Tajuk "Pimpinan PAS semasa telah terpesong dari PAS TGNA", yang dibawa oleh Husam Musa telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati penyokong dan pendokong PAS di Kelantan.
Walaupun Husam Musa telah dilihat sebagai seorang yang kecewa dalam rangka politik PAS Kelantan. Namun beliau telah menggunakan kebijaksanaan dan pengalamannya sebagai seorang ahli politik yang didakwa sebagai " anak didik TGNA".
Segala dakwaan dengan hujah dan bukti yang mantap yang beliau kemukakan untuk mengaitkan pimpinan PAS pusat dan negeri sebagai rangkaian pimpinan yang lemah telah berjaya memberi pencerahan kepada penyokong PAS.
Bagi politik Kelantan, pendedahan Husam mengenai penyelewengan dalam beberapa isu pembalakan di Kelantan telah membuat penyokong PAS tersentak. Adakah politik balak 1978 yang telah berjaya menggulingkan PAS akan kembali berulang?.
Penyokong PAS kelantan sedar, mereka akan memperolehi kepayahan dan akan dianak tirikan oleh kerajaan pusat bila mereka memilih PAS. Namun mereka begitu bersemangat dan bangga bila pimpinan PAS dibawah TGNA telah menunjukkan model kepimpinan ulamak yang diidamkan.
Namun keadaan yang tenteram dan kenteteraman itu telah mematah semangat mereka dengan setiap pendedahan yang tidak terjawab.
Mungkin pendedahan dan cabaran Husam Musa boleh mengugat PAS, namun penyokong melihat "lebih baik membuang anggota berpenyakit dari kehilangan nyawa".
Mungkin cabaran Husam Musa sedikit sebanyak telah menyedarkan pimpinan PAS pusat dari bersikap takbur dan menidakkan pandangan ahli dan penyokong bawahan PAS. Bahkan inilah peluang terbaik untuk pimpinan PAS bermuhasabah dan mengingsafi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
Walaupun sedikit terlambat, kenyataan TITM untuk memanggil Husam Musa mengadap dan berdepan dengan AJK PAS pusat agak terlambat. Namun sekurang-kurangannya TITM telah menampakkan beliau juga pandai untuk membuat sesuatu kerja yang sepatutnya beliau buat.
Kita mengharapkan isu Husam Musa tidak dikendalikan oleh TIMT seperti isu "kerat setandan" dan isu AMANAH. Di mana kedua isu inilah yang telah banyak menyerlahkan kelemahan TITM sebagai seorang pemimpin berwibawa.
Inilah masa dan peluang pimpinan PAS membuang jauh sikap "telinga kuali" dan meremehkan suara hati penyokong bawahan PAS.
Mungkin pimpinan PAS boleh tidur lena dengan apa yang dialami parti sekarang ini, namun penyokong bawahan PAS lebih merasa bahan panasnya. Di mana mereka inilah yang terpaksa menghadapi masyarakat dan bertungkus lumus mempertahankan PAS walau pun mereka tidak diberi sesen pun elaun, apa lagi untuk memperolehi kenaikan elaun yang berganda.
Nyahkan hadi dpd pas..pegang trengganu pun sepenggal..kalau tidak kelantan pun akan tumbang nanti..
ReplyDelete