Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 28, 2012

Kisah Katak Dan Kartun Dari Sabah...

Oleh : OSIN DIKUN

SETELAH mengadakan perancangan yang rapi dan mengadakan pelbagai helah politik, akhirnya Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin tiba-tiba menggeletar dan membatalkan niatnya menyertai PKR lebih kurang dari 24 jam daripada sekarang?

Maklumat yang terbaru diterima, Lajim hanya akan mengumumkan keluar daripada BN pada Majlis Berbuka Puasa di Kampung Kuando, Beaufort esok yang bakal dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang PKR Beaufort, Ramlee Haji Ukin ketika dihubungi enggan mengulas kerana abangnya sentiasa tidak tetap pendirian sejak daripada isu Sabah People Front (SPF) dan setelah Sabahkini.net mendedahkan SPRM menjalankan siasatan terhadap Lajim dan Mentornya, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

Ramlee yang juga Bendahari PKR Sabah enggan mengesahkan sama ada majlis berbuka puasa berkenaan dianjurkan Lajim atau PKR atau untuk Anwar; sekalipun kain pemidang telah dipasang di beberapa tempat strategik, walaupun tertera Majlis Anjuran PKR Beaufort.

Dalam pada itu, Sabahkini.net juga mendapat maklumat yang sama berhubung tokoh yang diwar-warkan masuk PKR sebelum ini iaitu Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing; akhirnya membantalkan niatnya menyertai PKR sebaliknya hanya akan mengumumkan keluar daripada BN dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum mengumum halatuju politiknya esok.


SELINDUNG.....Kenapa PKR berselindung di sebalik kain pemidang ini sedangkan motif sebenar ialah kemasukan Lajim ke PKR? Jadikah atau Lajim masih teragak-agak?

Bagaimanapun menurut maklumat yang diterima sebentar tadi, Shafie berjaya memujuk Lajim agar jangan menyertai PKR esok kerana sebab yang hanya mereka berdua ketahui kerana Shafie masih yakin akan menjadi Ketua Menteri Sabah setelah kononnya mendapat restu Perdana Menteri untuk bertukar kerusi ke Dun Bugaya, Semporna.

Entah kenapa kali ini, sejak 16 September 2008, Anwar masih gagal memancing dua Ahli Parlimen yang paling kontroversi di Sabah, satu berhubung Memorandum RCI dan seorang lagi berani menunjuk 'jari hantu' kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun, sebaiknya kita tunggu pengumuman penting dua tokoh berkenaan esok di dua daerah yang berasingan kerana hanya mereka tahu apa agenda mereka melakukan 'Taichi' ketika semua orang sibuk menonton Sukan Olimpik!

2 comments:

  1. Wak tak heran kalau DSAI kene kentut sekali lagi oleh pemimpin2 UMNO dari Sabah ni.

    ReplyDelete
  2. Adakah Sabah ketandUsAn wakil rakyat yg berwibawa dan bersih, sehinggakan PK ambil wakil UmNo.Terkena Tok Tok Tok TUKK... Kantoi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa