Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 30, 2010

Nazri Buat Aku Bengang

Namewee Bebas!
Nazri Aziz Bakal Dihukum

Saya sudah malas untuk bercakap banyak dalam isu kebiadapan Namewee ini - sekali pun kita kritik, Nazri Aziz tetap akan buat pekak badak sahaja. Beliau bukan mahu mendengar kehendak dan hasrat rakyat, semua ikut kepala dia sahaja. Lagi pun, beliau bukan peduli sangat dengan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Kalau dengan Tun Mahathir pun beliau sanggup bersikap kurang ajar, jadi apalah sangat dengan suara blogger seperti kita ini. Bukan dia mahu dengar sangat pun.

Oleh yang demikian, maka pada hari ini saya berjanji kepada diri saya sendiri, akan menggunakan 100% kuasa undi yang saya ada. Sebagai pengundi di bawah parlimen Padang Rengas, saya beriltizam, Datuk Seri Nazri Aziz tidak akan sama sekali memperoleh undi daripada saya. Walaupun saya ahli UMNO, tetapi bagi mana-mana pemimpin UMNO yang langsung tidak menunjukkan semangat untuk mempertahankan negara daripada dicaci dan dihina oleh warganegaranya sendiri, seperti mana yang dilakukan oleh Namewee ini - maka pemimpin tersebut tiada tempat dalam jiwa dan hati saya. Maaf, Datuk Seri, saya tidak akan mengundi Datuk Seri lagi.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Wee Meng Chee atau Namewee tidak melakukan kesalahan terhadap kerajaan dan melanggar undang-undang yang membolehkan dia diambil tindakan kerana mendakwa kenyataan itu dibuat setelah mendapat nasihat Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, reaksi kurang senang ditunjukkan sesetengah pihak terhadap kenyataan beliau itu berkemungkinan disebabkan mereka tidak memahami undang-undang atau dipengaruhi emosi sehingga meminta kerajaan tetap mengambil tindakan terhadap Namewee kerana mendakwa video itu mempunyai unsur hasutan. "Dalam perkara sebegini, kita tidak boleh beremosi dan perlu melihat setiap kesalahan itu secara spesifik tanpa mengaitkannya dengan kesalahan yang lain.

"Untuk kita kata dia mesti ada kesalahan lain sehingga boleh didakwa, itu sudah semacam kita ada masalah peribadi dengan dia. Sebagai pengamal undang-undang kita perlu profesional dan tidak mengambil sesuatu secara peribadi," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di Parlimen di sini hari ini.

Kelmarin, beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Namewee melalui klip video terbarunya mencerca dan menunjukkan isyarat lucah yang ditujukan kepada pengetua sebuah sekolah di Kulai, Johor dan ia merupakan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Disebabkan itu, mengikut akta tersebut katanya, hanya mangsa iaitu pengetua sekolah dalam kes ini yang boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Namewee. Sebagai mengulas kenyataan menteri itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad menzahirkan rasa terkejut kerana menganggap video itu mempunyai unsur-unsur hasutan yang membolehkan Namewee didakwa.

Mohamed Nazri menambah, meskipun terdapat kritikan ditujukan kepada Kementerian Pelajaran, namun ia tidak menjadi masalah kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara. "Kalau dia kritik saya sebagai seorang menteri, tak kan saya hendak ambil tindakan? Tiada tindakan boleh diambil kecuali jika dia melanggar undang-undang negara.

"Kalau ada mana-mana pihak yang rasa cerdik, pergilah nasihatkan Peguam Negara di bawah akta manakah undang-undang boleh diambil ke atasnya. Pejabat Peguam Negara sudah tengok klip video itu dan berbincang tetapi tiada tindakan boleh diambil. Itu hakikatnya," ujarnya.

Mengenai klip video negarakuku yang lebih awal dihasilkan Namewee, beliau memberitahu masih belum menerima apa-apa makluman daripada Pejabat Peguam Negara. Namun beliau terlebih dahulu memberitahu bahawa tindakan tidak dapat diambil di bawah Akta Hasutan kerana apa dilakukan itu bukan hanya mendatangkan kemarahan kepada kaum Melayu sahaja malah rakyat Malaysia berbilang kaum.

"Kita tak boleh ambil tindakan di bawah akta hasutan kerana apa dilakukan itu sebenarnya mendatangkan perasaan marah bukan hanya pada sesuatu kaum tetapi pada semua kerana negara ini bukan hak orang Melayu.

"Kalau negara hanya hak orang Melayu dan dia hina negara, itu mungkin menghasut dan bersifat perkauman tetapi di sini ia tidak menjadi isu perkauman kerana negara ini hak rakyat Malaysia berbilang kaum," katanya. Ditanya mengapa mengambil masa terlalu lama masa diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap klip video negarakuku, Nazri menegaskan: "Peguam Negara belum maklumkan apa-apa lagi. Saya tunggu nasihatnya.

"Saya pun tidak tahu mungkin ada akta menghina lambang-lambang Malaysia yang membolehkan tindakan diambil tetapi di bawah Akta Hasutan, ia jelas tidak kerana Negaraku bukan hak orang Melayu sahaja. "Sebagai menteri yang menjaga undang-undang, saya tidak kira siapa. Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, saya tetap akan ambil tindakan jika dia bersalah. Undang-undang tetap perlu ditegakkan," tegasnya.

Saya punggah dari-

2 comments:

  1. bro, sila baca ruangan komen di artikel asal azli shukri,

    ReplyDelete
  2. Sdr. Anon

    Ok saya dah baca. Nampaknya semua kita mempunyai pendapat yang sama. Cumanya saya tidak boleh nak kata apa-apa kerana saya bukan pengundi di kawasannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa