Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 23, 2012

Memang Taraf` Tong Sampah!

October 23, 2012

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Penolong Pengarang Utusan Malaysia hari ini memberitahu mahkamah bahawa beliau “tidak pasti” dengan laporan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berkata akhbar berbahasa Melayu itu hanya menyiarkan transkrip penuh dari kenyataan bekas ahli PAS, Datuk Dr Hasan Ali.

Zulkiflee Bakar memberi keterangan hari ini dalam kes saman Anwar (gambar) terhadap akhbar tersebut pada Januari lalu — Utusan mengatakan beliau menyokong hak golongan gay di media Britain awal tahun ini.
Peguam Anwar N Surendran bertanya kepada Zulkiflee pada keterangannya di mahkamah bahawa apakah beliau “tidak pasti tentang artikel mengenai plaintif (Anwar) benar atau tidak.”

Beliau menjawab “tidak pasti”.
Surendran berkata adakah beliau bersetuju “maklumatnya mungkin benar, atau salah”.

Zulkiflee berkata mungkin kedua-duanya.

Beliau kemudian memberitahu peguambela Datuk Firoz Hussein bahawa laporan dari Dr Hasan dan tidak mengetahui sama ada kenyataan Hasan itu benar atau tidak.

Zulkiflee berkata akhbar hanya menulis laporan tanpa mengubah apa-apa.

Zulkiflee juga berkata laporan itu adalah “transkrip penuh” dan “kami tidak akan meminda sebarang ayat.”

Zulkiflee juga tidak bersetuju artikel itu disiarkan untuk menjatuhkan reputasi Anwar.

Kemudian beliau memberitahu peguambela Firoz bahawa laporan akhbar itu disiarkan untuk hari itu.
Surendran telah memberitahu Aziz bahawa apakah beliau bersetuju bahawa Utusan tidak pernah menyiarkan apa-apa yang tulisan positif terhadap Anwar “dalam masa 14 tahun selepas plaintif meninggalkan kerajaan.”

Anwar pada Januari memfailkan saman RM50 juta untuk menghalang Utusan dan ketua pengarangnya mengulangi kenyataan tentang beliau menyokong pergerakan hak gay.

Pada 18 Julai, Anwar telah memberitahu mahkamah bahawa sudah menjadi “pengetahuan umum” bahawa Utusan adalah milik Umno dan menerima arahan dari presiden parti itu.

Anwar juga bersetuju bahawa hubungan seks luar tabii harus dihalang untuk melindungi kesucian perkahwinan, tapi undang-undang perlu dikaji semula agar orang yang tidak bersalah tidak dihukum.

Awal tahun ini, Anwar telah dibebaskan dari dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana tidak mencukupi bukti.

Hakim mahkamah tinggi VT Singham akan mendengar kes dan akan membuat keputusan pada 27 Disember jam 10.30 pagi.

4 comments:

  1. Wak minte jasebaik dari tuan empunye blog supaye dapat kire nye blog hambe ni di senaraikan ke dalam bloglist tuan.

    wak-labu.blogspot.com

    Terime kasih

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Qurban Yob Mountdweller!

    ReplyDelete
  3. wak labu

    Blog wak dah lama saya senaraikan pada bloglist saya. Apa pun terima kasih di atas peringatan

    ReplyDelete
  4. MOH KEMBARA

    Selamat Hari Raya Korban juga untuk Yong dan keluarga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa