Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 7, 2011

Malaysiaku: Macam-Macam Ada

Dipukul ahli sindiket gores dan menang

KUALA LUMPUR – Ahli sindiket gores dan menang yang agresif melakukan penipuan malah turut berani memukul.

Terbaru, seorang jurujual syarikat telekomunikasi, Chan Chee Hoe, 20, menjadi mangsa hingga menerima lapan jahitan di kepala.

Kejadian berlaku di stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran Mid Valley, kira-kira 2.30 petang, 28 April lalu.

Mangsa dipukul kerana dituduh membuat laporan polis berhubung ke-giatan ahli sindiket terbabit.

Pada awal kejadian, ahli sindiket terbabit dihalau dua anggota polis yang meronda sekitar kawasan itu dan mangsa dituduh atas tindakan berkenaan sehingga cetuskan pertengkaran,” katanya di Wisma MCA di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Biro Pengaduan Awam (MCA), Datuk Michael Chong berkata, polis sedang menyiasat untuk mengesan ahli sindiket itu.

Friday, May 6, 2011

Hanya Kerana Seorang Penunggang Menuggang Melawan Arus

Empat maut ngeri

PASIR MAS – Empat maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan ngeri enam kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di Kampung Tok Uban dekat sini, malam kelmarin.

Lebih tragis, otak dari salah seorang mangsa berkecai digilis lori selepas dua motosikal bertembung dari arah bertentangan.

Mangsa, Muhammad Faizal Fakruddin, 16, dari Kampung Chetok, Pasir Mas; Chik Samsuddin Mat Ghafar, 16, dari Kampung Pasir Jering, Kuala Krai, Ariff Mohd Zain, 35, dari Kampung Chetok, Pasir Mas, dan Wee Tai Kit, 40, dari Kampung Cherang Kota Bharu, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Dua mangsa cedera parah ialah seorang anak Ariff, Aliff Azhar, 12, dan Hazayudi Mohd Zainal Abidin, 36, dirawat di Hospital Lati, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, kemalangan pertama berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave ditunggang Ariff bersama anaknya, melawan arus jalan dan dilanggar Yamaha RXZ, yang ditunggangi Shamsuddin Abdul Ghapar dan Muhammad Faizal Fakrudin.

”Akibat pertembungan itu, tiga daripada mangsa tercampak di jalan raya lalu digilis dua lori dari Tanah Merah ke Pasir Mas,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, sebuah kereta Volvo yang dipandu Hazaiudi Mohd Zainal Abidin, 36, dari arah sama, mengelak daripada melanggar mangsa yang terbaring di tengah jalan dan merempuh kereta proton saga Iswara yang dipandu Tai Kit dari arah bertentangan.

Menurutnya, kesemua mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala dan badan manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Polis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dari SH

Darurat Kepala Hotak Apa Lagi?


KUALA LUMPUR, 5 Mei: Kerajaan turut digesa memansuhkan pengisytiharan darurat yang sudah lebih 40 tahun digunakan di negara ini selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Malaysia seharusnya mencontohi negara lain seperti Mesir yang telah memansuhkan pengisytiharan darurat.

"Kita berada dalam kerangka undang-undang yang tempang. Memang ISA itu zalim, itu memang jelas tapi isu yang lebih utama ialah mengenai deklarasi darurat yang masih digunakan di Malaysia sedangkan negara lain seperti Mesir ianya sudah dimansuhkan," kata beliau dalam satu diskusi bertajuk 'Siapa di belakang ISA' di KL & Selangor Chinese Assembly Hall (KLCAH), kelmarin.

Terdahulu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC) dan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) melancarkan buku yang ditulis Adun Hulu Kelang dari PAS, Saari Sungib, bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA.

Menurut Nurul yang juga Naib Presiden PKR, ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menyediakan usul mengenai perkara tersebut namun ditolak Speaker Dewan Rakyat atas alasan ianya hanya boleh dibawa oleh Menteri.

"Keputusan yang kita (Pakatan Rakyat) ambil dalam sesi lepas adalah untuk memperkenalkan dan membahaskan akta pemansuhan darurat supaya semuanya ditarik balik di Parlimen dan pada masa yang sama kita kena menyediakan langkah-langkah susulan kerana apabila ditarik pengisytiharan darurat unang-undang yang diwujudkan semasa darurat berkuat kuasa akan menerima akibatnya.

"Usul (untuk memansuhkan pengisytiharan darurat) telah disiapkan dan diserahkan kepada Speaker malangnya atas kuasa Speaker ianya ditolak kerana dikatakan mana-mana ahli Parlimen atau undang-undang persendirian tidak akan dilayan kecuali usul memansuhkan pengisytiharan darurat itu dibawa oleh menteri," katanya.

Beliau juga berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mungkir janji apabila berkata bersedia menarik balik pengisytiharan di Sarawak dan Kelantan namun tidak melaksanakannya sehingga sekarang.

"Nazri Aziz dalam jawapannya kepada saya dan Ipoh Timur di Parlimen menyatakan kerajaan bersedia menarik balik pengisytiharan darurat Sarawak dan Kelantan tapi tidak dibuat sampai hari ini," katanya.

Sebelum ini, seorang pakar perlembagaan, Shad Saleem Faruqi berkata, banyak faktor yang mungkin menyebabkan kerajaan tidak menamatkan darurat.

Pertama, mungkin kerajaan jahil dalam perkara ini dan keduanya, kerajaan mungkin mendapati undang-undang yang digubal ketika darurat memberi "kemudahan" ketika digunakan.

Menurut artikel 150 (7) dalam Perlembagaan Persekutuan, seandainya darurat ditamatkan, semua akta yang digubal ketika tempoh darurat akan hilang penguatkuasaannya selepas enam bulan.

Pada 8 Mac lalu, seorang remaja Muhammad Arif Abud Semah, 19, ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), atas tuduhan mencuri motosikal.

Ketika ditahan Arif turut mendakwa dipukul dengan teruk di bahagian kaki dengan kayu panjang dan wajar. Menurut Arif, meskipun beliau merayu dan meminta bantuan perubatan, namun ia tidak diedahkan.

Penangkapan Arif di bawah EO dan seksaan fizikal dan mental yang dialaminya dikecam hebat NGO seperti Pertubuhan Lawyer For Liberty (LFL) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Ini kerana tangkapan di bawah EO itu membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari, yang bertentangan dengan hak asasi manusia untuk mendapatkan pembelaan.

Harakahdaily

Kuasa Wanita

Firman Allah yang bermaksud :

" Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu"


Kaum wanita, kasihilah ayah anda, suami anda, abang-abang anda dan anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankanlah perintah Allah s.w.t dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas..insyaAllah rahmat Allah pasti mengiringi. Amin..

Allah Mencipta, Allah Yang Menghancurkan

Siapakah kita dan di manakah kita hakikatnya?

Walau pun video ini adalah himpunan dari banyak ilustrasi namun hakikat Kiamat adalah benar!



Sumber video dari sini

Kita Tunggu Apa Kesudahanya Nanti

Janji dedah konspirasi Anwar

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berjanji akan membongkar konspirasi membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mendedahkan identiti pelaku di dalam video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Shazryl Eskay berkata, beliau yakin polis akan mendedahkan identiti pelaku itu dalam waktu terdekat.

“Kita tunggu polis dedahkan pelaku dalam video itu. Lepas itu baru saya akan dedah konspirasi terbabit.

“Jika polis tidak dedahkan, kita lihat bagaimana, tetapi saya yakin polis akan dedahkan kerana difahamkan siasatan sudah di peringkat akhir,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kepong di sini, semalam.

Beliau diminta beri tarikh akan buat pendedahan baru melibatkan Anwar, yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.

Ditanya kesahihan dua bahagian video yang disiarkan di Internet baru-baru ini, beliau sahkannya.

Ketika ditanya mengapa polis memintanya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA), beliau berkata, DNA itu mungkin ada kaitan dengan jam jenis Omega yang diserahkannya. Jam itu dikatakan ada kaitan pelaku dalam video berkenaan..

Ditanya adakah beliau yang bekalkan wanita dipercayai warga China itu, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasat.

“Bukan semua soalan kamu (wartawan) boleh saya jawab kerana ia dalam siasatan polis,” katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan di Carcosa Seri Negara di sini kepada beberapa wartawan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T, iaitu Shazryl Eskay, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

* Bukan tunggu Datuk T'ngong tetapi hasil siasatan dan pengumuman pihak Polis.

Thursday, May 5, 2011

Polis Lagi....

Persoalanya adakah betul Polis yang meminta sogokan itu adalah benar-benar Anggota Polis yang mengendalikan kes tersebut?

Yang senang sangat berikan duit puluhan ribu tu pulak kenapa? Banyak duit sangatkah?

Pokok pangkalnya rasuah terjadi adalah kerana ada manusia yang dengan senang hati menghulur dan pastinya ada yang akan mengambil dan meminta.

Siapa yang bodoh dan siapa pula yang jahat di dalam kes ini?

Ibu Dakwa Ditipu Anggota Polis Untuk Bebaskan Anak

PETALING JAYA: Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang tersebut adalah bagi menjamin anak-anaknya.

Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lepas di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak.

"Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa mereka ditahan," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini, Khamis.

Beliau berkata dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya.

"Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang tersebut melalui akaun bank," katanya.

Rani Rahmah berkata selepas wang dimasukkan ke dalam bank, anggota polis tersebut meminta supaya beliau datang ke Balai Polis Rawang untuk membawa pulang anak-anaknya.Namun di balai polis berkenaan, anggota di situ menafikan bahawa anak-anaknya telah dibebaskan.

"Sehingga hari ini, anak-anak saya masih juga tidak dibebaskan walaupun wang telah diserahkan," tambahnya.

Seorang lagi ibu yang anaknya turut ditahan kerana kes yang sama, Maznah Yusof, 41, berkata beliau juga mendapat panggilan yang sama namun tidak melayannya.

Peguambela bagi keua-dua yang ditahan itu, Fadiah Nadwa Fikri berkata beliau menganggap perkara itu sebagai satu kegiatan rasuah di kalangan anggota polis dan akan memberi masa 24 jam kepada pihak polis untuk membebaskan kedua-dua anak guamnya.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, beliau tidak dimaklumkan tentang kejadian tersebut namun akan membuat siasatan lanjut. "Kami akan menyiasat tentang angota polis yang didakwa meminta wang jaminan tersebut," tambahnya.

- BERNAMA\mStar

Memang Dah Terbelit!

2011/05/05

Eskay Kantoi
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Sumber - Blog SharpShooter

Obama Pun Sama Taraf Dengan Eskay

Obama enggan dedah bukti

WASHINGTON - Rumah Putih seakan bermain tarik tali apabila seperti keberatan untuk mengeluarkan foto mayat Osama Laden selepas diminta oleh beberapa Ahli Parlimen bagi menunjukkan bukti jika benar pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu sudah meninggal dunia, kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dengan angkuh bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan semua orang mempercayai foto yang dikeluarkan itu adalah benar mayat Osama.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perumahan, Senator Joseph Lieberman berkata, kerajaan perlu mengeluarkan foto atau rakaman video yang lebih jelas supaya tiada keraguan dan persoalan lain berhubung kesahihan itu akan timbul.

“Kami akan mempercayai berita kematian Osama jika ia disahkan oleh ahli kumpulan Al-Qaeda itu sendiri kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sedang dilakukan tidak boleh menjadi satu bukti kukuh,” menurutnya lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Rumah Putih, Mike Rogers berkata, mereka yakin telah menembak Osama dan keengganan mereka untuk mengeluarkan foto atau bukti lain berkaitan kematian Osama kerana tidak mahu mencetuskan sebarang masalah.

Sumber : SH

Wednesday, May 4, 2011

Satu Pesanan

Bloggers Malaysia harus bertaubat dari terlibat secara terus dengan Ghibah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.

Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

Ghibah itu sendirinya berunsur mengatakan tentang kekurangan, kekhilafan dan keburukan atau kemaksiatan yang dilakukan oleh saudara seagama kita.
Bukannya suatu pekerjaan yang membawa ketenangan pada sesiapa sahaja yang terlibat dengannya atau menyenangkan hati mereka yang mendengarnya!

Dari segi lahiriahnya sahaja, sudah begitu menjengkelkan apatah lagi bahawa diri yang terlibat samada menjadi penyebarnya atau pun mangsa perbuatan ghibah itu?
Cuba kita berhenti sejenak dan memikirkan akan arah tuju gejala atau wabak 'ghibah' yang kini menjadi modus operandi kebanyakan mereka yang mengaku menjadi penulis blog terutamanya blog blog yang dibanggakan sebagai wadah perjuangan media baru di gelanggang sosio-politik.

Tuan tuan dan puan puan sesama Islam dengan ku sekelian.

Risau jadinya saya melihat keghairahan para penerbit blog tanpa segan dan silu memaparkan adegan adegan perzinaan kepada tatapan khalayak umum tanpa memikirkan akan natijahnya perbuatan jenayah tersebut baik terhadap diri sendiri di Yaum al Mahsyar nanti mahupun kepada kepada masyarakat kita secara umumnya dimana sudah pasti ianya tersebar luas seantero dunia melalui jaringan internet dan kini pencapaian broadband!

Apakah ini yang mahu kita perjuangkan demi Allah dan Rasul?
Bukti penzinaan seorang yang dikatakan dan dipercayai bahawa ianya adalah seorang ahli politik pembangkang dan dengan alasan ianya harus disekat dengan segala cara dari terus bebas bermaksiat ikut suka?

Pertuduhan telah dibuat oleh beberapa orang manusia yang masing masing tidaklah pulak tercanang sebagai insan insan maksum sesuci embun pagi.

Namun kita mengakui bahawa itu adalah hak mereka untuk membuat apa sahaja mengikut lunas gerak hati mereka yang entah bermotifkan dendam kesumat terhadap individu yang dikatakan 'pelakon utama' rakaman perzinaan bersama seorang pelacur China!

Perkara itu kini disiasat pihak Polis DiRaja Malaysia dan seeloknya dibiarkan mereka sahaja mengendalikannya.

Apa yang saya kesalkan adalah penerusan penyiaran babak babak perzinaan selanjutnya oleh beberapa blogger yang seolah tak tahu langsung tentang hukum hakam dan larangan agama kita terhadap kerja kerja sebegitu yakni yang melibatkan soal aurat dan pendedahan babak babak perzinaan kepada umum!

Takkan lah sampai begitu jahil sekali tentang halal haram cara penyampaian maklumat kepada pengguna pengguna internet?

Takkan tak tahu mana satu batas batas dan etika kewartawanan walaupun yang sedang buat kerja ba alif ngang ini menamakan diri sebagai blogger?

Macamanakah nanti hendak menjawab depan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan kewajaran ia menerbitkan untuk tontonan umum sedunia akan kerja kerja penzinaan individu sasaran mereka?

Sedangkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam menghindari seberapa dapat dari mengadili sipenzina yang terus terang datang membuat pengakuan inikan pulak kita orang orang yang hidup di zaman seribu satu macam fitnah dan kebejatan perangai manusia?
Blogger blogger terlibat juga sudah tentu mempunyai anak anak dan ahli keluarga yang mereka sayangi.

Apakah ada diantara blogger terlibat sanggup untuk menayangkan hasil kerja masum mereka yakni memaparkan klip klip video perzinaan sasaran mereka kepada anak isteri mereka tanpa segan dan silu?

Sanggupkah membiarkan anak anak anda menonton aksi aksi lucah sebegitu melalui paparan skrin laptop dan desktop mereka dirumah atau dimana sahaja?

Apakah yang akan blogger berkenaan menjawab bila si anak kecil bertanya akan apakah yang sedang ditunjukkan didalam video video tersebut kepada mereka?

Sudah sudahlah membuat kerja yang hanya membusukkan nama dan menghancurkan segala usaha murni para pejuang kebenaran dari hilang lesap hancur berterabur hanya kerana ada dua tiga kerat blogger yang terkena sindrom 'marahkan nyamuk membakar kelambu'.

Blogger sepatutnya menggunakan kebijaksanaan masing masing menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.
Ini tidak, semakin lama semakin rosak nama nama baik angkatan penulis dan pengendali blog.

"Akai pi mana beb?"

Bertaubatlah sebelum terlambat. Takut tak sempat mengucap beb. Bawa bawa beringat. Kita ni sendiri tak le semaksum tara mana pun.

Dah tegur, dah dedah mukadimahnya sudah lah.

Ini sampai melatah naik syeh dedah segala benda pasai apa?

Hilang pertimbangan pun, takkan sampai benda benda sulit macam tu pun boleh gi siar ke seantero alam siber kot syeikh?

Lani, semua dah 'gone case'.

Blogger blogger Melayu Muslim seMalaysia dah hilang maruah, hilang saki baki integriti yang dok ada.

Takut nanti ada yang meludah bilamana terserempak dengan blogger blogger otak kelabu berkenaan nanti.

Kira ..jangan dok mengamuk gila babi nanti bila terkena, ye?

Sendiri cari pasal, beb!

Sendiri mau ingat, aa?

Hai lah manusia manusia....raplah betoi!


Dipetik daripada blog Zainol Abideen

Sumber dari SH

Tuesday, May 3, 2011

Dua Sepupu : Hasrat Dan Nada Yahudi Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin.

Bacalah sepenuhnya di sini


KLUANG:
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap kematian pemimpin kumpulan pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat di Pakistan pada Isnin dapat membawa dunia ke arah keamanan dan keharmonian sejagat.

Baca selanjutnya di sini

Monday, May 2, 2011

Sahkah Anwar Penzina?

Dalam bab buat perangai tidak senonoh di dalam Rumah Allah ni memang aku tidak setuju dan aku kutuk.

Berkelakuan biadap dan kurang ajar dalam Masjid wajar ditentang

Orang Islam di Malaysia diperlihatkan satu perbuatan puak politik yang kurang ajar dan biadap sanggup membuat kecoh dalam rumah Allah.

Macam tidak percaya pula apabila melihatnya berita di televisyen dan gambar di laman-laman blog menunjukan penyokong Anwar Ibrahim buat perangai seburuk itu. Mereka melakukan itu semata-mata melindungi seorang penzina seperti Anwar.

Yang menjadi tandatanya, penyokong Anwar membuat buat kecoh cuba halang Datuk Eskay Abdullah nak buat sumpah laknat di situ. Bukankah itu menjadi hak dia untuk membuktikan dia bercakap benar.

Lantaklah kalau Anwar tidak mahu bersumpah atau nak tunggang terbalik. Apa hak penyokong yang diketuai oleh Shamsul Mad Akin dan pengikutnya menggangu Datuk Eskay nak bersumpah. Itu antara Datuk Eskay dengan Allah.

Kalau dia buat fitnah dan buat sumpah laknat tanggunglah dia pada akibatnya nanti. Kalau Shamsul dan kawan-kawannya nak tunjuk hero sekalipun pergilah menjerit melalak di ceramah-ceramah politik. Biadap dan kurang ajar masuk buat kecoh di dalam masjid.

Siapa yang ajar mereka ini kurang ajar sampai begini sekali .Itu Anwar kena jawab. Kami rakyat biasa melihat gelagat sumbang ini dengan penuh rasa marah.Jangan sekali-kali ulangi perbuatan ini.

Perbuatan ini tidak akan mengubah persepsi kami yang sudah melihat beberapa bahagian video seks yang didakwa libatkan Anwar di internet. Malah kecurigaan pada yang didakwa itu makin bertambah melihat perbuatan desperado seperti yang berlaku di Masjid Bandar Baru Sentul.

Dipetik daripada blog Sungai Rapat Online (Adun Sungai Rapat,Hamidah Othman)

Sumber : Sinar Harian

Ini Pun Cerita Sedap!

Sunday, May 1, 2011

Baca, Renung Dan Fikir - Buatlah Keputusan

Gambar ini saya ambil dari blog Tukar Tiub



Artikel di bawah ini dicopy dari sini

Ahad, Mei 01, 2011

Sumpah Laknat Shazryl tidak kena



SHAH ALAM – Seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan empat saksi adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk, tetapi tidak layak melakukan sumpah laknat. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahib berkata, hukum fekah menjelaskan sekiranya ingin menuduh seseorang melakukan perbuatan terkutuk, individu itu perlu membawa empat saksi tidak termasuk dirinya. Menurutnya, sekiranya gagal membawa bukti dan saksi, individu terbabit tidak layak membuat tuduhan.

Beliau berkata, sekiranya tidak layak, individu itu wajib dikenakan hukum qazaf, hukuman kepada orang yang menuduh orang berzina tanpa empat saksi di mana dalam Islam dikenakan 80 kali sebatan.
“Laknat Allah ini tidak boleh dipermainkan, kalau tidak berlaku (perbuatan) jangan menuduh, nanti sumpah memakan diri.

Apa disiarkan di televisyen semalam (merujuk kes Datuk Shazryl Eskay bersumpah laknat), langsung tidak kena kerana itu bukan disyariatkan Islam.
“Segala apa dilakukan (sumpah laknat), bukan selesai begitu sahaja dan bukan bermakna kita sudah cuci tangan, tetapi kita dipertanggungjawabkan mulai saat kita melakukan perbuatan itu sehingga kita bertemu Allah,” katanya. Abdul Wahid berkata, sumpah laknat atau sumpah mubahalah ini berat malah ianya perlu dihadiri kedua-dua pihak (yang menuduh dan dituduh).

Saturday, April 30, 2011

Kesihan....

Kesihan.....Terkial-kial mencari kepercayaan, bohong dengan cakap berbelit-belit. Gagal mengemukan 4 saksi maka jadilah tuduhannya 'Fitnah' - Tak takut dosa
Kesihan......Tak takut Akhirat tapi takut mati - Pakai baju Kalis Peluru. Satu Malaysia kenal peribadi mereka
Kesihan...... Tenaga dihabiskan menangkis tuduhan/fitnah. Satu Malaysia tahu siapa insan ini
Kesihan..... dibabitkan sama. Satu Malaysia juga kenal individu ini
Kesihan......PKR terbabit ditimpakan beban menangkis hujah

Menempah Bala Atau Mencari Pahala?

Aku pula yang takut.....
Shazryl Eskay Bersumpah Pegang Al-Quran Anwar Terlibat Dalam Video Seks

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang merupakan salah seorang trio 'Datuk T' bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video seks melibatkan pemimpin pembangkang adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau melafazkan sumpah laknat berkenaan di hadapan media bersaksikan pembantu imam Masjid Amru Al-Asr Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Shazryl Eskay memulakan upacara dengan mengucap dua kalimah syahadah sambil memegang senaskhah Al-Quran.

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

"Wallahi wabillahi watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

"Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku" katanya.

Hadir sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketiga-tiga trio 'Datuk T' berkenaan adalah individu yang bertanggungjawab terhadap pendedahan video seks yang didakwa mirip Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Sebelum itu, ketiga-tiga trio berkenaan hadir di ruang solat utama kira-kira pukul 4.05 petang dengan memakai baju kalis peluru di dalam kemeja masing-masing.

Mereka kemudiannya menunaikan solat sunat sebelum menyempurnakan niat mengangkat sumpah.

Terdahulu seorang ustaz dipercayai seorang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi nasihat kepada Shazryl Eskay agar tidak meneruskan sumpah laknat berkenaan kerana menurutnya tidak mengikut hukum Islam.

Selepas Shazryl Eskay menyempurnakan upacara sumpah berkenaan, sekumpulan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang turut berada dalam ruang solat utama berkenaan bertindak menimbulkan kekecohan sambil melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun ketiga-tiga trio berkenaan terus dibawa keluar dari masjid berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sumber : mStar

Untuk Along Dan Usop

Print Screen untuk tatapan Along dan Usop

Friday, April 29, 2011

"Maha Besar Engkau Ya Allah"

Tengoklah semua gambar yang menakjubkan di sini

Rupanya Bukan Isinya Saja Yang Sedap

Jumaat April 29, 2011
Kulit Durian Boleh Diguna Sebagai Penyerap Minyak

KUALA LUMPUR: Ramai yang mengetahui bahawa durian adalah buah yang diminati oleh kebanyakan penduduk di Asia, tapi tidak ramai yang tahu kegunaan kulit buah yang dikenali sebagai raja buah itu.

Buah yang mempunyai isi yang lazat dan kulit berduri dengan bau semerbak itudidapati mempunyai satu lagi kegunaan iaitu kulitnya boleh dijadikan penyerap minyak.

Perkara itu diperoleh hasil penyelidikan inovatif Universiti Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Pensyarah Jabatan Bioteknologi, Fakulti Sains Gunaan AIMST Dr S Kathiresan berkata kulit durian, yang biasanya dibuang, boleh diguna untuk membuang minyak daripada air.

"Keputusan yang diperoleh pada skala makmal menunjukkan bahawa secara kimia kulit durian yang diubahsuai adalah penyerap yang berkesan untuk memulihkan air yang dicemari minyak," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bio penyerap boleh diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di sepanjang pesisir pantai, yang boleh memudaratkan bukan sahaja hidupan laut tetapi juga aktiviti ekonomi kepada manusia.

"Biasanya, kaedah manual dan fizikal diguna untuk membersihkan tumpahan minyak di pesisir pantai. Oleh itu penggunaan sisa agro untuk pemulihan alam sekitar mempunyai potensi komersial yang besar berikutan keberkesanannya untuk menyerap minyak, kos yang sederhana dan biodegrasi," katanya.

Dr Kathiresan berkata kajian beliau mengenai perkara itu bermula dengan percubaan mudah iaitu mengumpul kulit durian dan membasuhnya beberapa kali dengan air paip untuk membuang kotoran.

Ia kemudian dipotong kecil sekitar lima hingga lapan sentimeter panjang dan dikeringkan di bawah cahaya matahari, sebelum dikisar menjadi serbuk.

"Kulit durian diubahsuai dengan pelbagai bahan kimia dan minyak untuk menghilangkan tumpahan minyak di larutan air," katanya.

Dr Kathiresan berkata asid lemak durian yang menjalani proses peremajaan juga boleh mengekalkan keberkesanan asalnya, untuk menyerap tumpahan minyak pada air sekurang-kurangnya untuk tiga kitaran.

Pada masa ini kos bahan tertentu yang diguna untuk membersihkan tumpahan minyak ialah sekitar AS$100 sekiloram.

Dr Kathiresan berkata beliau akan membentangkan kertas kajiannya bertajuk "Fatty Acid Modified Durian Peel As An Efficient Biosorbent For Removal of Spilled Oil on Aqueous Media" pada Kongres Kimia Asia ke-14 September ini di Bangkok.- mStar

Isteri Masuk Ward Lagi

Bukan sakit teruk, cuma masuk Ward untuk memulihkan sakit tengkok dengan cara Physiotherapy. Rawatan yang memerlukan 12 sesi.

Inilah keadaanya di dalam Wad di KBMC