Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 6, 2011

Kita Tunggu Apa Kesudahanya Nanti

Janji dedah konspirasi Anwar

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berjanji akan membongkar konspirasi membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mendedahkan identiti pelaku di dalam video seks didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang.

Shazryl Eskay berkata, beliau yakin polis akan mendedahkan identiti pelaku itu dalam waktu terdekat.

“Kita tunggu polis dedahkan pelaku dalam video itu. Lepas itu baru saya akan dedah konspirasi terbabit.

“Jika polis tidak dedahkan, kita lihat bagaimana, tetapi saya yakin polis akan dedahkan kerana difahamkan siasatan sudah di peringkat akhir,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Kepong di sini, semalam.

Beliau diminta beri tarikh akan buat pendedahan baru melibatkan Anwar, yang dikatakan mempunyai impak lebih besar kepada negara, berbanding kesan video seks tersebut.

Ditanya kesahihan dua bahagian video yang disiarkan di Internet baru-baru ini, beliau sahkannya.

Ketika ditanya mengapa polis memintanya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA), beliau berkata, DNA itu mungkin ada kaitan dengan jam jenis Omega yang diserahkannya. Jam itu dikatakan ada kaitan pelaku dalam video berkenaan..

Ditanya adakah beliau yang bekalkan wanita dipercayai warga China itu, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasat.

“Bukan semua soalan kamu (wartawan) boleh saya jawab kerana ia dalam siasatan polis,” katanya.

Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan di Carcosa Seri Negara di sini kepada beberapa wartawan oleh kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T, iaitu Shazryl Eskay, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video tersebut.

* Bukan tunggu Datuk T'ngong tetapi hasil siasatan dan pengumuman pihak Polis.

2 comments:

  1. penipu mesti kuat ingatan, agar konsisten dan nampak tak nyanyuk

    ReplyDelete
  2. Cikli

    Dia bukan nyanyuk tetapi kena kerunyuk, langsung lidah terbelit!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa