Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 28, 2012

KSN Menyedapkan Hati BN?

Adakah majoriti dari 1.4 juta kakitangan awam akan mematuhi gesaan ketua mereka?

Apabila ruang pilihan raya semakin sempit, pegawai kerajaan mula menyokong BN

Oleh Shannon Teoh
June 28, 2012

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Rangkaian kenyataan yang dibuat kakitangan tertinggi kerajaan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) mengukuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk memperolehi kemenangan besar dalam pilihan raya umum yang perlu dilakukan dalam masa setahun walaupun kerajaannya dilihat sukar untuk menarik sokongan rakyat.

Ketua Setiausaha yang baru dilantik menggesa kakitangannya untuk setia kepada kerajaan dan menolak “janji kosong” pembangkang serta seorang diplomat menyerang akhbar Kanada kerana mempersoalkan “trek rekod Najib”.

Sejumlah 1.4 juta kakitangan kerajaan merupakan pengundi tradisional BN namun kontroversi berkenaan skim pendapatan terbaru mereka dan serangan daripada pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) terhadap isu pokok mereka telah memberikan kelebihan kepada mereka apabila sokongan sudah mula berubah.

Walaupun populariti perdana menteri di Semenanjung Malaysia menurun empat peratus selepas pertembungan perusuh dan pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0, kedudukannya masih kekal dengan 65 peratus sedangkan kerajaan masih lagi sukar untuk mencecah 50 peratus penerimaan rakyat.

Penganalisis yang dihubungi The Malaysian Insider berkata dengan pertembungan politik yang semakin hebat, keyakinan kakitangan awam pimpinan politik semakin goyah.

Mereka menjelaskan isu seperti dakwaan RM250 juta pinjaman kerajaan oleh keluarga menteri Kabinet, pinjaman pendidikan tinggi yang membebankan pelajar dengan hutang, dan pembelian RM7 bilion kapal selam Scorpene dikaitkan dengan Najib telah mendapat perhatian tinggi pengundi.

“Walaupun jelas kelebihan berpihak kepada BN, Najib telah melambatkan pilihan raya ke satu tahap di mana beliau mempunyai ruang yang semakin sempit. Kesan terhadap perkara ini adalah 'kegagalan' pentadbirannya untuk menyaksikan taktik baru yang muncul.

“Jadi, (kakitangan awam) acuh tak acuh untuk menerima peringatan daripada pegawai mereka supaya 'membuat pilihan bijak',” kata Ibrahim Suffian yang mengetuai pusat penyelidikan Merdeka Center.

Penganalisis politik bebas seperti Khoo Kay Peng melihat “ strategi yang padu untuk menang komuniti kelas pertengahan” dengan bercakap tentang “kepastian yang wujud dengan kerajaan BN.”

Dengan merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati, yang kini telah menjadi tema untuk sambutan Hari Kemerdekaan, beliau berkata “dengan kedatangan masa sukar, terdapat banyak yang akan mengutamakan mata pencarian mereka dan menjadikan majikan mereka susah harti.”

Ketua Setiausaha Datuk Seri Ali Hamsa berkata kepada penjawat awam mereka “perlu lebih jelas” daripada mempercayai “janji-janji kosong” daripada pembangkang, dan menggesa mereka untuk berkhidmat dengan kerajaan hari ini dalamsatu temuramah khas bersama New Sunday Times.

Setiausaha Menteri Luar Ahmad Rozian Abdul Ghani kemudiannya menyerang akhbar kanada semalam apabila melihatkan Najib sebagai “demokrt palsu”, dan menegaskan perdana menteri itu mempunyai “trek rekod yang membanggakan.”

“Seorang Pengarah di unit kecekapan Pemandu turut melakukan serangan secara terbuka kepada pembangkang semalam kerana tidak meningkatkan negara sebaliknya lebih menjurus kepada mengkritik kerajaan sedia ada.

“Semua pembangkang hanya tahu mengkritik apa yang sedang dibuat dan tidak menambah baik negeri mereka! Apa yang mereka buat?” kata pengarah komunikasi Alex Iskandar Liew di laman Twitter miliknya, dengan turut dihantar kepada @barisannasional dan @NRC11, kelab penyokong perdana menteri.

Pendyarah Sains Politik James Chin, enggan untuk sebarang tindakan bebas parti politik  oleh kakitangan kerajaan namun berkata,”dengan kesaksamaan dalam kerajaan, penjawat awam tidak boleh mngeluarkan sebarang kenyataan politik.”

“Politik perlu diselesaikan oleh orang politik, atau setiausaha akhbar yang bekerja secara kontrak, bukannya dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Ketua Setiausaha adalah kakitangan kerajaan tertinggi dan setiausaha adalah kakitangan tertinggi penjawat awam dalam kementerian. Kebanyakannya kakitangan Pemandu, bagaimanapun, di ambil bekerja atas keperluan kontrak 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa