Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 15, 2015

Husam dipanggil menghadap

PAS panggil Husam menghadap

Geraldine Tong


Jawatankuasa Pusat PAS akan memanggil bekas naib presiden parti itu untuk menjelaskan dakwaan serta mengemukakan bukti berhubung dakwaannya mengenai kerajaan Kelantan.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mengikut pandangan parti itu semua dakwaan mesti disertakan dengan bukti kukuh.
Bagaimanapun, katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk memanggil Datuk Husam Musa.

Sebagai ahli PAS, kata Tuan Ibrahim, Husam sepatutnya menggunakan saluran dalaman parti untuk menimbulkan sebarang isu yang menglibatkan pengurusan.
"Secara positifnya, PAS melihat sebarang kenyataan mesti dikemukakan dgn bukti-bukti yg cukup," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, pertemuan itu akan diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Husam memberi penjelasan mengenai "banyak perkara".
Ditanya mengenai apa yang dimaksudkannya itu, Tuan Ibrahim berkata, ia membabitkan dakwaan terhadap kerajaan Kelantan, presiden parti dan PAS sendiri.
PAS sedia mendengar
Sejak akhir-akhir ini Husam sering tampil membuat pelbagai kenyataan dan pertanyaan yang dianggap memanaskan kerajaan Kelantan.
Antara isu yang dibangkitkan bekas exco kanan Kelantan itu ialah pembalakan di negeri berkenaan, persetujuan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan bersama Umno serta yang terbaru, dibiarkan sendirian menghadapi fitnah terhadapnya.
PAS sedang mengalami gelora dalaman ekoran tindakan kumpulan konservatif melakukan 'gerakan pembersihan' parti itu pada muktamar tahunan mereka Jun lalu.
Ketika sebahagian besar pimpinan sederhana PAS sudah keluar menyertai Parti Amanah Negara, beberapa tokoh seperti Husam mengambil keputusan terus bersama parti berkenaan.
Kata Tuan Ibrahim, PAS akan mendengar penjelasan daripada Husam sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
"Ini sikap parti, kita bersedia untuk mendengar," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengemukakan dokumen berisi kritikan serta pandangan parti terhadap Bajet 2016.
Katanya, dokumen itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan terpulang kepada kerajaan untuk menerima pandangan itu atau sebaliknya.
"Ia selaras dengan pendirian PAS yang tidak hanya membangkang kerajaan dalam pilihan raya, sebaliknya menyediakan alternatif kepada semua pihak," katanya.
Bajet 2016 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen pada 23 Oktober lalu.

6 comments:

  1. Kalau Husam bawa bukti sahih. Ada berani ke ambil tindakan ke atas ayah chik mb n tmb kelantan. Retorik hihi.

    ReplyDelete
  2. Abe

    TITM buta kayu tentang perbezaan kerajaan dan parti. Antara tugas Adun dan ahli parti.

    Ambo pasti Husam tidak akan hadir bertemu dengan JKKP atas isu kritikan beliau terhadap kerajaan negeri Kelantan.

    Pertama, itu urusan Adun Salor dengan kerajaan negeri kelantan yang xde kena mengena dengan PAS sebagai sebuah parti politik yang mempunyai majoriti di Dun Negeri Kelantan. Ia adalah utusan antara zeorang Adun Dun dengan kerajaan negeri mengenai masalaah pentadbiran negeri kelantan.

    Cantik ambo rasa tak....bila TITM mengarah Husam datang bawa bukti yang kukuh. Bodoh banyak ada la...semua bukti-bukti Husam ada dengan kerajaan negeri. Status terkini tentang isu-isu yang dibangkitkan oleh Husam ada ditangan kerajaan negeri. Maklumat yang ada ditangan kerajaan negeri jauh lebih lengkap dan terkini.

    JKKP sepatutnya memanggil Mat Yaacob dan Nik Amar kerana mereka.adalah peneraju utama kerajaan negeri Kelantan. Isu yang dibangkitkan oleh Husam itu tanggungjawab mereka berdua untuk memberi penjelasan.

    Malah, Mat Yaacob dan Nik Amar boleh memberi p3njelasan tentang tindakan2 gerkini yang sudah diambil, sedang diambil dan akan diambil jika terdapat isu-isu yang bangkit oleh Husam itu benar.

    Jadi cadangan nak panggil Husam mengadap JKKP diatas tegurannya kpd kerajaan negeri Kelantan ni kerja bodo dan dibuat oleh pihak yang buta kayu yg tidak tahu perbezaan kerajaan negeri dan parti.

    Aku pasti Husam akan jawab beliau xakan hadir kerana kritikan2nya xde kena mengena dengan PAS. Beliau mengkritik atas sifatnya sebagai Adun yang menjadi s3bahagian daripada sistem berkerajaan peringkat negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali...apabila sesorang itu berkata-kaya, kita akan tahu sesorang itu samada pintar atau dungu...huh

      Delete
  3. bat8

    Abe setuju. Sekiranya Husam tidak hadir pun tak apa sebab dah agak berlambak sudah surat Husam kepada Mad Yaacob dan Nik Amar......Nik Amar pun dah kemamar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah kah
      Alahaiiiiiii
      Cmana nak tadbir negara....
      Mende simple mcm tu pun x reti kaaa..
      Lainkali sblm wat kenyataan bincanglah dgn ajk2 yg mcm2 tuh.
      Ker ajk pon jenis tahap sama gak...
      Dok kutuk umngok psl lantik bkn ahli..so skrg amacam.mcm sorang MP yg kemamar soal bab pekerja asing....tu ketua penerangan abe oiiiii....sekali lg...ketua penerangan....ini mcm punya bulan sdh x terang laaah abe...sudah kelam psl ketua tukang terang sudah x tau terang...adehhhh...hancus..

      Jaga bro bat8...dia tgh bodek boh2 besar psl nak tanding kat kubang kerian..hehehe...boleh keerr.jgn marah...

      Delete
    2. Kah kah kah kah
      Alahaiiiiiii
      Cmana nak tadbir negara....
      Mende simple mcm tu pun x reti kaaa..
      Lainkali sblm wat kenyataan bincanglah dgn ajk2 yg mcm2 tuh.
      Ker ajk pon jenis tahap sama gak...
      Dok kutuk umngok psl lantik bkn ahli..so skrg amacam.mcm sorang MP yg kemamar soal bab pekerja asing....tu ketua penerangan abe oiiiii....sekali lg...ketua penerangan....ini mcm punya bulan sdh x terang laaah abe...sudah kelam psl ketua tukang terang sudah x tau terang...adehhhh...hancus..

      Jaga bro bat8...dia tgh bodek boh2 besar psl nak tanding kat kubang kerian..hehehe...boleh keerr.jgn marah...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa