Saya agak tersentuh dengan email yang Along forward ini. Agaknya inilah perasaannya dan Adik pada satu ketika semasa saya sibuk dengan NGO, Sukan dan Politik. Agaknya sekarang barulah mempunyai masa dan keadaan yang sesuai untuk diluahkannya.
Maafkan Papa wahai anak-anakku Along dan Adik.
Masa itu mungkin Papa tidak berapa peka dengan masa dan ketika yang sepatutnya bersama keluarga dan anak-anak.
Di bawah adalah isi email tersebut.
A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.
SON: 'Daddy, may I ask you a question?'
DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.
SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'
DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily..
SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'
DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'
SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.
SON: 'Daddy, may I please borrow $25?'
The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities. '
The little boy quietly went to his room and shut the door.
The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?
After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.
'Are you asleep, son?' He asked.
'No daddy, I'm awake,' replied the boy.
'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'
The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.
The man saw that the boy already had money, started to get angry again.
The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.
'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.
'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.
'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'
The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.
It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.
If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.
Salam Uncle,
ReplyDeleteBerkebetulan, artikel ayahanda ini dan posting saya yang terbaru perihal anak-anak.
Alhamdulillah, saya bekerja sendiri sekarang ini dan mempunyai banyak masa dengan anak2.
Tidak seperti 3 tahun yang lepas, kerja makan gaji... keluar gelap... balik pun gelap. kalau jumpa anak2 pun hari sabtu dan ahad.
Syukur dengan nikmat masa dan rezeki yang Allah kurniakan pada kami sekeluarga, itupun bersyarat juga.
Harap Ayahanda faham apa yang saya maksudkan bersyarat tu.
W'salam Isa.
ReplyDeleteAlhamdulillah Isa sudah mempunyai perniagaan sendiri dan masa untuk anak-anak.
Uncle dulu pun memang memperuntukkan masa bersama anak-anak membawanya trekking dan mendaki, berkelah dan sebagainya. Tetapi tidak pula terperasan itu juga tidak cukup bagi mereka.
Rasanya ayahanda faham maksud bersyarat itu.
terkesan membaca walau pun dah berkali membaca email seperti ini...
ReplyDeleteitulah kita...
salam Abe Din
ReplyDeletepertama sekali..faktor umur,bila meningkat usia..kita cepat sensitif,bila Abe Din mohon maaf pada anak2,kesannya sngt kuat pada anak2.
Tapi saya tak mungkin akan dpt pengalaman begini..abah minta maaf pada anaknya iaitu kami adik beradik.
Kerana masanya dulu dihabiskan mengejar dan memburu "bandit" dihutan rimba Malaysia ini..menyaksikan teman perjuangan mati didepan mata,hilang anggota badan..cacat kekal ataupun sementara.
Rasanya tak perlu Abah saya mohon maaf kerana kurangnya masa dengan anak-anak sehingga setahun cuma berjumpa 2 kali sahaja.
Kini saya mengerti akan makna "berkhidmat demi negara" dan "agi idup agi ngelaban"
Assalamualaikum uncle..
ReplyDeletemenangis t baca emel ni.. cukup menyentuh hati.. walau dah tahu isi kandungannya (dh banyak x baca) tapi air mata tetap mengalir jugak.. sob. .. sob...
kirim salam buat auntie..
jaga makan, jaga kesihatan...
salam...
a kl citizen
ReplyDeleteSaya pun sudah beberapa kali membacanya sebelum ini tetapi yang menjadi terkesan adalah mungkin disebabkan ini adalah email dari anak sendiri.
Mungkin bagi mereka saya kurang memberikan masa dan perhatian sebelum ini.
W'salam Induk Yati.
ReplyDeleteMungkin betul kata Induk Yati, faktor usia membuatkan lebih sensitif. Alangkah baiknya anak-anak memberi peringatan lebih awal, semasa mereka masih bersama keluarga. Di masa yang sememangnya mereka perlukan perhatian.
Tahniah kepada Abah Induk Yati dan syabas Induk Yati kerana mempunyai Abah yang berjasa kepada Nusa dan bangsa. Sememangnya tugas begitu perlukan pengorbanan dari Isteri dan anak-anak. Semestinya Abah Induk Yati tidak perlu memohon maaf dari anak-anak kerana beliau sudah melakukan pengorbanan yang lebih besar.
Wa'alaikumussalam T.
ReplyDeleteTerima kasih di atas nasihat dan peringatan. Salam untuk auntie jangan risau, memangnya auntie selalu suka baca blog dan komen.
Uncle memang tersentuh bila menerima email dari anak sendiri walau pun sebelum ini memang uncle dah membacanya. Naluri seorang ayah..
nowadays, untuk kes orang-2 yg dlm kategori workolic macam dalam cerita Pak Din di atas, disaran mereka cari masa berkualiti... spend a day/2 out with family in the weekend. Jadilah...pasal mereka tentu payah nak adjust routine weekdays mereka..adat ler tu. Tapi kalau mereka concern pasal good parenting ni, mereka boleh saja curi-2 masa e.g. 1, 2 jam untuk balik awal e.g. for dine out dgn. anak-2 yg kian membesar & selama hari ni 'terpinggir'. Kesihan...they must be feeling lonely & deserted.
ReplyDeleteapa pun cerita Pak Din ni, menyedarkan saya juga supaya berhati-hati..bukan saja di jalan raya..tapi dlm menjalani hidup ni.
TQ
Hanz
ReplyDeletePendapat hanz bernas di dalam hal famili. Masa kena pandailah agihkan untuk kerja, famili dan masyarakat.
Tapi kita kena juga ingat, kita rasa masa kita bersama keluarga sudah cukup. Itu neraca kita, bukannya members of the family. Kekadang isteri kita ok, tetapi tidak bagi anak-anak. Jalan yang terbaik, adakan meja bulat pada setiap bulan dan tanya pendapat dan pandangan mereka. Walau pun anak-anak kita baru berumur 6 tahun. Berikan mereka kebebasan bercakap. Biasanya anak-anak akan bercakap benar sebagaimana mereka rasai.
Pak Din dulu pun rasanya sudah bagi masa yang cukup untuk famili. Pak Din selalu bawa mereka menginap di tempat peranginan seperti pantai dan rimba. Taman Negara dan sebagainya. Kekadang bawa mereka trekking dan mendaki sekiranya masa dan keadaan mengizinkan. Kalau Pak Din kendalikan kem berbentuk motivasi rekreasi pun Pak Din bawa mereka.