Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 7, 2015

Lawak: Sebenarnya siapa yang hilang sokongan dan siapa yang tak dapat sokongan?

PAS buat laporan polis terhadap Mujahid
Susan Loone - 

PAS Pulau Pinang dan penyokong bukan Islamnya menuntut Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mujahid Yusuf Rawa menarik balik kenyataan yang didakwa mengaitkan mereka dengan pengganas Negara Islam (IS) dan Al-Maunah.
Ketua penerangan PAS negeri Iszuree Ibrahim kenyataan itu berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada tahun 60-an.
Beliau menegaskan parti itu menolak aktiviti sedemikian.
Malah, katanya, ketika serangan pengganas di Paris, presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tampil ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menyatakan rasa simpati.
Iszuree (gambar) berkata demikian selepas membuat laporan polis terhadap Mujahid.
Iszuree menyifatkan pemimpin AMANAH seperti Mujahid sudah muflis idea dan pilih mengkritik PAS kerana gagal mendapat sokongan awam.
Putar belit, kata Mujahid
Mujahid bagaimanapun menafikan mengeluarkan kenyataan sebegitu seperti disebarkan.
“Mereka putat belit kenyataan saya dan hasilnya saya terima banyak kritikan.
“Mereka patut berhenti putar belit dan baca kenyataan sebenar saya yang disiar dalam beberapa portal berita,” katanya.
Mujahid antara pemimpin kanan PAS yang keluar beramai-ramai daripada parti itu dengan menubuhkan AMANAH sebagai sebuah parti Islam baru.
Langkah itu diambil setelah mereka ditolak beramai-ramai oleh golongan proulama dalam pemilihan PAS Jun lalu.
AMANAH mengambil pendekatan bergabung bersama pembangkang lain manakala PAS pula memilih haluan baru dengan bersendirian.

4 comments:

  1. Abe..
    Mcmana PAS pulau pinang boleh lantik mat ZZZZZZZZ jd ketua penerangan...dia kaba(jaga) ke time bg statement tuh.kih kih kih...

    ReplyDelete
  2. Tu pun nak repot polis..dah jadi umno sebijik..
    Ada gak spesis rani kulup

    ReplyDelete
  3. Buat repot polis? Selama ni UMNO tuduh PAS macam2 tapi tak pernah pong buat report polis? Tapi kenapa pulak bila bro Mujahid cakap PAS ada elemen ekstrim, PAS dah terkejut berok? Biasanya kat Mesia ni (spesis UMNO) akan buat report polis sebab nak cover up kesalahan dan jenayah yang dia buat. PAS pun sama gak sebab memang tak dak hujah yang dapat sanggah kenyataan bahawa dalam PAS ni kelompok ekstrim sudah take over?

    Masalah PAS bukanlah tuduhan ataupun fitnah tetapi persepsi rakyat yang semakin sedar bahawa PAS bukan parti yang boleh di harapkan dan tindak-tanduk PAS sekarang ni yang ekstrim tak dapat diterima oleh rakyat. Maka, penafian dan report polis tidak dapat mengubah persepsi rakyat bahawa PAS ni jenis tak bertolak ansur, kepala besar serta tak tahu memegang dan menunaikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Sendiri buat sendiri tanggung le!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa