FEB 05, 2014 HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno disaran supaya tidak lagi menyimpan 'biawak hidup' yang hanya berperanan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan itu dibuat bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin dalam entri di laman Facebooknya semalam.
Menurut Zaharin, salah satu kesilapan yang dilakukan para pemimpin Umno adalah "banyak sangat menyimpan 'biawak hidup'".
'Biawak-biawak hidup' itu, ujar beliau mendapat berbagai kemudahan dan habuan kewangan sedangkan hanya berperanan mencerca Anwar.
"Tetapi Anwar Ibrahim masih kuat dah 15 tahun tidak bergoncang. Berhentilah pembesar Umno menjaga biawak-biawak ini. Orang Umno macam saya pun naik menyampah dah dengan 'biawak-biawak' ini," ujar beliau.
Bila ditanya seorang pengunjung laman Facebook siapakah yang dimaksudkan sebagai 'biawak-biawak' itu, Zahrain menjawab: "Dulu-dulu 'biawak' ini panglima Anwar Ibrahim dan sanggup mati."
Zaharin dikenali sebagai ahli Umno yang kritis. Blogger yang lebih dikenali sebagai Sang Kelembai itu dipecat dua kali daripada Umno (1996 dan 2006) kerana lantang mengkritik parti yang dianggotainya.
Beliau diterima kembali sebagai ahli Umno pada Mei 2009 selepas Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak menarik balik pemecatannya daripada parti.
Zaharin kini menjawat Setiausaha Penyelaras BN P124 Bandar Tun Razak dan Ketua Umno Cawangan Sri Labuan
tepat dan padat kalau tak malu lagi
ReplyDeleteentahlah.depa duk lutu anwar dah lama dah tapi anwar bangkit terus melawan. lawan tetap lawan.