Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, July 28, 2012

Tak Rasa Lucu Ker?

Sabtu Julai 28, 2012
Peniaga Diingat Jangan Naikkan Harga Barangan Kerana Pembayaran Bonus - Ismail Sabri
BERA: Para peniaga dingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang keperluan berikutan pembayaran bonus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada sebab peniaga atau pekedai perlu menaikkan harga barangan keperluan semata mata untuk mengaut untung berikutan pembayaran bonus.
"Peniaga seharusnya bertimbang rasa dan bekerjasama dengan pengguna bagi kepentingan dan kebaikan bersama. Menaikkan harga barang sehingga menyusahkan penguna bukanlah satu usaha yang digalakkan. "Malah tiada sebab harga barang perlu dinaikkan. Penguna juga boleh gunakan kuasa mereka dengan memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang)," kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas menyampaikan wang durian runtuh RM5,000 kepada penerokawati di Felda Tembangau Satu dan Dua serta Felda Bukit Mendi dan Bukit Pucung, di sini, Sabtu.
Menteri itu berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur ke atas peniaga atau pekedai yang menaikkan harga barang terutamanya barang kawalan tanpa sebarang alasan munasabah.
Beliau menasihati orang ramai tidak membuat pembelian panik atau membeli secara kuantiti banyak kerana perbuatan seumpama itu hanya boleh menyebabkan kehabisan bekalan barang keperluan dan secara tidak langsung mendorong peniaga menaikkan harga. Ismail Sabri berkata, bekalan barang keperluan adalah mencukupi di hari raya dan sepanjang bulan Ramadan ini kerana pembekal dan pengilang sudah memberi jaminan mengadakan bekalan yang cukup kepada pemborong dan perniaga.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera berkata seramai 2,000 pegawai pengkuatkuasa Kementerian itu dengan dibantu 1,600 pegawai pemantau akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan harga barang 24 jam di seluruh negara untuk memastikan tiada peniaga menaikkan harga. - mStar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa