Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 5, 2011

Memang Dah Terbelit!

2011/05/05

Eskay Kantoi
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Sumber - Blog SharpShooter

8 comments:

  1. Laknat daripada Allah dah sampai. Mula2 ia sampai di otak – NYANYUK! Jadi dia lupa dan meracau. Lepas ni tak tau lah. Nauzubillah!

    ReplyDelete
  2. Eskay ni memang budak munafik

    ReplyDelete
  3. pening mengalahkan kena ganja

    ReplyDelete
  4. Yong,
    Kita tidak boleh mengatakan pelaku itu berzina kerana kita tidak tahu hubungannya dengan wanita dalam video tersebut.

    ReplyDelete
  5. Yong

    Minta-minta Allah mengasihaninya

    ReplyDelete
  6. Anonymous

    Kalau Pembohong dan Pemutar Belit memang munafiq

    ReplyDelete
  7. mr edz

    Makanlah Panadol Actifast

    ReplyDelete
  8. SiamangBukit

    Betul tu. Tapi benarkah di dalam video tu manusia yang dituduh?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa