Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 5, 2014

Chua: Setelah Hari Siang Baru Berkokok!

Kenyataan Soi Lek ibarat pepatah ‘nasi sudah jadi bubur’


Ng Kee Seng

KOMEN: Sebenarnya tindak tanduk serta kenyataan ahli-ahli politik Malaysia begitu mudah untuk diramalkan serta ada segelintir dalam kalangan mereka disifatkan "tidak tahu malu". 

Apabila mereka berada dalam tampuk pemerintahan serta berkuasa, pemimpin bukan Umno dalam komponen Barisan Nasional (BN) secara harfiah menjadi "pekak dan bisu" kepada kesengsaraan rakyat dan negara. 

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berada di luar bidang tampuk kuasa dan tidak mempunyai apa-apa jawatan dengan tidak semena-mena mereka berubah menjadi pengkritik yang tidak takut kepada pemimpin yang mempunyai kuasa dan berada dalam lingkaran tersebut.

Terdahulu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menemui "keberanian" untuk mengkritik dan menyalahkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno sebagai punca yang membuatkan BN lemah. 

Mengapa tidak ada pesuruh Umno yang mengetuai parti-parti gabungan BN membuat tuduhan seperti Chua? Dimanakah pra-kontrak Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai? Jawapannya: 'jaga periuk nasi sendiri' semasa dalam kuasa. 

Tidak ada rakyat Malaysia  yang mempercayai ahli politik sama ada dalam BN atau Pakatan kerana dalam arena politik apa yang penting adalah untuk berkhidmat atau menjaga kebajikan rakyat. 

Satu-satunya perbezaan adalah bagaimana secara terang-terangan mereka menyalahgunakan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi. 

Kejayaan mereka boleh dinilai berdasarkan kekayaan dimiliki sebagai contoh rumah banglo besar, kereta besar, majlis makan malam perkahwinan yang lebih besar ... di negara ini tidak ada kesukaran untuk mengisi senarai tersebut.

Salah satu "pendedahan" paling ketara yang Chua lakukan menerusi satu kenyataan beliau di laman sosial Facebook ialah: "Keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Umno sering menjadikan keputusan Jemaah Menteri dan yang telah saya nyatakan sebelum ini dalam Konvensyen BN kepada rakyat bahawa Umno adalah 'taiko' dan jika ia menjadi sombong dan mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' ia akan memberi impak serta kesan buruk ke atas parti-parti dalam parti komponen tersebut. 

"Pendekatan ini secara tidak langsung telah melemahkan model perkongsian kuasa yang sebelum ini berkesan dalam BN dengan membolehkan tindakan penyalahgunaan kepada pihak yang bersetuju yang menyokong Bumiputera seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus "mengasingkan" masyarakat bukan Melayu.

"... Dalam tempoh 21 tahun dibawah kepimpinan Tun Mahathir, kita dapat melihat bahawa pertumbuhan kekuatan politik Umno telah membuat rakan-rakan gabungan berdaya saing dalam BN. 

"Ia bukannya seperti kata-kata lelaki berada di jalanan tetapi merupakan seorang bekas anggota Kabinet yang begitu banyak menyimpan rahsia. Bolehkah Umno mempertikaikan beliau?".

Mengapa Chua dan semua bekas serta ahli-ahli Kabinet pada masa kini membenarkan Umno untuk menentukan keputusan kerajaan apabila mereka telah dipilih dan dengan itu bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara? 

Chua. Saya minta maaf untuk menyatakan perkara ini tetapi "pendedahan" anda tidak akan mendapat pujian,  adakah anda akan dapat membuat kemunculan semula dalam arena politik atau mendapatkan semula keyakinan masyarakat Cina, jika itu niat anda.

Ia hanya mengesahkan persepsi rakyat bahawa semua ahli kabinet bukan Umno sama ada sebelumnya dan sekarang hanyalah sebagai pesuruh Umno untuk menjaga kedudukan mereka. 

Mereka tidak boleh dipercayai walaupun dalam perkara mudah untuk mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia dan perpaduan negara. 

Mereka tidak akan bertindak untuk menghentikan serangan puak konservatif Umno yang fanatik menggunakan bangsa dan agama untuk mengancam rakyat Malaysia dan perpaduan negara. 

Chua, anda tidak akan mendapat apa-apa simpati atau hanya memperolehi kredibiliti. Sepatutnya anda telah bertindak atau melakukan sesuatu untuk menghentikan Umno supaya berada landasan betul apabila anda (satu ketika dahulu) berada dalam tampuk pemerintahan dan berkuasa bukannya sekarang. 

Untuk Chua dan mereka yang seumpama dengannya, apa gunanya apabila nasi sudah menjadi bubur? - (bermakna cuba untuk memperbetulkan kerosakan sedia ada ternyata sudah tidak boleh diperbaiki atau diperbetulkan lagi).

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa