Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 12, 2015

PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya?

Fathi Aris Omar

PAS dan Umno 'berpakat' sebelum pilihan raya? Kalaulah ada, saya tidak pasti bentuknya.Tetapi saya pasti Umno tidak akan pelawa PAS menyertai BN sebelum atau menjelang pilihan raya umum. 

Kerjasama PAS-Umno yang melibatkan pengagihan kerusi hampir-hampir mustahil, setakat ini. 

PAS umumnya berlawan dengan Umno. Ada beberapa kali pilihan raya umum, pertandingan satu lawan satu. Umno tidak bersedia membahagi-bahagikan kerusinya dengan PAS. Umno (dan semua parti) tahu susah hidup bergantung nasib pada rakan kongsi -- kecuali ia dominan dan kuat. 

Jadi, dalam perkiraan sekarang, sama ada Umno menang atau PAS menang. 

PAS hanya diperlukan apabila Umno hilang banyak kerusi. Di sini PAS boleh menampung jumlah yang hilang (kalaulah hilang banyak!) 

Tetapi jika Umno berjaya pulih, termasuk menggantikan Najib Abdul Razak, peluangnya lebih baik daripada saat ini. 

Lagi kuat Umno, lagi ia tidak memerlukan PAS. 

Tapi mungkin juga Umno perlukan kerjasama (jika ada) dengan PAS untuk tujuan-tujuan lain. 

Mereka yang anti-PAS, khususnya bekas penyokongnya, berangan-angan melihat PAS menyertai BN atau menzahirkan sejelas-jelasnya kerjasama PAS-Umno. 

Saya fikir, setakat ini, angan-angan itu kekal sebagai angan-angan. 

NOTA: Semua parti pembangkang, termasuk DAP, membuka pintu rundingan dan kerjasama dengan Umno. Untuk bermacam-macam tujuan. Jadi kita kena faham tujuan dan natijah akhir 'kerjasama' ini.

at 7/12/2015 02:04:00 PTG 

5 comments:

  1. apa punya tulisan ni, tak tau apa arah tuju.

    ReplyDelete
  2. Tanda tanda ALLAH SWT cuba menyatu kan lahanat lahanat bangsa sebelom mereka di runtuh dan di hina di bumi melayu Islam.

    Yang fakta nya , lahanat bangsa ini menguna jaja Agama Islam milik ALLLAH SWT tuk meraih keuntungan duniawi menipu umat umat Islam.

    Perhatikan akan kejatuhan mereka.

    Apakah Munafik layak memijak di bumi ALLAH SWT ini ????

    ReplyDelete
  3. ...makin merapu blogger Pkr/Dap ni...
    ...tapi kalau kau maksudkan berpakat untuk luluskan Hudud di Kelantan serta Malaysia', apa salah nya!! Jauuhhhh lebih baik dari sokong hak kapi Dap untuk meraikan pesta minum arak OctoberFest!!

    ReplyDelete
  4. Fucki Aris ...

    Selalu bawak cerita tolol

    ReplyDelete
  5. Mountdweler lagi tolol bawak cerita budak Yahudi nih

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa