Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 11, 2012

Zaid, Kesal Itu Rahmat Bagi masa Hadapan!

Zaid: Saya kesal cabar Azmin untuk timbalan presiden

Dalam satu pusingan pilihan raya, Datuk Zaid Ibrahim beranjak daripada seorang menteri Umno untuk menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR dan kemudiannya menjadi presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

NONENamun begitu, Zaid bangga kerana meletakkan jawatan dalam kerajaan sebagai membantah penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; penulis blog Raja Petra Kamaruddin serta wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila ditanya tentang kekesalannya, Zaid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini di kediamannya semalam berkata ia satu kesilapan mencabar Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagi jawatan nombor dua itu sewaktu beliau berada dalam PKR.

"Kekesalan yang saya fikir adalah ... mencabar Azmin bagi jawatan timbalan (presiden) PKR, kerana saya tidak tahu parti itu.

"Parti itu belum bersedia untuk pemilihan secara langsung; ia kucar-kacir... bila direnung semula, ia bukan satu keputusan yang betul (untuk mencabar Azmin).


"Kesilapan saya ialah... saya mempunyai banyak sokongan dalam parti, saya fikir saya boleh melakukan sesuatu yang berbeza untuk menukar PKR.

"Tetapi saya terlepas pandang hakikat bahawa (supremo PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan seseorang yang beliau boleh percaya kerana keadaannya. (Lagi pun) beliau mungkin (ke penjara berhubng kes Liwat II).

NONE"Jadi, mencabar Azmin adalah satu kesilapan dalam erti kata demikian," katanya, sambil menambah bahawa pada masa itu, beliau merupakan pendatang baru dalam parti tersebut.

Selepas meletak jawatan dalam kerajaan dan Umno, Zaid ditarik menyertai PKR pada tahun 2009 sebagai penyelaras dasar Pakatan Rakyat, untuk meletakkan asas bagi rangka kerja bersama polisi pakatan.

Pada tahun 2010, beliau mencabar Azmin bagi jawatan timbalan presiden PKR tetapi kemudiannya menarik diri selepas menuduh lawannya melakukan penipuan semasa pemilihan parti.

Episod tersebut mencetuskan kepada perang mulut, dan berikutan itu Zaid meninggalkan PKR dan membentuk KITA.

'Silap buka KITA seperti pasaraya'

Satu lagi kekesalan, kata Zaid, ialah kerana "secara bebas memberikan" borang keahlian untuk menyertai KITA - parti yang kini mahu dibubarkannya.

NONE"Kesilapan lain adalah apabila saya membentuk KITA, saya sepatutnya
lebih berhati-hati," katanya sambil menambah beliau sepatutnya sabar memilih orang yang betul menyertai parti itu.

"Saya sepatutnya interviu mereka dan bukannya membuka (keahlian) seperti sebuah pasaraya," katanya.

Tindakan tersebut, tambahnya, menyebabkan beberapa ahli KITA yang tidak ada kepercayaan terhadap perjuangan parti itu dan mempunyai agenda mereka sendiri.

Bawa dari sini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa