mk - Hari ini, 6:18 petang
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menganggap Ketua Pemuda PAS Kelantan Fadli Shaari seperti anak kecil yang masih menyusu dan "berteriak ketakutan" disebabkan gagal memahami isu yang dibawanya.
Menurut Husam, selain gagal menarik minat anak muda kritis Fadli juga gagal mempamerkan sikap pemuda Islam yang menilai sesuatu berdasarkan kebenaran dan bukan asobiyyah kelompok.
"Di bawah konsep accountability (pertanggungjawaban) yang juga satu daripada teras (konsep) Membangun Bersama Islam, seseorang pemimpin perlu memikul kesan kegagalan tindakannya, apa lagi bila tindakan itu diambil secara bersendirian dan tidak dirujuk pada organisasi," kata Husam dalam kenyataan dimuat naik petang ini.
Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada gesaan Fadli supaya Husam meletak jawatan sebagai Adun Salor dan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian kerana tidak lagi membantu mengukuhkan kerajaan dan parti.
Terdahulu Husam menyarankan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (gambar, tengah) meletak jawatan kerana gagal membawa usul pindaan Akta 355 di parlimen.
Melalui rang undang-undang persendirian yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu PAS berharap parti berkenaan mendapat lebih banyak ruang memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Husam adalah bekas exco kanan Kelantan yang diketepikan di peringkat negeri dan pusat oleh kumpulan konservatif yang kini menguasai PAS.
Kenyataan itu dibuat ketika menghadiri sebuah forum di Kota Bharu malam kelmarin.
Rosakkan pelan asal
Panel lain dalam forum itu ialah Timbalan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Che Ibrahim Mohamed, Ketua Exco Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wan Ji Wan Yusoff dan pakar undang-undang yang juga ahli DAP, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Kata Husam, melalui pelan pelaksanaan undang-undang syariah Jawatan Kuasa Teknikal Bersama Negeri dan Pusat, tidak ada cadangan rang undang-undang persendirian 355 diputuskan untuk dibawa ke parlimen.
"Ini bermakna apabila ada individu yang mempengaruhi Presiden PAS membawa usul persendirian itu dan langsung tidak dirujuk kepada parti terlebih dahulu, mereka perlu bertanggung jawab atas kegagalan rang undang-undang itu.
"Bahkan, membawa usul secara pramatang telah melenyapkan atau merosakkan pelan asal," katanya.
Menurut Husam, "tindakan tergesa-gesa" membawa rang undang-undang itu lebih bersifat riyak dan agenda peribadi.
"Sudah hampir setahun berlalu sejak usul persendirian itu difailkan tetapi ternyata hingga kini, ia gagal dibentangkan.
"Ini menunjukkan, tidaklah rugi jika tindakan itu ditangguhkan pada masa itu dan dibincangkan secara lebih masak dan diputuskan secara kolektif," katanya.
Justeru secara berkias Husam menganggap Fadli seperti anak kecil yang "belum lepas susuan dan berteriak takut-takut botol susuannya tidak bersambung".
"Saya hairan, jika Ketua Pemuda PAS (Kelantan) berani, kenapa beliau tidak hadir mewakili kerajaan negeri dalam forum itu," katanya.
kami pun nak juga tahu apa cerita DAP nak saman Bekas Penasihat Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Mohd. Razali Abdul Rahman berkaitan pemberian dana USD300 juta oleh Israel dan syarat " membenarkan Israel membina Pangkalan di Negara ini" kenapa Mountdweller tak highlight isu ni ...? dah jadi bodoh ke ? dah jadi bangang ke atau memang dah di kasi atau telor dah dipegang oleh keluarga Lim ? mountdweller jadi sangat takut nak ulas dan memberi komen tentang isu ni.., sebabnya dakwaan tu dibuat oleh bekas Penasihat KM PP LGE..
ReplyDeleteMountdweller meletakkan slogan " cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa " slogan tinggal slogan je ke ?.. tapi mountdweller boleh pula mengeluarkan entry yang menghina pemimpin parti politik lain ikut suka dia , dan bila bekas Penasihat KM PP tu buat dakwaan tu moundweller jadi bisu dan bodoh terus ? MOUNTDWELLER mungkin akan buang komen ni tapi jangan takut KOMEN NI akan di 'copy dan paste' pada blog-blog lain
Ade ke org yg caya citer tuuu..hahaha
DeleteYg bongok mcm ko je yg caya..
Bukan menghina pemimpin parti tu, tapi sebenarnya sendiri minta di hina. Tak perasan ke diorang ni
ReplyDeleteRazali penasihat. Bila dilantik? Mimpi kot. Penasihat gapo dio? Dah masuk hospital giler kan??
ReplyDeleteMcmana nak saman mamat tu. Buka dia keluarkan kenyataan tu di publik. Zuhdi yang cakap mamat tu bgtau dia... alahai...
ReplyDeleteminta maaf la bro...ini blog mountweller..ikut suka dia nk bawak isu pilihannya..rasa suka nk baca..baca la..tak perlu paksa paksa..
ReplyDeletebukan nk berpihak pada mount..tp itu adalah hakikatnya..
nice gan
ReplyDeleteBro. Bila masuk rumah org. Kena hormat tuan rumah. Nk kencing pon kena minta izin. Duduk ruang tamu jer. Jgn suka2 tukar channel tv. Jgn pula masuk bilik tidur. Hang sapa bro??
ReplyDeleteHoi balaci amno? Lu tk suka lu buka blog sendiri. Bole belajar buka blog dgn mad maslan. Dia boss biro it amno. Tk pasti lak maslan ni tau it ke tak? Atau it sama dgn ikut telunjuk. Layanler bodo sorang2. Kahkah
ReplyDeletePengkomen pertama di atas itu adalah Wan Rosli aka An Anonymous yang teramat pemalu orangnya. Maka itu, dia guna nama anonymous sahaja.
ReplyDeleteHarap maklum.