Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 14, 2015

Ape kena dengan manusia kini: 140 maut keganasan di Perancis

140 maut, Perancis tutup pintu sempadan
SABTU, 14 NOVEMBER 2015 @ 9:13 AM

PARIS: Kumpulan bersenjata dan pengebom menyerang restoran, bar dan dewan konsert di beberapa lokasi di bandar raya ini pada Jumaat malam menyebabkan lebih 140 kematian setakat ini, lapor media Perancis. 

Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat di kawasan Paris dan menutup pintu sempadan bagi mengelakkan penyerang lolos. 

Beliau juga membatalkan lawatannya ke Turki untuk menyertai Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20). 

Dalam pada itu, angka kematian dikatakan sudah meningkat kepada 140 orang akibat serangan berkenaan. 

100 orang dikatakan terbunuh di dewan konsert Bataclan manakala 40 lagi di beberapa lokasi lain, kata pihak berkuasa. 


Lagi gambar-gambar di sini

Ketika kejadian, Hollande sedang menyaksikan perlawanan bola sepak dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier apabila beberapa letupan berlaku di luar stadium nasional, menyifatkan serangan itu luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Beberapa pihak menyifatkan ia adalah serangan terancang terhadap Perancis, antara negara sekutu dengan Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap militan Negara Islam di Iraq dan Syria. 

Perancis sememangnya sudah membuat persiapan rapi serangan pengganas menjelang sidang kemuncak iklim yang akan berlangsung hujung bulan ini. 

Presiden AS, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel menyertai kalangan pemimpin dunia lain termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, mengutuk serangan keji itu. 

Julien Pierce, seorang wartawan radio Europe 1 yang berada dalam dewan konsert ketika tembakan bermula, menceritakan kejadian itu dalam kiriman menerusi laman web stesen radio itu. 

Mengikut Pierce, beberapa orang muda yang tidak memakai topeng, masuk ke dewan ketika konsert sedang berlangsung dengan bersenjatakan senapang Kalashnikov, mula menembak secara rambang ke arah penonton.

"Mayat bergelimpangan di mana-mana," katanya. 

Media Perancis melaporkan, lima lagi serangan serentak di beberapa lokasi lain pada masa sama di sekitar pusat bandar Paris termasuk di dluar stadium Stade de France. 

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. - Reuters

1 comment:

  1. Sesiapa pun yg buat nih memang gila..
    X kira lah mewakili puak agama haper2 lah.

    Cuma aku mushkil di kepala..
    Apsal yer dlm keadaan negara barat(amerika,europe dan sekutu2nya full allert slps 911 lebih2 lg situasi tegang di timur tgh sprtly,ukrine)semudah itu sahaja ramai penyerang boleh bwk berlaras2 kalashnikov bom bkn sebutir then masok ke pentas pang pang pang...kabom kabom kabom..

    Kalo tgok langkah pencegahan dlm filem hollywood jga dokumentari kat tv setelit bkn main lg...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa