Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 30, 2013

Kenyataan Terdesak Shafie: Perasankah Dia?

Kenyataan yang buatkan aku tersengih
Besar sungguh pengaruh dia kat Kedah
Tapi pembangunan Sabah tunggang langgang! 

Memang statements terdesak kerana tagih undi UMNO Kedah untuk pertahankan VP tapi kenapa harus memperlekehkan Mukhriz?

Adakah pada fikiran dia perwakilan UMNO Kedah lebih sayangkan dia dari Mukhriz?
Wallahu aklam....

BN dapat tumbangkan PAS di Kedah kerana Shafie Apdal?

FMT Staff
 | September 30, 2013
Beliau berharap penilaian itu akan menjadi faktor-faktor kepada perwakilan dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan ini.







PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal mendakwa Kedah dapat ditawan semula pada pilihanraya umum 5 Mei lalu kerana sumbangannya.
Katanya, beliau berharap perwakilan dapat menilai kemampuannya apabila BN berjaya menumbangkan PAS di Kedah.
“Apakah sumbangan saya selama dua tahun setengah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah walaupun mungkin sekitar satu atau lima peratus sehingga Kedah berjaya dirampas balik?,” tanya beliau dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.
Katanya lagi, beliau berharap penilaian itu akan menjadi faktor-faktor kepada perwakilan dalam menentukan kejayaan beliau mempertahankan jawatan ini.

Tiada Sekatan
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar mempertahankan jawatan itu bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Mereka bertiga dicabar Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Mengulas penyertaan Mukhriz, beliau berkata itu hak dia.
“Kalau dia hendak bertanding menawarkan diri tiada sekatan tetapi seperti yang saya katakan terdapat proses-proses yang harus dilalui. Syarat-syaratnya ada. Sebab itu sebelum menawarkan diri perlu menepati syarat-syaratnya iaitu menjadi ahli selama tiga tahun atau satu penggal,” katanya.
Katanya lagi, kemudian baru boleh menawarkan diri untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan kemudian menawarkan diri menjadi calon di peringkat MT dan begitu juga di peringkat Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Ada langkah-langkahnya.
Shafie seolah-olah menyindir Mukhriz apabila beliau berkata,”Dalam dunia politik ini bila kita menurut langkah-langkah yang ada prosesnya ia akan mematangkan kita. Itu jauh lebih baik. Bayangkanlah seorang ahli biasa terus menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden yang mana dia tidak tahu menahu tentang perjalanan parti,”.
Mukhriz yang tidak pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terus menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden Umno.
Ditanya adakah beliau optimis menang, Shafie berkata beliau tak boleh kata yakin 100 peratus.
“Kena kerja kuat. Dalam politik kita tidak boleh terlalu yakin sehinggalah hari pengundian itu tiba dan kita akan akan rasa puas kerana sudah buat yang terbaik untuk memastikan sasaran sudah dicapai,” katanya lagi.
Ditanya beliau akan dapat undi padu dari Sabah setelah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tidak bertanding jawatan Naib Presiden Umno, Shafie berkata walaupun beliau dari Sabah dan mendapat sokongan padu perwakilan Sabah pun, itu tidak bermakna beliau boleh boleh menang.
“Sabah hanya mewakili 25 bahagian sahaja, sedangkan saya perlu jugasokongan daripada perwakilan negeri-negeri lain. Di seluruh negara UMNO mempunyai 191 bahagian. Calon-calon yang bertanding perlu mendapatkan sokongan lebih 100 bahagian untuk menang dalam mana-mana jawatan yang dipertandingkan baik Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun Majlis Tertinggi,” kayanya lagi.

2 comments:

  1. shafie bebal nie ckplah ape saje. yg sah nye nnt kau akan kalah dlm undi nnt..

    ReplyDelete
  2. Anon 4:31 PM

    Dia dah gelabah tuu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa