukti peranannya dalam menyumbang ke arah pembentukan dan pemantapan sesebuah masyarakat secara keseluruhan.

"Kajian menunjukkan apabila wanita disokong dan diperkasakan, mereka boleh menjadi ejen perubahan yang ampuh dan memberi banyak faedah kepada masyarakat," katanya.BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa