Pembekal 'Pil Pintar' Pamer Surat Pengesahan Palsu
Oleh YUEN MEIKENG
PETALING JAYA: Pembekal 'pil tablet pintar' mempamerkan surat pengesahan palsu daripada Kementerian Kesihatan di laman webnya.
Surat tersebut yang kononnya dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, mengklasifikasikan pil Dimensi 108 sebagai 'bukan-perubatan' dan menyatakan bahawa produk ini tidak dikawal pihak berkuasa kawalan dadah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, surat tersebut adalah palsu dan pihak kementerian telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
"Sebagai produk makanan, mendakwa pil tersebut boleh mengubah tingkah lalu pelajar seperti dipamerkan pada label produk, tidak dibenarkan di bawah Peraturan 18 (1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
"Sehingga hari ini, kami tidak menerima sebarang permohonan daripada syarikat tersebut untuk mengklasifikasikan produk makanan itu atau meneliti labelnya," katanya pada Khamis.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa