Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 16, 2015

‘Janda dalam idah’?

Pas seperti tidak diiktiraf
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
15 OKTOBER 2015

ALOR SETAR - Tindakan meminggirkan Pas dari menyertai sekretariat pembangkang Kedah jelas menunjukkan bahawa parti itu sudah tidak diiktiraf sebagai rakan baik mereka.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, status Pas kini seolah-olah menjadi ‘janda dalam idah’ yang diceraikan suami.

“Saya melihat Pas Kedah kini menjadi mangsa kepada pergolakan dalaman akibat penentangan hebat kelompok pro-DAP dan pro-Abdul Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

“Pas yang dahulunya menjadi sekutu kuat dan sanggup berkorban segalanya untuk membantu PKR dan DAP dalam pilihan raya akhirnya dibalas dengan penganiayaan politik yang tidak bermaruah,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Pas harus belajar melupakan rakan pakatan dan berdiri sendiri sebagai parti yang bermaruah jika benar memperjuangkan Islam dan rakyat.

“Ini sebenarnya iktibar kepada Pas yang patut menjadi teladan kepada pemimpin dan pejuang parti yang dahulunya sangat ghairah untuk membina masa depan bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan BN.
“Apabila niat sudah tidak baik, akhirnya padah buruk menimpa mereka hingga merosakkan masa depan parti Islam itu sendiri,” katanya.

Penganalisis politik itu berpandangan, Pas tidak perlu berasa kecewa apabila tidak diajak bersama dalam pembentukan sekretariat pembangkang Kedah baru-baru ini.

“Secara ilmiah berasaskan pengamatan politik semasa, saya mencadangkan supaya buat masa ini Pas melupakan mana-mana pakatan bersama PKR kerana mereka seolah-olah menggunakan DAP dan Pas bagi kepentingan diri sahaja.

“Pas akan diketepikan dari arus pembinaan dasar serta tidak mampu membina kekuatan jika bersama PKR. Pas dan jentera parti juga akan terus dipergunakan semaksimum mungkin dan menjadikan Pas bukan parti yang mengetuai pakatan itu,” katanya.

Md Shukri berkata, ia adalah satu kesilapan besar buat PKR dan DAP dalam menilai Pas dan pola sokongan rakyat terutama di Kedah.

“Pada saya, pembentukan sekretariat pembangkang Kedah tanpa penyertaan Pas ibarat pohon yang tidak berbuah,” katanya.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pembentukan sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas.

Menurut laporan itu, pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail berkata, sebagai permulaan sekretariat terbabit dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketiadaan wakil Pas Kedah dalam sekretariat itu adalah disebabkan wujud masalah komunikasi antara parti berkenaan.

6 comments:

  1. proffesor batu api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prof temberang... sembang deraih.

      Delete
  2. Kah, kah, kah, PAS ibarat janda dalam iddah? "That's the best analogy" yang boleh ditampilkan oleh ahli akademik kangkung ni? Nampaknya hampir keseluruhan tenaga2 akademik UUM adalah terdiri dari spesis2 kangkung yang kerjanya tak habis2 mengampu dan menjilat UMNO. Agak pelik apabila Dr Zuhdi yang sama spesis dengan "academician" dari UUM tu boleh terdampar ke UM. But then again, UM pun standardnya sudah mula turun ke longkang ilmiah.

    Janda dalam iddah! Bukankah itu satu penghinaan kepada PAS dan juga Hj Hadi ulamak beso? PAS yang berangan2 bahawa ianya satu parti "jantan" yang virile telah diibaratkan sebagai janda. Malu wei! Nampaknya semua orang di luar PAS melihatkan PAS sebagai lemah fizikal serta kurang mampu untuk berdiri megah di persada politik tanah air. Parti islam yang mencanangkan dirinya sebagai penegak islam "telah diceraikan"? Kenapa? Mandul? Curang? Atau berlagak dan sombong? Tua dan sudah tak relevan? Mungkin gak sebab golongan2 yang telah menyegarkan semangat PAS sudah diusir dan dihina.

    Apa2 pun, saya ucapkan selamat maju jayalah kepada PAS. Pergilah cari pengganti PR. Mungkin UMNO masih terliur dengan PAS atau mungkin UMNO ingin mencari "amah" yang boleh dikerah sebagai pencacai serba boleh yang boleh di kerahkan untuk melakukan kerja2 buruh bagi pihak UMNO. Cerita pasal Hudud pun dah dilipat dan sorok bawah katil. So amat layaklah UMNO amik PAS sebagai "amah"nya yang boleh dikerahkan untuk melakukan apa sahaja tugas2 yang dapat menyenangkan hati UMNO. Janji duit masyuk dan mana tau ada gak pimpinan2 PAS yang dapat jadi menteri, timbalan menteri sebelum mati. Bukankah itu yang dikejarkan oleh puak2 yang walak dengan Hj Hadi tu. Apa kata Dr Zuhdi? Masih bercita2 nak menjentik orang2 cina dan bukan islam? Masih berangan2 nak sergah orang bukan melayu jika mereka bersuara menuntut keadilan?

    Menjadi 'amah" kat Putrajaya pun banyak kelebihannya. Mungkin dengan menjadi amah UMNO, Dr Zuhdi dah boleh main jentik2 dan dok sergah rakyat tak tentu pasal. Tengok Si Tajuddin, baru je dapat jadi timbalan menteri dah teruja nak tampar rakyat. Apa macam Dr? Mau ke tak mau? Belum cuba, belum tahu! Raakyat pun dah tak sabar nak tengok rupa sebenar PAS dan puak2 asobiyah yang dok membiak di dalamnya.

    Nick
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. Hahaa.....kesiankan?
    Kerana fulus academician pun ke longkang!

    ReplyDelete
  4. Ahlul akademik yg cari publisiti. Esok lusa harakasa (akhbar pas & perkasa) utusang, berita hariang akang cari prof ni..

    ReplyDelete
  5. Yg penting masyukkkk prof...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa