Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, May 22, 2011

Alasan Mewajarkan Terus Memegang Kuasa

Al-Qaeda akan kuasai Yemen jika saya berundur - Saleh

22/05/2011 3:02am

SANAA 22 Mei – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh beri amaran al-Qaeda akan menguasai kebanyakan negara Arab termasuk Yemen jika dia berundur sebagai pemimpin negara ini mengikut perjanjian penyerahan kuasa yang dipersetujuinya.

“Sekiranya perjanjian tersebut gagal, al-Qaeda akan menguasai Yemen menerusi wilayah Maarib, Hadramout, Shabwa, Abyan serta al-Jouf.

“Saya telah menyampaikan mesej ini kepada rakyat Yemen yang berada di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, pengganti akan menjadikan keadaan lebih teruk daripada apa yang dialami kini,” kata Saleh. – Utusan Malaysia online

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa