Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 1, 2014

Betul, Yang Bodoh Lebih Baik Diam!

Menteri jangan terlepas cakap



SHAH ALAM - Menteri disarankan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu menimbulkan sentimen anti kerajaan terutama dalam perkara sensitif seperti isu kenaikan harga barang.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, ini penting bagi mengelakkan kenyataan mereka diinterpretasikan sebagai tidak sensitif.

“Memang kita tahu setiap kali diadakan sidang media, menteri tidak boleh menjangkakan soalan daripada wartawan, jadi mereka jangan pula terlepas perkara yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
 
Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri sepatutnya menasihatkan barisan Kabinet beliau supaya kenyataan yang dikeluarkan mereka tidak akan jadi bahan jenaka rakyat.

“Apa sahaja yang mereka (menteri) cakap sepatutnya tahu akan kesannya kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, perkara ini perlu juga dilihat serius oleh mana-mana ahli politik sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, mereka perlu sedar apa yang telah mereka ungkapkan.

“Memang semua pihak mahu beri reaksi segera apabila ditanyakan oleh wartawan, tapi perlu juga fikir kesannya,” katanya

1 comment:

  1. Kata Orang Putih "What do you expect from nincompoops?".Dalam kabinet Najib sekarang ni memang ramai sangat kumpulan ini. Menteri ayam ada; menteri rasis ada; menteri yang anggap negara ni makbapak mereka yang punya ada; menteri bangang memenag ramai sangat. Daripada kenyataan2 mereka rakyat tahu yang mereka "are just very stupid".

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa