Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 7, 2014

Rempuhan di masjid: 14 maut, 10 cedera

14 maut, 10 cedera tragedi di masjid
7 Januari 2014

Mangsa kritikal diberi rawatan di hospital Xiji

XIJI - CHINA. Sekurang-kurangnya 14 penduduk Islam di China terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam rempuhan di sebuah masjid di daerah Ningxia, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan, kejadian berlaku ketika makanan sedang diedarkan kepada jemaah yang hadir ke majlis memperingati pemimpin agama yang diadakan di masjid itu.

"Kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital berhampiran. Empat daripada mereka kini berada dalam kritikal," menurut media itu.

Sementara itu, keselamatan ditingkatkan di wilayah Xinjiang sejak berlakunya rusuhan lima tahun lalu apabila kumpulan etnik Uyghurs dan ahli kumpulan Han bertempur di ibu negara Urumqi.

Menurut pihak berkuasa, laporan dipetik dari Press TV, hampir 200 orang maut dan 1,700 lagi cedera parah dalam rusuhan terburuk di kalangan etnik di negara itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa