Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 4, 2015

KELANTAN GEMPAR LAGI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah,
Pemangku Menteri Besar Kelantan,
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,

HUTAN SIMPAN BERANGKAT - SEKALI LAGI DI BAWAH HARGA PASARAN

Saya pernah menulis surat rasmi (tertutup dan tidak disiarkan di mana-mana) kepada YAB Menteri Besar setahun lebih yang lalu membantah tindakan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) meluluskan kawasan Hutan Simpan Kekal ( HSK ) Berangkat untuk perladangan seluas 5 ribu ekar tanpa tender dan di bawah harga pasaran kepada LPSB.

Alhamdulillah YAB MB segera bertindak membatalkan kelulusan itu.

Saya ingat ia berakhir di situ.

Maklumat terkini yang saya ada menunjukkan PMBK meluluskan semula kawasan itu kepada syarikat berkenaan sekali lagi, April lalu.

Harga yang ditawarkan adalah RM 3 ribu se ekar termasuk semua perbelanjaan seperti kos ukur sempadan, cukai tanah dan lain-lain.

Saya difahamkan, setelah ditolak kos cukai tanah dll, pendapatan bersih untuk PMBK hanya sebanyak RM 7 atau RM 8 juta sahaja.

Dengan ini, pendapatan bersih se ekar hanya sebanyak antara RM 1,400 hingga RM 1,600 se ekar.

Sedangkan nilai pasaran adalah tidak kurang dari RM 5,000 se ekar bersih.

Ini akan menjanakan pendapatan kepada PMBK sebanyak RM 25 juta bersih berbanding RM 8 juta!

Perbezaan antara RM 16 juta hingga RM 17 Juta !!!

Bahkan jika dilakukan tender terbuka, saya yakin dengan kedudukan tanah Berangkat yang amat baik, PMBK akan mendapat tawaran yang lebih tinggi.

Saya hairan mengapa Jawatankuasa Penasihat PMBK di mana YB adalah salah seorang anggotanya, nampak begitu terikat dengan syarikat berkenaan.

Saya difahamkan oleh syarikat-syarikat lain yang turut membuat tawaran bahawa tawaran mereka adalah lebih baik tetapi ditolak.

Suka juga saya mengingatkan tujuan asal kawasan Berangkat diluluskan kepada PMBK oleh YAB Tok Guru di masa itu adalah untuk dimajukan sendiri khususnya melalui PMBK Sawit.

Saya berharap tujuan asal ini tidak dikorbankan dan pihak lain pula mengaut keuntungan darinya.

LPSB nampaknya terus menjadi pilihan sungguh pun tujuan asalnya adalah lain dan terdapat tawaran lebih baik oleh syarikat-syarikat lain.

Mengapa?

Saya pohon kelulusan berkenaan dibatalkan. Apa lagi surat pembebasan hutan difahamkan belum dikeluarkan oleh Jabatan Hutan.

Jika kelulusan ini diteruskan, mungkin saya akan memfailkan perintah injunksi di mahkamah ke atas PMBK dengan tujuan menjaga khazanah rakyat negeri Kelantan.

Tujuan saya juga adalah untuk menghentikan amalan meluluskan khazanah rakyat Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran yang menyebabkan kerugian pendapatan kepada negeri Kelantan.

Saya suka mengingatkan YB Dato bahawa antara fungsi utama PMBK pada masa lalu ialah menyelamatkan hartanah prima. Ia bukan pintu belakang untuk mana-mana pihak melepaskan harta dan khazanah negeri ini sesuka hati.

Saya mohon respon segera YB.

Sekian terima kasih.

Husam Musa
Adun Salor

7 Zulhijjah 1436/21 September 2015

Nota:

Surat rasmi pertama saya mengenai isu ini telah saya sampaikan kepada YAB MB Kelantan kurang lebih dua tahun yang lalu.

Saya tidak menyiarkannya di mana-mana kerana YAB MB telah memberikan respon tiga hari selepas surat saya.

Surat rasmi kedua ini saya sampaikan kepada YB Dato TMB pada 21hb September kerana kelulusan yang dibatalkan dahulu diperbaharui.

Saya tidak menerima sebarang maklum balas sehingga ini.

Saya memutuskan untuk dikongsi dengan rakyat Kelantan yang prihatin dan sensitif terhadap kepentingan negeri Kelantan, moga ada kesannya.

Yb. Husam Musa
ADUN Salor,
Petang 3 Oktober 2015

Surat rasmi pertama saya mengenai isu ini telah saya sampaikan kepada YAB MB Kelantan kurang lebih dua tahun yang lalu.

Saya tidak menyiarkannya di mana-mana kerana YAB MB telah memberikan respon tiga hari selepas surat saya.

Surat rasmi kedua ini saya sampaikan kepada YB Dato TMB pada 21hb September kerana kelulusan yang dibatalkan dahulu diperbaharui.

Saya tidak menerima sebarang maklum balas sehingga ini.

Saya memutuskan untuk dikongsi dengan rakyat Kelantan yang prihatin dan sensitif terhadap kepentingan negeri Kelantan, moga ada kesannya.

Yb. Husam Musa
ADUN Salor,
Petang 3 Oktober 2015

7 comments:

  1. anda ini bagaimana bila mau sampai ke bulan bila roket pun tiada





    TEHRAN (FNA)- The Islamic Revolution Guards Corps (IRGC) for the first time displayed to the public its recently developed super torpedo, 'Hout', which enjoys the state-of-the-art technologies and is capable of hitting targets in and outside water.
    The torpedo was unveiled in an exhibition in Tehran on Saturday on the IRGC Navy's latest achievements.
    Senior IRGC officials had announced in May 2014 that the IRGC Navy is one of the only two world military forces equipped with the unique torpedo which moves with unbelievable velocity. The other military force is the Russian army.
    Speaking to FNA, IRGC Navy Commander Rear Admiral Ali Fadavi said when the home-made missile/torpedo, Hout, was displayed in a series of wargames a few years ago, over 2,000 world media covered the news.
    He said the speed of the torpedo is 100 meters per second (360km/h) under water.
    The Admiral explained that the gruesome weapon had originally been made by the Russians, adding that Americans had spent a sum of 20 billion dollars in 15 years to develop its technology, but failed.

    The Russians call the torpedo Shkval. The speed of this missile or torpedo far exceeds that of any standard torpedo currently fielded by NATO. This speed is a result of supercavitation: the torpedo is, in effect, flying in a gas bubble created by outward deflection of water by its specially shaped nose cone and the expansion of gases from its engine. By keeping water from coming into contact with the surface of the body of the torpedo, drag is significantly reduced, allowing extremely high speeds.
    The Russians started designing it in the 1960s when the NII-24 research institute was ordered to produce a new weapon system capable of combating nuclear submarines. In 1969, the GSKB-47 merged with NII-24 to create the Research Institute of Applied Hydromechanics in Kiev, Ukraine (constructor Merkulov); the Shkval being a product of this merger.
    Announced as being deployed in the early 1990s, although previously operational as early as 1977, the Shkval is designed as a countermeasure against torpedoes launched by undetected enemy submarines. It may also be used as a counter to incoming torpedoes whereby it is launched at the enemy submarine, forcing it to evade, and hopefully cutting the guidance wire to the enemy torpedo in the process.
    Launched from 533 mm torpedo tubes, the VA-111 exits the tube at 50 knots (93 km/h). Shortly afterwards, its liquid-fuel rocket ignites and propels it to speeds of up to 200 knots (370 km/h). Some reports indicate that speeds of 250+ knots may be achieved, and that work on a 300-knot (560 km/h) version was underway. The rocket engine uses a combination of high test peroxide and kerosene; the propellant tanks contain about 1500 kg of hydrogen peroxide and 500 kg of kerosene.
    The torpedo controls its direction using four fins that skim the inner surface of the supercavitation envelope. To change direction, the fin or fins on the inside of the desired turn are extended, and the opposing fins are retracted. To make faster turns, the push plate on the nose can be used to control the shape of the bubble the missile is traveling in.

    ReplyDelete
  2. kah kah kah!
    -Semua rakyat kelantan berhak menjadikan kelantan suci penyelewengan.
    -Rakyat kelantan memilih PAS kerana mereka yakin bahawa PAS adalah parti suci rasuah dan salah guna kuasa.
    -Setiap rakyat berhak menolak dan melaknat mana-mana pemimpin yang melakukan penyelewengan dan merompak hak rakyat kelantan.
    -Tidak adil bagi mana-mana individu yang pernah memimpin kerajaan bercakap mengenai penyelewengan, sedangkan semasa berkuasa beliau membisu mengenai penyelewengan.

    ReplyDelete
  3. Husam ni pun cakapnya je hebat dan berdegar2 .......... projek dia pun habis lingkup ........
    utk rujukan pi tengok kat blog Ibnu Hasyim !



    ReplyDelete
  4. Walupun sakitnya pada Kelantan kami juga terasa sakit bak pepatah paha kanan dicubit paha kiri juaga terasa.

    ReplyDelete
  5. Lapurkan saja kepada SPRM perbuatan PENYANGAK berkopiah putih ni....perangai penyamun...

    ReplyDelete
  6. Takde beza kecuali songkok dengan kopiah. Sama-sama kaki belit!!

    ReplyDelete
  7. Dia tau kira duit banyak tu jah. Kalau banyak lagi tak tau nak kira. Jadi sepatutnya dapat 25 juta. Ore kecek-kecek 8 juta pon tak per la. Macam cerita orang asal jual kambing...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa