Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 12, 2015

Siapakah Menteri yang gila itu?

Rakyat sokong kenaikan harga? Menteri ini tentu gila!
04:30PM Jul 11 2015
oleh Jimmy Adit

SEKILAS PANDANG: Terdapat seorang menteri di Putrajaya yang mengambil jalan mudah dari penyelesaian masalah - tiada aduan bermaksud rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga!
“Kami tidak menerima sebarang aduan. Orang ramai tidak membuat aduan, yang bermakna sokongan,” ujar menteri tersebut. Dia tidak layak disebut namanya kerana alasan yang diberikan begitu dangkal. 
Tolonglah, rakyat mana di dunia ini yang menyokong kenaikan harga?
Apa yang menjadikan rakyat Malaysia berbeza? Kerana kita terlalu cintakan kerajaan? Kerana negara ditadbir oleh pemimpin bijaksana lalu rakyat Malaysia meraikan GST dilaksanakan?
Terdapat 1001 sebab mengapa rakyat tidak membuat aduan apabila terpaksa membayar lebih bagi minyak dan barangan keperluan, tetapi besar kemungkinan mereka sudah putus asa dengan kerajaan.
Kerajaan tidak mendengar. Ia gemar membuat tindakan sembrono. Kerajaan ini menaikkan harga barangan secara senyap-senyap.
Berapa kali harga petrol dinaikkan apabila rakyat sedang tidur atau sibuk mengemas rumah atau berehat selepas penat bekerja?
Apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan perlu menurunkan kos berbanding menaikkan harga barangan, menteri ini, yang tidak perlu disebut namanya kerana kita mungkin termuntah, berkata dia hormati pandangan Mahathir tetapi tidak bersetuju.
“Kita mahukan sistem terbaik,” katanya, sambil menggambarkan telah melaksana sistem terbaik, jadi tiada sebab rakyat mengeluh. Mahathir juga tak perlu mengeluh.
Rakyat Malaysia gembira. Mereka gembira kerana punyai banyak wang, mungkin jutaan yang disimpan di akaun peribadi jadi mereka gembira harga dinaikkan.
Dalam negara bergelar Malaysia, pemimpin politik dan menteri seperti mamat ini boleh berbuat apa sahaja.
Mereka mampu songlap wang dari tabung pekerja, wang pencen, simpanan mak nenek, apa sahaja, dan selepas itu naikkan harga dan cukai kerana rakyat tidak mengeluh.
Tiada rakyat di dunia yang suka harga barangan dinaikkan, tetapi bagaimana pula rakyat Malaysia?
Menteri yang namanya membuatkan aku nak termuntah ini hampir berkata, rakyat Malaysia gembira dan selesa sehingga terlupa memuji kerajaan - kerana membawa kita semakin hampir kepada kiamat!;
Komen dan ulasan boleh disampaikan kepada penulis di aajimmy@hckmedia.com

6 comments:

  1. Ya, aku genbiralah sesangat kalau harga barang dinaikkan. Naik harga lagi. Naik lagi...naik lagi...lagi...lagi..gila...gila....gila....

    ReplyDelete
  2. Harga naik and naik......sampai tak larat...konek pun dah tak naik.......hidup semakin muram, masalah semakin mencengkam.....tinggal le gusi tak de geraham!!!!!!!!mampuih le ini macam

    ReplyDelete
  3. .

    .

    bro

    nampaknya kita kena ada satu editing - bukan putrajaya tapi putarjaya

    mungkin makna lebih terserlah dan hidup jika kita guna pootarjaya untuk
    poosat gamen 1malaysia.

    menteri berpoootar pootar bila cakap macam tambi koling. pooointer 3.85
    menunjukkan low standard universitinya yang bri gred bgitu tinggi untuk
    mat berotak sampah! nama uni pun kena edit jadi uni pootar -ah!

    Inilah contoh bila graduan kasi malu reputasi uninya.

    khong khek khuat

    .

    .


    .

    ReplyDelete
  4. .

    .

    bro

    nampaknya kita kena ada satu editing - bukan putrajaya tapi putarjaya

    mungkin makna lebih terserlah dan hidup jika kita guna pootarjaya untuk
    poosat gamen 1malaysia.

    menteri berpoootar pootar bila cakap macam tambi koling. pooointer 3.85
    menunjukkan low standard universitinya yang bri gred bgitu tinggi untuk
    mat berotak sampah! nama uni pun kena edit jadi uni pootar -ah!

    Inilah contoh bila graduan kasi malu reputasi uninya.
    .
    .



    khong khek khuat

    .

    .


    .

    ReplyDelete
  5. Menteri Bahalol ada banyak kan

    Kalau naik barang kira okay lagi

    Takut tak ada lagi barang saja itu yang bahaya

    Kalau barang tak ada , tapi Menteri Bahalol ada banyak itu sudah kira Kiamat

    Dah Ketua Besar nya Bahalol

    Kalau yang Bahalol sudah KIOK itu baru lah REZEKI kepada Rakyat Juta Juta

    ReplyDelete
  6. Hasan Malik, Ismail Sabri, Ahmad Maslan dan ramai lagi, semuanya asal saja nama mereka disebut memang amat meloyakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa