Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin behubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan mejadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.

"Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita," katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.