Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 10, 2010

Mimpi Nasha Belum Habis Rupanya

Aku juga sokong perpaduan Melayu/Islam tetapi dalam keadaan apa? Menjadi nyatakah impian ini sekiranya UMNO masih dengan fahaman perkauman sempit dan meminggirkan Hukum? Akan jadi realitikah selagi UMNO pentingkan kuasa dan kedudukan? Akan menjadi nyatakah selagi UMNO masih lagi rela menjadi zalim terhadap rakyat demi kesinambungan kuasa yang dipegang?

PAS pula relakah membenamkan prinsip dan perjuangan Isamnya semata-mata kerana bangsa? Mampukah PAS mencampakkan ke tepi laungan keadilan yang diperjuangkan selama ini? Mampukah PAS menelan segala penindasan yang dilakukan oleh UMNO selama ini? Dan yang paling penting di atas asas kepastian apakah PAS tidak ditipu dan dikhianati lagi oleh UMNO sebagaimana tertipunya parti itu semasa tertubuhnya Barisan Nasional dulu?

TGNA dan Pemimpin seangkatannya merasai semuanya. Nasharuddin sendiri entah baligh atau tidak di masa itu. Aku sendiri pun merasainya walau aku hanyalah seorang aktivis sahaja ketika itu.

Jadi hakikatnya selagi UMNO masih dengan prinsip dan fahaman yang ada sekarang dan PAS pula masih dengan perjuangannya berteraskan Agama dan Keadilan, jangan diharap akan dapat tidur sebantal dengan aman. Apatah lagi di kalangan Ahli PAS pula berpecah kepada dua puak, pro dan kontra. Kalau dikirakan penilaian aku, UG akan menjadi Tanah Perkuburan kepada satu pihak. Pihak yang mana, kita tunggu dan lihat.

KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.

Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.

“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.

“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Buku setebal 474 muka surat itu ditulis karyawan tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Datin Seri Fatini Yaacob.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menggesa supaya persefahaman dan perpaduan politik yang ditunjukkan parti-parti yang mewakili umat Islam dalam memperjuangkan isu Natrah pada 1950 dijadikan contoh pada masa sekarang ini.

Huberdina Maria Hertogh atau nama Islamnya, Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda sehingga mengakibatkan rusuhan.

Nasharudin yang bersetuju dengan pandangan Muhyiddin itu berkata, kisah Natrah seharusnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak bahawa perlunya perpaduan di kalangan parti politik umat Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara, agama dan bangsa.

“Dalam kes Natrah, tiga parti politik berbeza bersatu atas satu isu yang cukup serius bagi menyatakan penentangan terhadap apa yang dilakukan oleh penjajah.

“Saya juga mengharapkan peristiwa Natrah ini akan menjadi satu pengajaran bagi kita. Sepatutnya kita mengurangkan perbezaan pandangan dan pendapat.

“Tumpuan haruslah dibuat untuk mara bagi memastikan kita dapat membangunkan negara ini dalam keadaan yang harmoni, aman dan selamat,” katanya.

Sumber dari sini

31 comments:

  1. bersatu sebab nak merebut kuasa dan kekayaan semata.. dulu bersatu sebab ikhlas pertahankan agama.. takkan la puak puak ug ni tak tahu.. lihat dulu bilamana umno/bn kuat mana dipandang nya pas bila dah lemah mula la nak bersatula.. perpaduan la.. dari hemat saya puak puak ni ada sesuatu yang dihajati dari projek UG ni.

    ReplyDelete
  2. yang hangpa ambik komen dari UTUSAN MELOYA pah tu komen kata ust Nasa tak balig tu kenapa?


    Jgn suka-suka jadi penolong kepada Akhbar Pembohong tu....

    Putar belit.

    Check dulu sumber berita betul ke tak...

    ReplyDelete
  3. Agak lupa, dulu saya ada baca buku berkenaan Natrah dalam bahasa Melayu. Masih disimpan bukunya tetapi di library rumah lain.

    Kurang perpaduan masyarakat Melayu satu perkara dalam kekalahan kes bicara Natrah. Yang membela Natrah pada masa itu ialah peguam Mat Saleh dan munkin ia ada kepentingan tersendiri. Dokumen dari pihak ibu-bapa angkat Natrah tidak lengkap atau tidak ada untuk mengesahkan kedudukan sebenar dari segi undang2.

    Natrah berketurunan Yahudi dan Belanda pada itu dan kini pun masih kuat dengan pengaruhnya. Kaum mereka memang bersatu terutamanya dari segi keewangan. Mereka boleh dapatkan peguam yang hebat untuk memenangi kes. Dunia barat pula menyokong mereka.

    Kalau tak silap, dari Belanda Natrah kemudian menetap di Texas, USA.

    ReplyDelete
  4. Mimpi ni tak kan berakhir syeikh.

    Bila golongan ini turun ke bawah lain macam bunyinya.

    Macam tak ikhlas saja nak berpakat dengan PKR dan DAP ni. Cakap kat pentas lain di dalam gelap lain.

    Sampai sekarang ni masih ada lagi sisa saki baki UG. Walaupun tak terang tapi masih diasah dan disintok limau agar terus berbisa.

    Yang mengutuk Anwar dan Nik Azizpun bersepah. Lim Guan Eng jangan ceritalah.

    Bukit Indah Ampang.

    ReplyDelete
  5. Bodoh..

    Mulut cakap boikot Utusan Meloya tp dlm masa yg sama amik berita tu jadikan hujah dan beriman dengannya..

    Baik ko gi tnya tuan punya badan tu nape dia gi sana & betul ke dia kuarkan kenyataan tu. Yg ko gi beriman dgn Utusan Meloya tu pasai pa..?

    Ko ni mmg pemecah belah dlm jemaah dan Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  6. 1 berjuang kerana semangat perkauman.
    1 lagi berjuang kerana islam rahmat utk semua.

    sampai ke sudah takda titik pertemuan.

    bak kata TGNA, anytime boleh bubarkan PAS kalu umno nakkan islam.. nasha tu nak bincang apa lagi?

    ReplyDelete
  7. No to nasha . no to UG .UMNO patut kembali pada Islam bukan PAS menjadi keroh kerana UG.

    ReplyDelete
  8. selagi ada manusia yg suka buruk sangka& batu api...

    ReplyDelete
  9. Rupanya dia ni masih dok berangan......
    tak habih lagi laa tu
    ingatan 'orang tua' langsung tak dipeduli......
    awat ? dia ingat dia ni 'engineer'politik ke.......boleh dok tang tu....kira dah nasib.....
    next election tu sorry laa......
    we've 2 say good bye 2 him.....

    awat dok kebuloq lagi kaa.....
    rentikan laa padu-padu ni....
    buang masa ada laa

    ReplyDelete
  10. Bawaqk mai ni IC Nasharudin mat isa kat aku. biaq aku yang tolong isi borang keahlian UMNO untuk dia secara online.Tak payah dia terhegeh-hegeh, hati nak join UMNO, tapi malu!

    Biaq zul Kulim sorang je jadi firaun kecil perangai badut hingusan

    ReplyDelete
  11. Aku rasa Natrah tu cerita lama yg dah irrelevance untuk umat Islam bersatu...apa Nasha tak ungkit cerita hak penjagaan anak-2nya kpd sorang bapa yg dulunya Hindu tapi kini telah menjadi sedara baru Islam (mualaf) tapi boleh KABINET putuskan hak tu kpd bininya (or ex-wife? betulkan, pls) yg Hindu? Dan lain-2 isu mertad yg dah parah dalam masyarakat kita spt kes peguam Zul pernah hebat perjuang dulu (atau kecoh macam sekarang? ..hehe)

    Sudahlah Nasha hentikanlah cerita dongeng 'perpaduan' ..cakap saja terang-2 u nak idea UG dihidupkan. Kami tak marah dah, buat apa nak marah lagi? biarlah Ustaz Ahmad Awang saja tak sokong UG...cuma ingatlah lain kali rakyat tak pangkah team UG atau mungkin lagi parah tak sokong PAS dah...hehe

    ReplyDelete
  12. Salam anon 11:13,

    Saya pun heran masih ramai lagi bloggers bahlul yang masih bergantung berita dengan lidah umno utusan meloya tu.
    Tak serik-serik!, atau sengaja nak panjangkan fitnah?.
    Yang terbaru kelmarin cerita Dato TITM, sumber dari mstar. Kenapa bloggers bahlul sebegini tak nak siarkan penafian TITM?

    (Kita dah sama-sama dengan TGD Nik Aziz bakar utusan tahun 80an dulu. Lepas tu dah terus loya dgn utusan sampai sekarang. sang bloggers ni masih bengong ke?)

    ReplyDelete
  13. Salam anon 11:13am,

    Saya pun heran masih ada lagi bloggers bahlul yang mengutip berita sampah dari utusan.
    Fitnah utusan tak berkesudahan.
    Yang terbaru kelmarin pasal Dato TITM, bersumberkan mstar. Tapi tak pula disiarkannya penafian TITM.
    Tak serik-serik blogger sebegini memanjangkan fitnah.

    ReplyDelete
  14. maaf sheh,

    ni bukan mimpi... "Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini."

    'kita' tu siapa?

    'sedang membina kematangan ke arah ini' menunjukkan bahawa usaha berterusan sedang 'kita' lakukan bagi 'membina kematangan ke arah ini' kerana "ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata."

    setiap yang keluar dari mulut nasha mesti "perpaduan". sampah dalam pas, kata tgna!

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  15. mr edz

    Betul tu. Bila dah nak lemas barulah nak cari pelampung!

    ReplyDelete
  16. Anonymous 11:13AM, Anonymous 1:02PM dan Anonymous 10:03PM.

    Sedar tak sedar membahalulkan dan membodohkan orang lain, sebenarnya diri sendiri adalah 14 kali bahlul dan bodoh kerana tidak tahu menilai berita dan duduk di bawah tempurung yang menyempitkan minda sendiri!

    Kalau tak betul berita itu, kenapa Nasha tidak menafikannya?

    ReplyDelete
  17. Anonymous 9:44 PM

    Sedar tak sedar membahalulkan dan membodohkan orang lain, sebenarnya diri sendiri adalah 14 kali bahlul dan bodoh kerana tidak tahu menilai berita dan duduk di bawah tempurung yang menyempitkan minda sendiri!

    Kalau tak betul berita itu, kenapa Nasha tidak menafikannya?

    ReplyDelete
  18. al-Deen-amin

    Betul. Kekalahan di dalam kes itu bukan sebab Melayu tidak bersatu tetapi kerana Mahkamah itu sendiri adalah Mahkamah Penjajah.

    Mana mungkin akan menyebelahi kita/Islam.

    ReplyDelete
  19. Anonymous Bukit Indah

    Pada saya UG tetap di situ, bukan saki baki sebenarnya. Mereka ada barisan dan ada penyokongnya.

    Tengoklah beberapa Anonymous yang komen di sini. Mereka ada barisan saraf yang tersendiri. Pada saya mereka juga betul dari sudut pandangan mereka sendiri. Cuma pendirian kita berlainan dari pandangan mereka.

    Dalam politik, ketuk mengutuk adalah biasa bila pandangan dan fahaman berbeza. Bila terjun ke dalam arena ini, terpaksalah terima kutukan dan pujian.

    ReplyDelete
  20. Anonymous 11:13AM

    Anda sebenarnya tidak faham Bahasa Melayu atau anda baca n3 saya dengan emosi!

    ReplyDelete
  21. Sdr. piewahid

    Betul. Saya juga sudah beberapa kali mendengar TGNA berkata, bila UMNO juga sama-sama sebenar-benarnya memperjuang Islam dan Hukum Allah, PAS akan dibubarkan.

    Tapi selagi Dunia dan Akhirat bertembung selagi itu ada pertentangan.

    ReplyDelete
  22. Anonymous 3:29PM

    Saya setuju dengan pandangan anda.

    ReplyDelete
  23. Anonymous 4:08

    Ada baiknya anda meneliti fakta sebelum berkata-kata.

    ReplyDelete
  24. mamu parpu

    Betul. Kita yang akan tentukan nasib politik mereka selain dari takdir Allah.

    ReplyDelete
  25. bat8

    Bagus juga tu, kalau dia sendiri malu nak isikan borang.

    Rupanya Firaun Kecil ni bukannya sorang.

    ReplyDelete
  26. Hanz

    Itulah hakikatnya yang mereka harus terima.

    Kes Natrah itu kes zaman Penjajah, di zaman merdeka pula apa kurangnya. Kita gadaikan masa depan Islam melalui Mahkamah kita sedangkan kononnya kita berkuasa dan bersatu. Porrah....

    ReplyDelete
  27. Sdr. hussin

    Betul. Mereka tidak akan berhenti di situ walau Presiden PAS dah kata UG is over!

    ReplyDelete
  28. salam uncle..

    mamat annon tu pesal? menyampah baca komen dia... bodoh piang dia tu

    ReplyDelete
  29. W'salam baginda®

    Tak apalah. Dia tersasul dengan memaparkan kebodohannya, nak buat macam mana?

    Itu juga takdir namanya.

    ReplyDelete
  30. boikot utusan satu hal.
    utusan buat2 berita satu hal.
    nasha tak nafi satu hal jugak?
    ambo doh tak pegang buku nasharudin mat isa nih! dan beberapa kerat lagi yang mengenepikan keputusan muktamar ke 54 dan 55. insya'Allah, rakyat akan tolak puak yang kemaruk ug nih!

    ReplyDelete
  31. Sdr. Hussin

    Inilah masalahnya, rakyat jadi pening. Yang mana satu boleh pakai. Sekali begitu, sekali begini. Adakah lidah begini layak digelar Ulamak?

    Kita tunggu PRU13 nanti, apa Taqdirnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa