Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 8, 2015

Apa dah jadi dengan UMNO: Timbalan Presiden sendiri pun tidak dihormati

Hormati hak Timbalan Presiden - Muhyiddin
Hormati hak Timbalan Presiden - Muhyiddin
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menghalang dirinya berucap di Perhimpunan Agung UMNO merupakan tindakan yang tidak wajar. -Gambar: Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Parti UMNO digesa menghormati hak Timbalan Presiden untuk bersuara, sama sahaja seperti hak yang diberikan parti itu kepada Presiden.

Bekas Timbalan Perdana Menteri  yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan menghalang diri beliau berucap di Perhimpunan Agung UMNO merupakan tindakan yang tidak wajar.

Jelas beliau, sekiranya hak ini dinafikan kepada Timbalan Presiden, implikasinya kepada ahli-ahli amat besar sekali.

"Saya Timbalan Presiden yang sah, tetapi institusi Timbalan Presiden itu tidak dihormati. Saya tidak dibenarkan berucap merasmikan sayap Puteri, Wanita dan Pemuda. Saya juga tidak dibenarkan mempengerusikan mesyuarat  bahagian.

"Kalau institusi Presiden mahu dihormati, begitulah juga institusi yang saya terajui sebagai Timbalan Presiden," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis khas 'Bersama Timbalan UMNO, Tan Sri Muhyiddin' yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Dalam ucapan selama lebih satu jam, Muhyiddin turut menyentuh pelbagai isu terkini negara termasuk tentang syarikat 1MDB, kedudukan ekonomi negara, hal ehwal UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula esok.

Antara yang hadir mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal, dan bekas Ketua Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin.
Perhimpunan itu diadakan susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap dan merasmikan upacara pembukaan bagi ketiga-tiga sayap parti itu.

Perhimpunan Agung UMNO bakal berlangsung bermula esok sehingga 12 Disember.

3 comments:

  1. PENYAKIT2015 PAS+-*X UMNO same2 badigoL!

    ReplyDelete
  2. kah kah kah
    atas nasihat tuan penasihat!.
    Bukankah PAS juga telah mengajar ahlinya tidak hormati Tim. Presiden Parti sebelum ditendang keluar.

    ReplyDelete
  3. Bila darah daging dari punca KOTOR , otak pon sudah tak ikut macam manusia dah

    Ingat tak sifat BEWAK dengan KHINZIR ????

    Dah macam sama saja dia orang nih

    Standard lah kalau tongkat langit hidup nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa