Peguamnya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari yang lalu dan akan selesaikan perkara ini di mahkamah.
Bekas pemain badminton kebangsaan Razif Sidek sebelum ini memberitahu Kosmo pada 11 Nov lalu bahawa beberapa pegawai BAM menyedari Chong Wei telah mengambil bahan terlarang sejak dulu lagi, tetapi rahsia itu disimpan kerana Chong Wei adalah pemain badminton terkemuka dunia.
Selain itu dia juga mendakwa Chong Wei pernah mengupah seorang doktor asing untuk merawat dia.
“Peguam saya sudah menghantar surat kepadanya beberapa hari yang lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) telah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang terjadi sudah terjadi, “kata Chong Wei yang marah dengan perkara tersebut.
“Saya tidak boleh membiarkan perkara ini kerana dia memfitnah saya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa