Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 10, 2014

Kes ‘bughah’ Disiasat: Kita Tengok Di Mana Hujungnya......

Kalau rakyat biasa mereka akan disiasat sehingga ke hujung salbi
Adakah Mufti ada keistimewaan?

Polis siasat Mufti Perak kes ‘bughah’, kata Ketua Polis Negara
OLEH LEE SHI-IAN
JANUARY 10, 2014
LATEST UPDATE: JANUARY 10, 2014 05:47 PM
Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau “bughah”.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.
"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.
"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.
Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.
Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.
Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.
Seorang khatib di Rawang Selangor dalam khutbah Jumaatnya minggu lalu turut membantah fatwa itu.
"Bayangkan jika fatwa ini dibuat menjelang perhimpunan itu dan ada pihak mengambil kesempatan untuk bertindak kepada peserta perhimpunan itu.
"Apakah akan berlaku kepada negara ketika itu?" kata Mohamad Zuhdi Mat Piah ketika memberikan khutbah Jumaat di surau As Siddiqin Bandar Tasik Puteri Rawang. – 10 Januari, 2014.

Berkaitan - Kaum Sikh pun tumpang sama

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa