Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 26, 2016

Mana dana lebih RM1 juta?

WARTAWAN SINAR HARIAN - 26 OKTOBER 2016
Mana dana lebih RM1 juta? Robert harap kerja baik pulih jambatan ini dapat dipercepatkan demi kepentingan orang ramai.
SUNGAI PETANI – Bahaya. Itulah yang menggambarkan keadaan jambatan menghubungkan dua daerah, Kuala Muda dan Kulim, yang mengalami banyak kerosakan dan semakin reput.

Adun Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk sekitar mengenai keadaan jambatan bermula dari Kampung Pantai Prai, Sidam Kiri, Kuala Muda hingga ke Kampung Terap Batu, Padang Serai, Kulim itu yang didakwa semakin usang dan berbahaya.

Kata beliau, pihaknya turut dimaklumkan, kerajaan negeri pernah berjanji untuk menyalurkan dana lebih RM1 juta bagi melakukan kerja baik pulih kemudahan tersebut, bagaimanapun sehingga kini masih belum ditunaikan.

“Ramai merungut mengenai keadaan jambatan sepanjang 185 kilometer itu terutama ibu bapa yang kerap berulang-alik untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan mereka yang bekerja di sempadan kedua-dua daerah.

"Jambatan itu sudah terlalu usang. Selain boleh terdedah dengan kemalangan, pengguna juga berisiko berdepan dengan kes jenayah terutama pada waktu malam dan sunyi. Bila sampai, saya lihat ada banyak kerosakan, tetapi pengguna tetap melaluinya termasuklah penunggang motosikal, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Tambah Robert, jambatan itu turut dilalui penduduk untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah berdekatan, termasuklah Sekolah Kebangsaan Guar Lobak dan Sekolah Kebangsaan Pantai Prai.

Justeru, beliau meminta pihak bertanggungjawab dapat mempercepatkan kerja baik pulih jambatan itu demi kepentingan bersama.

“Kerajaan negeri diharap tidak leka dengan janji yang sudah dilafazkan dan terus sediakan prasarana terbaik bagi kemudahan rakyat. Jika tidak, ia akan beri persepsi berbeza kepada rakyat Kedah,” katanya.

Robert turut menggesa kerajaan negeri agar bertindak segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ada mangsa mendakwa hampir terjatuh ketika melalui jambatan itu, selain dilaporkan berlaku kes jenayah dekat lokasi sama.

Beliau juga mendakwa telah membawa isu itu ke dalam persidangan Dun pada Ogos lalu untuk tindakan.

1 comment:

  1. usah tanya la mana p dana 1 juta tu...semuanya dah hangus..tunggu piihan raya akan datang..takpun tunggu yb kawasan mati..dana tu akan muncul semula..papan tanda dan batu asas akan di naikkan semula..
    tak caya? percaya la..dah kerap jadi mcam tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa