mk - 2017-10-26 15:15:02
Seorang anggota parlimen DAP hari ini membangkitkan sama ada PAS akan membentangkan belanjawan alternatif sendirinya setelah tidak lagi bergabung dengan parti-parti pembangkang utama lain.
Wakil rakyat Segambut Lim Lip Eng berkata beliau bukan mahu merendah-rendahkan PAS, tetapi banyak persoalan timbul jika parti yang dilabelnya sebagai “mesra Najib” itu tidak mampu membentangkan belanjawan alternatif sendiri.
Lebih-lebih lagi, katanya, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan 2018 di parlimen petang esok.
“Jadi saya teringin mahu tahu, adakah PAS akan menjadi pembonceng belanjawan Najib Razak pada esok hari memandangkan kini ramai pimpinan utama PAS begitu rapat dengan perdana menteri?” soalnya.
Beliau juga mempersoalkan sama ada PAS tidak peduli pada isu-isu lain dan hanya mahu memperjuangkan penambahan hukuman untuk kesalahan syariah sahaja melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah (Akta 355).
Mengulas bajet alternatif Pakatan Harapan yang dibentangkan semalam, Lim berkata reaksi BN “tidak banyak berbunyi” menunjukkan perancangan itu baik untuk rakyat.
Belanjawan alternatif PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) antaranya mengusulkan penghapusan cukai barangan dan perkhidmatan cukai (GST) dan mengembalikan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
PAS ketika bergabung bersama Pakatan Rakyat terlibat saban tahun dalam pembentangan belanjawan alternatif pembangkang.
Parti itu kini hanya bergabung dengan parti-parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Gagasan Sejahtera.
Pemimpin PAS bagaimanapun mendakwa mendapat sokongan ratusan lagi NGO di belakang mereka.
Pemuda PAS bentang cadangan bajet
Di sebalik serangan Lim itu, Pemuda PAS tengah hari ini bagaimanapun membentangkan cadangan-cadangan mereka untuk Bajet 2018.
Pembentangan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi, yang juga anak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika laporan ini ditulis, pembentangan masih berlangsung di Hotel TH di Petaling Jaya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa