Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 9, 2011

Sebab Apa?

Pada saya satu persoalannya ialah kenapa mereka lakukan? Apakah ini dicontohi dari atas? Nak kata makan tak cukup, mereka semua yang makan besar memang sudah pun bergaji besar.

RM2 Juta Dalam Akaun Bekas Pengarah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuan (SPRM) mengesan jutaan ringgit dalam beberapa akaun milik pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia termasuk sekurang-kurangnya RM2 juta di dalam akaun seorang Pengarah Kastam yang sudah bersara.

Sumber memberitahu, pasukan petugas yang menyiasat kes terbabit percaya sebuah syarikat terkenal telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bekas pengarah tersebut sebagai habuan ketika masih memegang jawatan berkenaan.

Mereka memberitahu, lebih ramai pegawai yang berbelanja mewah di luar kemampuan juga sudah dikenal pasti.

"Usaha sedang dilakukan untuk membekukan akaun mereka. Penyiasatan semakin berhasil apabila lebih banyak maklumat mengenai aktiviti haram ini timbul.

"Kami tidak akan memperlahankan (operasi) kerana maklumat menunjukkan berbilion ringgit lagi masih ada di luar sana," kata sumber itu.

Menurutnya lagi, pasukan petugas itu, walaupun 'diserang' pelbagai pihak berikutan kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di ibu pejabat SPRM di sini, Rabu pagi, tidak akan menghentikan penyiasatan tersebut.

Sumber berkata, beberapa pasukan meneruskan pencarian di negeri-negeri lain dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.

SPRM dengan kerjasama beberapa agensi lain berjaya menahan lebih 60 pegawai kanan Jabatan Kastam dan merampas jutaan ringgit, jongkong emas dan barangan milik berharga seperti kereta dan jam tangan mewah daripada mereka.

Serbuan dilaksanakan di beberapa pelaburan seluruh negara terutama Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Sabah berikutan maklumat bahawa sindiket dengan 'kaki' dalam banyak organisasi membabitkan kerugian lebih RM10 bilion menerusi pengelakan cukai dan penggelapan wang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal membabitkan kes kematian Ahmad Sarbani menunjukkan kecederaannya konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata, polis telah menerima laporan bedah siasat dan menghantarnya ke makmal jenayah untuk analisis lanjut.

"Makmal itu dijangka dapat menyimpulkan hasil keputusan analisis menjelang hujung minggu depan. Kami juga telah merakamkan kenyaraan daripada enam pegawai SPRM untuk membantu siasatan," katanya.

Sumber mStar

2 comments:

  1. Sebenarnya jawapan ini ada pada semua bekas-bekas atau pesara penjawat awam.
    Cuma kadang-kadang mereka mendiamkan ddiri mungkin takut tembelang mereka pecah atau ja malas nak jaga tepi kain orang.
    kekadang bukan niat untuk berrasuah,tapi kalau peluang dah datang dihadapan mata, jarang manusia kerdil yg tidak beriman boleh melawannya.
    Sistem atau prosedure kerja perlu dilihat semula terutama yang melibatkan urusan kewangan dan kelulusan yang kadang-kadang amat longgar dan terlalu bergantung kepada seseorang individu@pangkat seseorang penjawat awam tersebut.
    Orang Pencen tahu semua cerita rasuah nie......

    ReplyDelete
  2. najib lagi la arif dan tahu pasal rasuah merasuah ni..... tak caya tanya che det

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa