Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 10, 2009

Betul Atau Fitnah?

Dari gambar di bawah selepas cheers itu, adakah sesiapa nampak/saksi atau gambar yang memaparkan DS Najib meminumnya? Adakah sah minuman itu adalah Arak? Apa kata kalau minuman itu bukan Arak tetapi minuman yang warnanya menyerupai Arak? Kalau bukan Arak apakah hukumnya yang jatuh kepada siPenuduh?

Sebagaimana tuduhan Zina, bukankah Saksinya hendaklah betul-betul nampak Zakar memasuki Faraj dengan jelas. Dan apakah criteria Saksi pula?


Saya bukan membela DS Najib tetapi bagi saya sebarang tuduhan mestilah adil. Saya hanya cuba mengingatkan bila kita menulis perkara-perkara yang melibatkan Hukum. Kita sama-sama mencari kebenaran dan keredhaanNya di dalam apa saja yang kita tulis dan sebarkan. Bukankah salah atau betulnya kita akan dipertanggung jawabkan dari segi Hukum?

Saya harapkan jangan pula ada yang menghentam saya kerana membela DS Najib. Saya hanya memberi peringatan sesama kita.

22 comments:

  1. armouris

    Terima kasih. Memang banyak info yang menarik di sana.

    ReplyDelete
  2. Mak oii.."kalu CACAI TU CACAI jugak lah"umnoGok!!

    ReplyDelete
  3. Saya sokong sama bro. Sebab tu la dalam kes DS Anwar, saya lebih suka mendiamkan diri. Saya tak kutuk or tuduh Saiful mahupun Anwar. Kita tak punya bukti untuk membuat atau menyalahkan mana2 pihak. Bukankah dalam sesetengah perkara, berdiam diri adalah perbuatan terbaik.

    ReplyDelete
  4. ada kaedah dalam Islam, iaitu kita berhukum dari zahir, dan Allah berhukum dengan yang tersembunyi.

    Kalau zahirnya itu yang kita nampak, apakah lagi yang boleh kita sangkakan?

    wallahu 'alam.
    @naimisa

    ReplyDelete
  5. Setuju dgn tuan...setakat ni ambo x jumpa lg artikel yg kata 'itu arak'...

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dgn ayahnda,pasal hukum tak boleh main2
    arak ni termasuk dlm hukum hudud,kalau tak ada saksi,kita tak boleh tuduh sebarangan walaupun perkara itu betul tapi kita seorang saja yg tengok kita tak boleh sebarkan pada org lagi.

    Pernah terjadi dizaman sahabat,seorang sahabat kalau tak salah saya Saidina Umar(kalau salah betulkan saya)dia datang ke majlis saidina Ali lalu menceritakan bahawa dia melihat dua orang nuslim sedang berzina.
    Tapi hanya dia seorang saja yg nampak perkara itu dan tidak dapat membawa 2 org saksi.
    Setelah ditegur oleh Saidina Ali akhirnya dia tarik balik kenyataannya.

    ReplyDelete
  7. kena jelas.. walaupun nampak.. tapi kena pehalusi betul betul.. mana tau air ribena ker.. kan.. setuju dengan pak din.. walaupun tak sokong umno..

    ReplyDelete
  8. Anonymous

    Apa yang anda nak kata, katakanlah. Memperingati dan menuduh adalah dua perkara yang berbeza. Palaha dan dosa, sendiri terima dan sendiri tanggung!

    ReplyDelete
  9. Sdr. alang.

    Pendirian saya pun sama dengan saudara. Seingat saya tidak ada satu n3 pun di blog ini yang saya kupas atau tulis semua perkara yang melibatkan Hukum ke atas seseorang.

    Kalau betul pun, sekiaranya tidak cukup bilangan saksi, kita harus diam.

    ReplyDelete
  10. Salam sdr. Naim.

    Betul tu. Cuma kesahihan bukti yang menunjukkan mereka sebenarnya minum tidak ada. Pengesahan dari gambar atau saksi manusia.

    ReplyDelete
  11. Salam sdr. akula

    Apa yang saya maksudkan ialah saksi sama ada yang menghidangkan, menuang dan saksi yang mereka minum itu sememangnya Arak. Itu saja.

    Sebarang perkara yang melibatkan Hudud hendaklah berhati-hati dengan tuduhan sebab sekiranya silap atau tidak betul, siPenuduh akan diHududkan.

    ReplyDelete
  12. Anakanda ijoks

    Memang benar apa yang anakanda katakan. Sebarang dosa yang melibatkan Hudud jangan dibuat kain basahan. Itu tertakluk kepada yang meminum. Tapi kalau yang toast itu adalah sememangnya Arak dan Najib hanya setakat melakukan upacara adat itu sahaja, dia tetap berdosa kerana memuliakan alkhamar walau pun PM Thai itu bukan Islam. Tetapi sekiranya itu adalah bukan Arak, apa akan jadi kepada yang menuduh?

    Apa kata Harusani? Kita tunggu ulasannya sebab dia adalah seorang Mufti yang tertinggi di Malaysia dengan Tan Seri dan Dato' di pundaknya.

    ReplyDelete
  13. mr edz

    Sokongan kepada mana-mana pergerakan politik adalah satu perkara yang berbeza.

    Bagi Pak Din, walau siapa pun mereka yang salah tetap salah, perlu ditegur. Yang betul tetap betul, harus dipuji.

    Cuma bagi Pak Din sebarang tuduhan ke atas perkara yang tidak jelas sepatutnya dielakkan bagi kita manusia penganut Islam lebih-lebih lagi perkara-perkara yang melibatkan Hudud.

    Kalau ribena tu, rasanya tidak logik sebab majlis ini adalah majlis dua orang PM bagi dua buah negara. Tetapi perlu dipastikan apakah jenis minuman itu dan adakah Najib meminumnya sebelum tuduhan dibuat.

    ReplyDelete
  14. lebih baik siasat dahulu sebelum jump into conclusion :)

    ReplyDelete
  15. Mak Su

    Betul, takyah buat dosa yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  16. SEPATUTNYA NAJIB TIDAK MELAKUKAN UPACARA BEGITU, KERANA BOLEH MENIMBULKAN FITNAH DAN SALAH SANGKA. TIDAK ADA CARA LAINKAH SELAIN CARA BEGITU. BUKANKAH LAWATAN NAJIB KE THAILAND ADALAH UNTUK KEAMANAN ANTARA PUAK ISLAM DAN BUKAN ISLAM. JADI JANGAN BUAT PERKARA YANG BOLEH MENIMBULKAN SAKWASANGKA.
    BEGITU JUGA DENGAN ZINA. JANGAN KITA MENGHAMPIRI KEPADANYA YANG BOLEH MEMBUATKAN FITNAH. ANDAIAN MANUSIA LEBIH MENJURUS KEPADA PERKARA YANG TAK ELOK.

    ReplyDelete
  17. Anonymous

    Saya sokong pendapat sdr.

    Kenapa harus menjerumuskan kita ke dalam angkara fitnah?

    ReplyDelete
  18. Sekadar melihat..
    Berhati-hati dengan mata yang melihat..

    ReplyDelete
  19. Rashid

    Kadang-kadang gambar yang membawa petaka kepada yang melihat!

    ReplyDelete
  20. Betul tu Uncle...untuk berbaik sangka...alaa tu gambar tipu tu, superimpose di buat oleh blogger pro-PR, dll alasan ..lagi pun mungkin DS Najib bukan minum arak pun..betul ker arak? Mungkin Zappel? apa2 yg non-alcohol. sapa nampak dia minum arak dgn PM Thailand tu.
    Pada aku (maaf ya..ni mungkin kontroversi) kalau dia minum arak pun, biarkanlah. Sebab dia minum dlm majlis tertutup. Kan ada kes Khalifah Umar r.a. pi terjah rumah orang tgh minum arak. Dia tetap rasa bersalah kena terjah rumah orang yg tgh buat salah/maksiat arak tu...bukanlah hak dia sbg pemimpin nak buat sesuka hati. Dia kena jaga privacy orang jugak.

    Lagi pun bukan DS Najib suruh/ paksa kita rakyat Melayu-Islam minum arak pun...so leave him alone in this. Biar dia tanggung kalau ya pun dia minum arak.

    ReplyDelete
  21. Hanz

    pak Din setuju dengan hanz. Banyak kemungkinannya, kenapa cari dosa kering? Lagi pun majlis itu adalah majlis bagi kemudahan dua rakyat Islam Thai dan Malaysia, takkanlah PM Thai nak menghina Islam pula dalam situasi Thailand yang cukup kuat anti Siam dan perkara haram.

    Apa pun berbaik sangka adalah lebih yang terbaik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa