Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 1, 2016

Siapa punca nama Malaysia busuk

Akhbar Australia Bantai Najib Punca Nama Malaysia Rosak
1 Feb. 16 - 11:28  suarakami
Reputasi Malaysia sedang tenggelam dengan skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan keputusan baru-baru ini yang membersihkan perdana menteri daripada salah laku kerana menerima jumlah derma amat besar daripada Arab Saudi, kata Sydney Morning Herald (SMH), hari ini.

Komentari tajam itu ditujukan kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang enggan mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada segala salah laku jenayah berhubung wang AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya pada awal 2013.

“Peguam negara mengeluarkan perintah ‘jalan terus, tidak ada apa-apa untuk dilihat’ kepada sesiapa yang bimbang mengenai sumbangan besar dalam akaun bank peribadi perdana menteri yang mendakwa dirinya mewakili demokrasi,” kata editorial itu. 

Laporan itu menyatakan Apandi, dalam membersihkan Najib berkata perdana menteri tidak ada pengetahuan lanjut mengenai AUD$10 juta yang dimasukkan ke akaunnya daripada SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

“Peranan SRC berunsur politik kerana ia menerima pinjaman AS$930 juta, diluluskan Kabinet Najib, daripada dana kerajaan yang menguruskan simpanan persaraan kakitangan awam.

“Peguam negara kata Najib percaya AUD$10 juta itu juga datang dari Saudi,” lapor SMH.

Ia juga menyatakan Apandi dilantik tahun lalu selepas penyandangnya Tan Sri Abdul Gani Patail, disingkirkan secara tiba-tiba “dalam proses penyingkiran dan pemindahan individu secara tergesa-gesa” terhadap sesiapa yang mengkritik perdana menteri atau terbabit dalam penyiasatan dana 1MDB.

SMH berkata pada Oktober tahun lalu, Apandi juga enggan mengenakan pendakwaan jenayah terhadap syarikat itu seperti disyorkan Bank Negara Malaysia.

Sidang editorial itu juga menyatakan hingga sekarang, Najib Berjaya mengatasi protes jalanan besar-besaran dan kempen berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletakkan jawatan.

“Berapa lama lagi Malaysia boleh dianggap sebagai negara moden dan sederhana dalam menentukan masa depannya?

“Kepentingan strategiknya sebagai negara Islam sederhana di rantau Asia pada ketika keganasan berlaku setakat ini berjaya melepaskan ia daripada kecaman antarabangsa, tetapi reputasinya kian tenggelam,” kata SMH

5 comments:

  1. walau dibersih tapi masih lagi nampak tak bersih
    ada manusia kerja tukang bersih orang punya kotor
    tanggung dosa sama sama

    ReplyDelete
  2. semakin dibersihkan semakin nampak kekotorannya...

    ReplyDelete
  3. Sekadar di bersihkan dengan kata2 dan diatas kertas,.sebenarnya masih tebal dengan daki2 kekotoran di hati nya,..

    ReplyDelete
  4. AG anggap bersih. Rakyat tak anggap begitu. Mana2 perompak penyangak boleh cuba keluarkan sebahagian simpanan nsjib drp bank dgn cara menipu. Dia tak ambil tau wang keluar masuk dlm akaunnya. Dia dah tak reti nak kira duit dlm akaunya kerana melimpah ruah banyaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa