Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 7, 2015

Himpunan Muhyiddin malam ini akan pecahkan Umno?

Himpunan Muhyiddin malam ini akan pecahkan Umno, kata Majlis Profesor Negara
 | DALIA ISMAIL

Majlis Profesor Negara (MPN) berpandangan tindakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan perhimpunan solidariti penyokongnya di padang Kelab Sultan Sulaiman jam 8 malam ini, akan memecahkan Umno.
Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof. Datuk Dr Radzuan Che Ros berkata, apa yang beliau lakukan malam ini, bukan satu jalan penyelesaian yang baik tapi tindakannya itu kurang matang sebagai bekas seorang pemimpin nombor dua negara.
“Mungkin dorongan itu dibuat untuk menggambarkan seolah-olah ada ramai penyokong yang setia bersama beliau. Malangnya ia tidak mengubah apa-apa sebaliknya menambahkan perpecahan sokongan di kalangan ahli Umno sendiri.
Krisis yang berlaku antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tidak dapat dibendung hingga mengerakkan Muhyiddin untuk turun padang menyatakan pendiriannya terhadap keputusan MT.Krisis yang berlaku antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) tidak dapat dibendung hingga mengerakkan Muhyiddin untuk turun padang menyatakan pendiriannya terhadap keputusan MT.“Sedangkan beliau masih lagi Timbalan Presiden Umno, adakah beliau terlupa? atau sebaliknya perhimpunan itu dilakukan untuk memaksa MT memecat beliau?” soalnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Baginya, tekanan yang dihadapi Muhyiddin dalam parti sepatutnya tidak di ‘zahirkan ’ dengan menghimpunkan penyokongnya malam ini, satu tindakan yang tidak menonjolkan beliau sebagai seorang pemimpin matang dan berjiwa besar.
Tindakan Muhyiddin itu juga seolah bertentangan dengan aku janjinya yang dibuat apabila beliau digugurkan daripada barisan kabinet pada Julai lalu untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan Umno.
Katanya lagi, Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan mampu mengajak ahli Umno untuk melakukan penolakkan jitu terhadap kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Radzuan juga tidak menafikan tindakan Muhyiddin sedemikian didorong kalangan penyokong sekelilingnya yang mahukan beliau berucap secara terbuka ketika perhimpunan agung bermula esok.
“Sebagai orang lama saya yakin Muhyiddin amat sayangkan Umno dan tidak akan keluar parti untuk sertai parti lain.
“Yang boleh menolak Najib hanya di kalangan perwakilan parti dan ahli parlimen sahaja.
“Mungkin motif beliau untuk menyampaikan manifestasinya. Kita faham perasaan beliau sehingga sanggup buat perhimpunan sebegitu.
“Beliau seharusnya lebih rasional sebagai seorang pemimpin yang lama berjuangan dalam Umno, beliau seharusnya matang dan berjiwa besar.
“Jika betul dia sayangkan parti seperti yang diucapkannya, sebaliknya perhimpunan diadakan itu tidak seperti apa yang dikatakan akan bersama parti dan kepimpinan sekarang.
“Apa yang dibuat lain daripada apa yang dicakapkan. Ini tindakan orang marah, tindakan orang tidak puas hati.
“Umno adalah parti tunjang bukan setakat untuk BN tetapi parti tunjang kepada sebuah negara jadi jangan pecahkan ahli parti.
“Walaupun perhimpunan itu berjaya mengumpulkan kehadiran di kalangan penyokong Muhyiddin atau di kalangan mereka yang kecewa dengan Umno, tetapi dari sudut pandangan lain, bukan itu pentasnya jika mahu menentang kepimpinan,” ujarnya.
Majlis Tertinggi Umno sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda pada perhimpunan yang bermula 8 Disember ini.
Beliau juga dilaporkan tidak akan dijemput menggulung ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Larangan itu dibuat selepas Muhyiddin terus mengkritik Najib dalam isu wang RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun Muhyidin berkata beliau berasa seperti ‘tunggul’ apabila tidak dibenarkan berucap dan sekadar duduk di sebelah Najib di atas pentas ketika pengulungan pada 12 Disember nanti.
Muhyiddin juga berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius, namun hingga kini keputusan pemecatan Muhyiddin belum lagi diputuskan MT.

4 comments:

  1. memang lah pecah
    satu mau kebenran diutamakan
    lagi satu mau kebenaran tidak dituntut
    sebab dah tak benar dari mula lagi
    omno suka pengikut bodo
    senang nak pedo

    ReplyDelete
  2. MPN ni kaki pengampu. Sapa yg tak kenai
    Nama ja Majlis Proffesor Negara...
    Patut di tukar nama ka Mangkok Pengampu Negara

    ReplyDelete
  3. memang sah akan berpecah
    sape yg tak marah.sebagai timbalan peresiden tak di benarkan berucap seperti lazim nya.
    sekarang baru betul anak jantan.tak bg ketika pau.berucap pra pau pun tak pe.janji telah lepas ape yg terbuku dihati. di pecat dari tpm sekadar kritik 2 mdb.
    sekarang telah terbagi kepada dua kumpulan.

    ReplyDelete
  4. Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden Umno adalah secara pemilihan oleh ahli Umno, kenapa beliau disekat dari memberikan ucapan dalam PAU? Itukah demokrasi terpimpin kepala otak Najib!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa