Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 21, 2009

Anak Harimau Dikatakan Kucing

Pada satu musim cuti penggal persekolahan semasa darjah 2, saya ke ladang getah arwah ayah yang di sekelilingnya masih dipunuhi rimba. Di sebuah lurah, di sebalik sebuah bukit yang bersempadan dengan ladang ayah dan hutan rimba itu ada sebuah Becah (kolam kecil) yang penuh dengan ikan. Becah ini memang ditumbuhi semak samun kerana tiada siapa ke sini. Hanya saya berseorangan di sini memancing. Arwah ayah memang tahu tempat ini.

Ikan memang banyak saya dapat tapi saya tidak pula kenal jenisnya. Sedang saya asyik memancing tiba-tiba saya terdengar ayah memanggil nama saya. Saya menyahut dan nampak kelibat ayah di celah-celah semak dan pokok tergopoh gapah datang mendapatkan saya. Saya hanya berdiri sambil pegang joran. Setiba ayah di tempat saya, tanpa bercakap sepatah pun, ayah terus pegang tangan saya dan mengheret saya menuju ke puncak bukit di mana terdapat satu pondok (cabin) yang ayah dirikan untuk berehat dan kadang kala tidur di situ. Saya hanya ikut. Pondok ini juga adalah tempat dua orang penoreh getah ladang ayah. Mereka berasal dari Ulu dan sekarang mereka bercuti balik kampung.

Setiba di pondok barulah ayah ceritakan yang dia nampak seekor harimau melintas di hadapannya menuju ke arah saya yang sedang memancing. Barulah saya faham kenapa ayah bertindak begitu tadi tanpa berkata-kata. Di dalam pondok saya tidak senang duduk. Saya keluar dari pondok dan ingin menyusuri harimau itu untuk melihatnya. Sekali lagi ayah berlari memegang saya sambil memarahi saya. Kami berjalan balik ke pondok. Entah mengapa naluri saya amat kuat ingin tahu.

Dalam keadaan tergesa-gesa tadi masih lagi saya sempat mengambil semua ikan yang saya pancing. Di pondok itu, ibu tiri saya membersihkan ikan-ikan yang saya pancing dijadikan lauk makan tengahari. Sedap!!.

Bila hari petang saya keluar dari pondok dan jalan-jalan sambil meninjau di sebuah bukit berhampiran dengan ladang ayah yang telah gondol ditebas. Kalau tidak silap saya kawasan itu akan dijadikan projek Rancangan Tanah Pinggir oleh FELCRA. Sedang saya asyik meninjau sambil mengelamun, saya ternampak dua ekor anak kucing yang gemuk dan cukup cantik berbintat-bintat gelap dengan bulunya kekuningan. Saya cuba menangkapnya tetapi dia lebih cekap mengelak. Saya cuba pintas tetapi masih tidak dapat. Dia lari dan saya kejar. Tiba-tiba tangan saya dipegang oleh ibu tiri saya dan menarik saya ke arah jalan raya dengan perjalanan yang cepat. Di belakang kami kelihatan ayah menyusuri juga dengan langkah yang juga cepat. Saya heran, kenapa mereka berkelakuan begitu.

Di perjalanan pulang ibu tiri beritahu ayah yang dia nampak saya sedang mengejar anak harimau. Katanya pada kebiasaannya ibu harimau tidak akan berada jauh dari anaknya dan sudah pasti garang sebab melindungi anak-anaknya. Barulah saya faham. Rupanya yang saya cuba tangkap tadi bukan anak kucing tetapi anak harimau!. Lepas itu saya teruk dimarahi ayah. Dia kata selepas ini dia tidak akan benarkan saya mengikutnya ke ladang lagi. Saya terlalu nakal dan terlalu ingin tahu serta terlalu berani, susah untuk dikawal. Tetapi ayah juga lupa yang dia sendiri menjadi buah mulut orang se tempat dan saudara-saudara kami tentang keberaniannya. "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi"

28 comments:

  1. Salam Abe Din
    Sifat ingin tahu manusia nie kadangkala boleh menjerumuskan diri kedalam zon bahaya...Manusia tidak boleh sabar dengan apa yang dilihatnya...pasti mahu diketahuinya kenapa dan apakah itu..
    Teringatlah pulak kisah Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Khidir...

    ReplyDelete
  2. W'salam Induk Yati.

    Memang sifat dan naluri ingin tahu yang kuat akan tidak sabar dan adakalanya mendatangkan celakaan. Abe Din sendiri bila dah dewasa barulah tahu menghargai sifat sabar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara,

    Budak dulu-dulu memang berani dan bersemangat kental berbeza dengan budak budak zaman cyber sekarang. Kesian, budak budak sekarang ini mereka banyak habiskan masa menghadap komputer daripada kita dulu yang banyak meneroka ke alam semula jadi. Adalah hikmahnya kita membesar di zaman semua tiada.

    Saya juga pernah 'teringin' nak peluk anak harimau. Sebab mereka amat comel tapi saya diberitahu 'bau' mereka tidak enak. Bila kita lihat harimau (bukan yang pandai menaip tu), sebiji macam kuching. Cara dia berjalan, bermain sesama mereka, saling tak tumpah sama. Dari apa yang Saudara tulis anak anak Harimau itu tidak pula serang saudara, cuma lari dari sahaja. Maknanya yang kecil itu semangatnya pun kecil juga, nasib baik.

    Sekarang, kalau nak tengok harimau kita pergilah ke zoo. Kali terakhir saya pergi, memang banyak ekor juga Harimau di zoo kita. Dan nampak sihat walafiat semuanya. Tapi tak nampak pula anak-anak mereka, agaknya pihak zoo asingkan tempat tinggal anak harimau dari yang lain.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  4. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Sebenarnya perangai degil dan ingin tahu itu membawa sehingga ke hari ini. Cuma bezanya sekarang kita sudah berpengalaman dan berfikiran penuh. Kalau dulu hanya ikut perasaan tetapi sekarang di timbang dulu dengan fikiran.

    Memang saya tengok anak-anak sekarang sudah dikongkongi oleh hasil sains dan teknologi. Jiwa mereka tidak kental lagi. Ini adalah apa yang saya nampak kepada anak buah dan cucu saudara.

    Bagi anak-anak saya pula saya besarkan dengan naluri saya semasa kanak-kanak sehingga dewasa tanpa tinggalkan teknologi yang berfaedah sesuai dengan zaman. Jadi anak-anak saya tidak tercicir daripada dua elimen tadi. Kelasakan dan kemodenan.

    Biasa di zoo. Anak akan diasingkan dengan haiwan dewasa. Sebab biasanya haiwan dewasa jantan akan membahayakan anak.

    ReplyDelete
  5. Kalo dapat ler anak harimau hari tu...

    Rupanyer semangat dan keberanian Pak Din diwarisi dari ayah Pak Din. Sudah tentu semangat tersebut diwarisi pulak oleh anak Pak Din.

    Seronok baca ceriter masa kanak-kanak.....

    ReplyDelete
  6. rajasedaka.

    Memang Pak Din pun seronok bernostalgia. Kan zaman kanak-kanak adalah zaman yang menyeronokkan!

    ReplyDelete
  7. Pakdin, saya kongsikan pengalaman saya terserempak harimau. Tidaklah 'sedekat' Pakdin yang hampir menangkap anak harimau.

    Satu malam, tak silap saya raya kedua tahun 2000, saya memandu pulang dari rumah mertua di Terengganu ke Perak. Saya bertolak selepas Zohor tapi terperangkap dalam kesesakan di Machang. (Orang Kelantan pasti tahu kesesakan maha dahsyat di Machang pada musim raya)

    Perjalanan diteruskan dan saya melalui jalan raya Timur Barat dalam keadaan hujan renyai dan gelap malam yang pekat.

    Lebih kurang 10 km melepasi sempadan Perak Kelantan, lampu kereta yang menyuluh ke depan menampakkan bebayang susuk binatang berbelang melintas jalan. Apabila semakin dekat, jelaslah ia merupakan harimau belang bersama tiga ekor anaknya melintas dari kanan ke kiri jalan, hilang di celah hutan.

    Tapi saya yakin itu adalah harimau. Selang seminggu selepas itu, negara dikejutkan dengan serangan harimau di Jeli, kononnya ibu harimau dan beberapa ekor anaknya..

    Agaknya, harimau yang saya jumpa itukah?

    ReplyDelete
  8. Salam Ayahanda,

    Sebagai kanak2 sifat ingin tahu cukup kuat, hinggakan menjadi khayalan @ angan2. Saya masa kecil dulu selalu berangan nak bela harimau dan burung helang. Adventure kononnya.

    Bulan Nov-08 berkesempatan ke Zoo Puncak, Indonesia (bercuti). Dapat peluang pegang anak harimau yang kecil dan memeluk anak harimau yang remaja.

    Sayangnya, isteri saya sahaja yang dapat bergambar memegang anak harimau, bila tiba giliran saya memory card kamera dah penuh... hampeh. Disebabkan mengejar masa dan hujan pula, terpaksalah lupakan hasrat bergambar dengan harimau.

    Satu pengalaman yang mendebarkan, kerana dalam fikiran sudah terpahat, Harimau itu ganas.... gemuruh juga masa tu.

    ReplyDelete
  9. Sdr. Brahim.

    Benar Machang ada tempat yang paling menyeksakan semasa perayaan. Sebenarnya kesesakan bermula dari Ketereh lagi. Saya kalau nak balik Ipoh di hari perayaan saya akan ambil jalan Kota Bharu-Rantau Panjang-Pepuyu-Jeli. Lebih lengang.

    Sebenarnya harimau yang membawa anak lebih ganas sebab keadaan yang menghadkan mereka memburu makanan. Jadi mangsa yang senang adalah manusia atau haiwan ternakan. Harimau yang sdr. Barahim nampak itu memang ada kemungkinannya yang menyerang itu.

    ReplyDelete
  10. W'salam anakanda Isa.

    Betul, fikiran di masa kanak-kanak memang penuh dengan fantasi.

    Saya anakanda tidak berpeluang merakamkan detik itu. Anak harimau sebenarnya manja dan nakal. Mungkin Pak Din pada masa itu terburu-buru menyebabkan anak harimau itu ketakutan dan melarikan diri.

    Tapi nasib baik juga, kalau tidak jadi habuan ibu harimaulah jawabnya.

    ReplyDelete
  11. Wow... menarik. Bukan senang nak jumpa harimau, kebiasaannya harimau akan menjauhkan diri daripada kawasan yang ada bau manusia, melainkan dia lapar.

    ReplyDelete
  12. Famie Shafie.

    Cerita uncle ni pada pertengahan tahun 60'an. Pada masa tu masih jarang tempat yang dijamah pembangunan. Kalau setakat nak makan pelanduk tu, di pinggir kampung pun boleh dapat. Sekarang jangankan harimau, burung punai pun tidak akan jumpa.

    Tapi di gunung ada juga uncle bertembung dengan harimau dan gajah. Haiwan ini masih lagi mengikut laluan tradisi di hutan besar dan pergunungan.

    ReplyDelete
  13. betul betul..selalu kata kat mak macam tu sbb abah garang..kalau anak tak garang nak tumpah ke mana plak kuah tu..tumpah kat mangkuk kot..kekadng trbayang kucing tu seakan harimau..nak plak kalo kucing yang gemuk2 tu:)

    ReplyDelete
  14. fahana_ann.

    Uncle pun sebenarnya pada masa itu tidak kenal pun harimau atau anak harimau. Itu sebabnya anak harimau dikatakan kucing montel. Maklumlah umur pun masa itu baru 8 tahun. Semuanya nak tahu.

    ReplyDelete
  15. salam uncle..

    apa nama kg isteri uncle di Manjoi? Mana tahu ade rezeki dpt bersua muka dgn uncle sekeluarga.

    bbrp minggu lepas, saya godek2 blog uncle.. so jumpa posting2 pasal along & adik ikut uncle panjat gunung.. fuhh kecil2 lagi dah ditanam semangat serikandi...

    ReplyDelete
  16. bestnye dapat main ngan anak rimau.
    comel kan uncle?

    ReplyDelete
  17. W'salam kakyong

    Ya betul, Manjoi. Uncle selalu juga balik ke sana.

    Anak-anak uncle memang uncle galakkan ikut sama ada panjat gunung atau pun kalau ada mana-mana kem motivasi. Ada kalanya uncle serahkan beberapa tugasan ringan.

    ReplyDelete
  18. Anakanda hanis.

    Uncle tidak sempat main pun, dia lari dan uncle cuba kejar. Belum dapat tangkap sudah diseret pulang. Tapi memang cute.

    ReplyDelete
  19. bestlah time kecil2 uncle leh tgk live zoo, mcm citi boy ni, nasib baiklah lombong, anak sungai, padang da lagi. leh ler enjoy2 tp bdk2 skrg mcm tak fun jer. byk sgt kerisauan dan kegelisahan. last2 anta tuisyen kasi masa diaorg penuh.

    ReplyDelete
  20. Shitsurei shimashita.

    Kebetulan sebenarnya uncle dilahirkan sebelum merdeka dan bila uncle di zaman kanak-kanak kebanyakan kawasan belum tersentuh pembangunan jadi dunia pada masa itu dihiasi dengan alam semula jadi.

    Walau pun hidup di bandar tetapi kebanyakan orang ada mewarisi ladang dan dusun di kawasan pendalaman/kampung. Uncle rasa bertuah dapat mengalami kehidupan di dua suasana yang berbeza.

    Bagi anak-anak uncle pun uncle cuba menerapkan dua nilai yang berbeza. Kehidupan di rimba dan kota dari mereka kecil-kecil lagi. Sekarang mereka cukup prihatin dengan alam semula jadi.

    ReplyDelete
  21. Salam Mountdweller,
    Saya ingat orang lebih muda dari saya kurang adventure. Rupanya lebih kurang saja.
    Semasa saya berusia 2 tahun ayah bawa hidup dalam hutan. Buka tanah dan hidup bersama orang asli. Tempat ayah saya sekarang.
    Selalu bersua anak harimau bintang dan sesekali anak harimau belang. Betul, tak dapat nak tangkap. Dia lari laju.
    Tapi kalau anak burung, banyak yang dapat. Terutama anak burung wak-wak dan puchong.

    ReplyDelete
  22. eeiiiii, takutnyer. mountdweller mmg byk pengalaman yang special ek :)

    ReplyDelete
  23. W'salam Tuan Pengasas.

    Memang kita yang lahir sebelum merdeka memang hidup penuh dengan adventure. Arwah ayah beli tanah tu dulu murah aje dengan getah sudah ditanam. Masa tu sempadan tanah ayah tu masih hutan rimba. Jadi banyaklah binatang buas seperti harimau, gajah dan badak. Babi tak payah ceritalah. Biasanya ayah ke sana sebulan sekali atau dua bulan sekali dan ada juga ayah tahan jerat. Dapatlah pelanduk atau kijang. Rusa pun kadang-kadang dapat.

    Kalau burung tu, burung punailah yang paling sedap. Wak-wak dan sitar pun ada. Kan seronok bila kita kenangkan masa itu.

    ReplyDelete
  24. Mak Su.

    Memang banyak pengalaman yang seronok untuk dikenang. Maklumlah saya ni jenis budak yang terlalu ingin tahu. Bila rasa nak tu, pakai redah aje. Rasanya orang tua saya sakit kepala saya buatkan.

    Tapi rasa saya ayah suka dengan perangai saya begitu, suka mencuba dan ingin tahu. Cuma sebagai seorang ayah tentu dia juga risau.

    ReplyDelete
  25. Salam Pakcik,
    Berani betul pakcik Din masa tu ya..
    minggu lepas saya masuk hutan naik bukit,ternampak satu lembaga warna hitam.Ingatkan babi hutan,jadi cuba nk halau.Tp dihalang seorang pakcik kerana rupa2 nya harimau kumbang..

    ReplyDelete
  26. Uncle uncle.. macam-macam. eee nasib baikkan. Tapi sya cuba bayangkan.. tentu cute anak rimau tu.

    Tapi biasanya perkara yang kita tak tau akan bahayanya akan jadi tak bahaya.. kemudian baru kita sedar ada bahaya darinya.

    Maha kuasa dariNya.

    Seronok betul baca kisah uncle ni..

    ReplyDelete
  27. W'salam UXOP.

    Seingat Pak Cik, Pak Cik berani tu sebab tidak kenal yang itu adalah anak harimau. Malah harimau pun Pak Cik belum kenal lagi. Tapi ngauman dia adalah Pak Cik terdengar.

    ReplyDelete
  28. W'salam Rashid.

    Betul, uncle tidak kenal pun itu anak harimau tapi induknya tak ada pula menunjukkan diri. Biasanya ibunya pasti ada berdekatan.

    Memang anak-anak harimau cukup cute. Rasa nak tangkap dan bela.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa